: Tinggal 2010, Datang 2011 :

Friday, December 31, 2010 9:43 PM By εïз .y a t i e.sb. εïз 0 Impressi0n
: Bismillah.....Assalammualaikum :


SELAMAT TINGGAL KENANGAN 2010

Biar segala yang berlaku dalam 2010 menjadi lipatan sejarah yang disusun rapi. 
Simpan segala memori yang terindah.



SELAMAT DATANG 2011


apakah yang terjadi?
dimanakah arah yang dituju?
apakah yang akan berlaku dan terus berlaku?
bagaimanakah haluan serta rintangan yang harus dihadapi?

biar 'dia' yang menjawab..
segalanya minta dipermudahkan oleh Allah S.W.T
Insyaallah.
"Insya Allah you`ll find your way"
selamat datang 2011 :)

: Fadhilat Asmaul Husna - Ya Razzaq :

7:57 AM By εïз .y a t i e.sb. εïз 0 Impressi0n
 : Bismillah.....Salam :

Salam Jumaat.
Ya ALLAH..
Limpahkanlah kami rezeki-Mu
Kepada kami :)
Amin.
  18. " Ya Razzaq " - ( Maha Pemberi Rezeki  )
dizikirkan mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh,
InsyaAllah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat.
Rezeki akan datang tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.


Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda :-
"Sampaikanlah pesanKu biarpun satu ayat..." :

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w bersabda:-
"Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu.
Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga." Sahih Bukhari

: MALAYSIA juara Piala Suzuki AFF 2010 :

Thursday, December 30, 2010 11:22 AM By εïз .y a t i e.sb. εïз 0 Impressi0n
: Bismillah.....Assalamualaikum :

Syukur Alhamdullillah.

Kemenangan yang dinanti.
Wahhh..terus je jari jemari dan hati ini berlonjak,bersemangat waja nak update pasal kemenangan skuad Malaysia FIGHT Indonesia malam tadi.
Lepas, terlepas peluang nak tengok Malaysia team di Stadium Bukit Jalil last week, atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, sempat jugak tengok kemenangan they all di tv. Semalam pun da get ready awal depan tv.

vs
Agregat 4-2

Tak mau cakap banyak-banyak..Semua sudah tahu, me rase rata-rata blogger hari ini akan update pasal kemenangan Malaysia, Si Harimau Malaya mengalahkan Sang Garuda yang bongkak dan penuh dengan provokasi itu. TAHNIAH buat semua, Malaysia menjadi juara Piala Suzuki AFF 2010 buat kali pertama setelah Piala Suzuki diperkenalkan 14 tahun lalu. Terus PM bagi cuti umum esok~ Cayalah..
Alhamdullillah..Disebabkan pemain-pemain Malaysia lah kita dapat cuti free esok~

PROUD TO BE MALAYSIAN

Penjaring terbanyak AFF Suzuki Cup 2010 - 10 MOHD SAFEE BIN MOHD SALI - MALAYSIA dengan 5 goal.

22 KHAIRUL FAHMI BIN CHE MAT , penjaga gol Malaysia bermain cukup cemerlang malam ni dengan menafikan banyak percubaan dari Indonesia. Ternyata kehebatan penjaga gol terbaik Malaysia saat ini terbukti sebab dapat menafikan tendangan penalti dari kapten Indonesia, Firman.

Me tidur dengan senyuman~ :D

Hot link story





TAHNIAH MALAYSIA~!!

: Fadhilat Asmaul Husna - Ya Wahhaab :

Friday, December 24, 2010 7:55 AM By εïз .y a t i e.sb. εïз 0 Impressi0n
 : Bismillah.....Salam :

Salam Jumaat yang penuh keberkatan~
Senyumlah kerana senyuman itu penawar dula serta sedekah
:)


  17. " Ya Wahhaab " - ( Maha Pemberi )
dizikirkan sebanyak 100x sesudah solat fardhu,
barang siapa yang selalu berada dalam kesempitan,
InsyaAllah segala kesempitan @ kesulitan dalam apa soal pun akan hilang.


Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda :-
"Sampaikanlah pesanKu biarpun satu ayat..." :

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w bersabda:-
"Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu.
Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga." Sahih Bukhari

: Out - Penang :

Friday, December 17, 2010 10:25 AM By εïз .y a t i e.sb. εïз 0 Impressi0n
: Bismillah.....Assalammualaikum :


 
Going out for 3 days to Hydro Hotel Penang, Batu Ferringhi. 
Bengkel SKT 2010
17-19 December 2010
Bahagian Khidmat Pengurusan,
Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia.


will be miss u..
"....."

: Fadhilat Asmaul Husna - Ya Qahhaar :

7:15 AM By εïз .y a t i e.sb. εïз 0 Impressi0n
 : Bismillah.....Salam :
Selamat Hari Jumaat.
Hari Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad SAW. Pada hari itu kepada sesiapa yang berdoa Allah akan memakbulkan doanya. Setiap muslim dikehendaki mempersiapkan diri untuk hari Jumaat mulai dari hari Khamis dengan membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan kepada Allah SWT pada malam Jumaat lagi. Kerana pada masa itu nilai mulianya sama dengan masa yang dirahsiakan oleh tuhan pada hari Jumaat.

  16. " Ya Qahhaar " - ( Maha Menundukkan )
dizikirkan mengikut kemampuan @ sebanyak 306x,
maka hati kita akan dijaga dari ketamakkan & kemewahan dunia
& InsyaAllah, orang-orang yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.


Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda :-
"Sampaikanlah pesanKu biarpun satu ayat..." :

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w bersabda:-
"Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu.
Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga." Sahih Bukhari

: Bowling PUSPANITA JPS 2010 :

Wednesday, December 15, 2010 7:38 PM By εïз .y a t i e.sb. εïз 0 Impressi0n
 : Bismillah.....Assalamualaikum :

Tahun ini tahun kedua me menyertai 
pertandingan bowling PUSPANITA JPS
Tahun ini, kali ini pula..
bersama group and team yang lain pulak.
dulunye kalau masih ingat entry ni..
untuk tahun 2010 ini me bersama dengan
K. Asiah, K.Mimi, Rozie and Me dgn team : Mutiara
tahun ni, pertandingan bowling ni diadakan pada 13 December 2010
bertempat di Cosmic Bowl Mid Valley, Bangsar.
Just main utk suke-suke jugak~ ENJOY~!

Our team tak menang pun.
just enjoy the games.actually our department 
hantar paling banyak team iaitu
Pas je abis tournament PUSPANITA tu, 
me n my lil sis sambung utk 2 games~

. our team : MUTIARA .

 
 . tidak memihak kepada kami .

. our score .

 
 . bola biru + baju purple itu menyerlah warnanya..haha ngah fokus tuh .

 . yuyu & ping dengan team : 1 Malaysia : .

 . tengok k.mimi, kemain suke dapat STRIKE .

 . me pun dapat STRIKE jugak...hehe yeaahhh .

: DELAY : Ahad di Broga Hill :

Saturday, December 11, 2010 11:28 PM By εïз .y a t i e.sb. εïз 3 Impressi0n
: Bismillah.....Salam :

Ahad di Broga Hill
05 December 2010

Finally, tertunai hasrat serta impian untuk kesana setelah sekian lame..
Planning memang da lame, setelah BUBAR..plan balik..
barulah menjadi~
Seawal pukul 1.30 pagi da bersiap di dapur utk prepare sandwich + goreng nugget
nk goreng nugget pun satu hal jugak..buleh lupe nak beli minyak masak..hahaha
dengan adenye Cik Qhiee dan motornya..Si Chup's menemani Cik Qhiee ke 7 E..
Me dengan gigihnya meneruskan aktiviti memasak sardin.

Get ready..semua da siap mandi dan bersiap..
Jam menunjukkan pukul 2.++ pagi..
Mane En. Zul nih? da siap ke die? Nape tak calling² lagi?
Kate nak pick up kami di ground floor..
Lorrr...rupenye..dia pun late bangun..

Lebih kurang pukul 3 pagi ++ sikit barulah kami En. Zul sampai.
Kami terus ke Bangsar, walaupun ade kesulitan jalan sikit..huhu
On radio terus hilang fokus yee...haha.Kelakar la :D

Stop depan UOA Bangsar then kami transit ke Myvi Cik Afiza,
Follow kereta En. Zul untuk pick up En. Adi, next pick up Ssyier.
Then terus ke Stesen PETRONAS,
 En. Zam, Nasrul, Donat & Atun da tunggu di sana.
Jam menunjukkan pukul 4.30 pagi..
En. Zul seterusnya ke Mantin untuk pick up Kak FC.

Perjalanan kami diteruskan mencari destinasi dima Broga Hill itu.
Sabar dan exited tetap ada..BEST~!
Lebih kurang pukul 5 ++ kami pun sampai.
Wahh..memang da ramai la time nih.
Walaupun cuaca masih lagi gelap dan malap.

Rest jap, kami pun meneruskan pengembaraan..
Cabaran 400 meter pun bermula..
Mulanya kami bersama..Di pertengahan jalan kami berpisah.
Kerana Cik Qhiee dan Chup's mengalami kePENATAN.
Co-pilot Nasrul terus bersama Cik Qhiee dan Chup's.
So, kami berlima meneruskan lagi perjalanan kami..

Haihhh~ jauh lagi ke? da penat dan lemah gemalai da otot nih..
Punya lah nak sampai ke satu puncak ke satu puncak tuh..
Allah jela yang tahu.. Nampak macam rilex dan fit..
Tapi???? Sampai di satu tahap tu da tak nak teruskan lagi.
Semua feel ade..adehhh....Rasa ngantuk sebab da tak larat sangat pun ade..
Dengan dorongan semanagat dari Zam + Donat
( "sikit lagi" / "5 minit je lagi" / "da nak sampai da" / etc )

Lebih kurang pukul 6.55 pagi kot kami sampai ke puncak.
Akhirnya, me gagahkan jugak kaki ni melangkah da mendaki hingga ke puncak.
Perasaan seronok dan kepuasan memang tak dapat di ekpresikan.
Penat terbayar dengan dapat melihat sunrise terbit...

  muka-muka keletihan (-_^)

 

sampai lebih kurang pukul 6.55 pagi macam la..
terus terbaring dan duduk dengan KePENATAN terlampau..huhu


kembali ceria pas mkn lolipop :P hehe


cantiknya sunrise..posing time~




jam di camera zam menunjukan pukul 7.10 am..




WAHHHHH~ Cantiknya.
Tengok dari atas, memang tak sangka kaki ni melangkah sejauh dan setinggi itu..
Yeahhh berjaya menuju ke puncak Broga.






berposing before terus ke puncak..




KAMI...otw untuk naik ke puncak Broga Hill.


taraaa~ finally..kami ber5 sampai di sini
" Selamat Datang Ke Puncak Bukit Broga "
400m 

muka-muka yang berjaya sampai ke Puncak Broga Hill ^_^


Chup's & Ssyier...try again..maybe next trip buleh sampai ke puncak oke..





view yang sangat cantik~


 buai laju-laju..tinggi sangat..tak dpt naik..
buaian yang di buat khas untuk pre wedding Angkasawan.



cian do~ nk cropping tak buleh eaaa...haha

still...


jump~ hoyeeeee...



Sempat mengabadikan beberapa keping picture di sana.
Thanks kpd si empunya camera.


Before balik kami berkelah di bawah pokok durian
dan di tepian pokok-pokok kelapa sawit..
makan sandwich + minum air kelapa berjemaah yang ditaja Zul..huhu
huhuhu~ how's sweet :D


capture² terakhir before meninggalkan Semenyih~

- boleh tak nk pi lagi? huhu (^_^)v

: Fadhilat Asmaul Husna - Ya Ghaffaar :

Friday, December 10, 2010 7:55 AM By εïз .y a t i e.sb. εïз 0 Impressi0n
 : Bismillah.....Salam :
Selamat Hari Jumaat Semua.
Semoga mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.
Amin

  15. " Ya Ghaffaar " - ( Maha Pengampun )
sambil beri'tikaf dalam masjid.bacalah zikir ini sebanyak 100x
sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat,
InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosa kita.




Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda :-
"Sampaikanlah pesanKu biarpun satu ayat..." :

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w bersabda:-
"Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu.
Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga." Sahih Bukhari

: Maal Hijrah 1432H :

Monday, December 06, 2010 4:57 PM By εïз .y a t i e.sb. εïз 0 Impressi0n
: Bismillah ..... Assalamualaikum  :


SALAM MA'AL HIJRAH 1432H


Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam. Hari Isnin bersamaan 29 Zulhijjah 1431H, hari ni merupakan hari terakhir kita dalam tahun ini dan esok adalah Awal Muharram 1432H bulan pertama dalam tahun islam. Kita digalakkan agar membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun. Semoga kita semua sentiasa dibawah lindungan-NYA. Insyaallah.
 Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk
waktu Maghrib
pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada
setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca
doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun
Doa Awal Tahun  dibaca 3 kali  selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah
telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan
”.
Semoga Hijrah kali ini datang dengan seribu satu kebaikan serta rahmat terhadap diri kita..
Berani berubah, dan perubahan itu bermula dari dalam diri kita sendiri.
Semoga dipermudahahkan segala urusan~