Showing posts with label Isu. Show all posts
Showing posts with label Isu. Show all posts

: Badminton Terbuka Malaysia 2011 :

Monday, January 24, 2011 1:27 PM By εïз .y a t i e.sb. εïз 0 Impressi0n
: Bismillah.....Assalammualaikum :

Tahniah buat Datuk Lee Chong Wei kerana berjaya merangkul 
Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2011 
 dengan menundukkan perseorangan Indonesia, Taufik Hidayat 
21-8, 21-17 
pada aksi final di Stadium Putra, Bukit Jalil.
Datuk Lee Chong Wei membawa pulang hadiah wang tunai AS$30,000 (RM91,800)
manakala Taufik meraih AS$15,200 (RM46,512).
 Wah lumayan jugak kan?


Next match, Terbuka Korea Selatan dengarnya 
menawarkan hadiah wang tunai secara keseluruhannya 
berjumlah AS$1.2 juta (RM3.6 juta).
Wahhh...lagi banyak :)
Pape pun, All The Best untuk Datuk Lee Chong Wei.
( ^_^)v

PEMAIN nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei kini hanya kurang satu lagi gelaran
Terbuka Malaysia untuk menyamai catatan Wong Peng Soon memegang rekod lapan 
kejuaraan ketika mewakili Malaya sekitar 1940 hingga 1950-an.


Link:-

: Sabtu - NO Plastic Bag :

Saturday, January 15, 2011 1:32 PM By εïз .y a t i e.sb. εïз 0 Impressi0n
: Bismillah.....Assalamualaikum :

"No Plastic Bag Day"

Hari Sabtu
- Hari Tak Nak Beg Plastik oke.
Actually, da lame da perasan kempen ni di Tesco, JJ, Carefour, News Plus,
Baguslah..at least dapat mengurangkan penggunaan plastik.
Kurang guna, kurang buang, kurang pencemaran. kn??
Nak bagi sikit pesanan khidmat masayarakat ni.
So sesiapa yang nak gi shopping hari Sabtu silalah bawa beg sendiri ye..
Tapi kalau nak jugak plastik bag kena la bayar 20sen satu.

NO Plastic Bag Day” at JUSCO
NO Plastic Bag Day” at Guardian
NO Plastic Bag Day” at Tesco
NO Plastic Bag Day” at Giant
NO Plastic Bag Day” at Carrefour
Selangor State Government’s “No Plastic Bag Day” Campaign

Negeri Selangor baru-baru ni da lancarkan kempen ni.
Hope negeri-negeri yang lain jugak turut support kempen ini jugak ye~
Amalan yang baik, kenalah follow.
for me, SOKONG 100%


PELIHARALAH ALAM SEKITAR HARI INI,
DEMI KESEJAHTERAAN MASA DEPAN.

: Dugaan di MO Lagi :

Friday, January 07, 2011 11:30 AM By εïз .y a t i e.sb. εïз 1 Impressi0n
: Bismillah.....Assalammualaikum :

Apalah nasib kami..
Rasenye ini adalah kali kedua~
Prob ini berlaku...
Kali ini double triple BIG problem ni.

Naik tangga sampai ke tingkat 19~
Sebabnya lif tidak berfungsi, letrik takde..
Tak cukup dengan tu, sampai je umah dalam keadaan yang amat penat tu,
nak lah basuh baju..
Air pun tak de~ Dahla tak de notis umumkan air tak de ke hape.
Hurmmm....mengeluh panjang ak di buatnya.

Dengan tak mandi tak ape, terus je tidur, 
dengan harapan pagi nanti ade bekalan air untuk mandi..
Tersedar di subuh hari, me suruh Chup's tengok lift da boleh guna ke belum?
Still the same~
air pun tak de lagi. so kami punye bincang, punye bincang.
tak pernah-pernah mandi kat Pusat Komuniti Bandar Baru Sentul
ari jumaat yang mulia ni la kami kesana untuk mandi.
Nak pi keje punye pasal..dah la petang nnt me ade tournament bowling.
Aisehh begini pulak dugaan tahun baru ye..
Nape la macam ni..nak kate sewa umah tak bayar...
every month on time we all bayar kpd owner~! 
Dengar cerita TNB buat pemotongan sebab bil penyelenggaraan Menara Orkid tak bayar.
Sesiapa pemilik rumah-rumah di Menara Orkid tu tolong la bertimbang rasa,
bertanggungjawab menjelaskan bil penyelenggaraan anda.
Kecian lah kepada penyewa-penyewa macam kami ni.
Kalaulah ade kes-kes kecemasan ke, 
dr tingkat tinggi-tinggi macam umah kami di tingkat 19 tu..
sape yang nak jawab? PRIHATIN la sikit.
Jangan nak lepas tangan je.

Memang payah dok umah tinggi-tinggi ni kan?

: MALAYSIA juara Piala Suzuki AFF 2010 :

Thursday, December 30, 2010 11:22 AM By εïз .y a t i e.sb. εïз 0 Impressi0n
: Bismillah.....Assalamualaikum :

Syukur Alhamdullillah.

Kemenangan yang dinanti.
Wahhh..terus je jari jemari dan hati ini berlonjak,bersemangat waja nak update pasal kemenangan skuad Malaysia FIGHT Indonesia malam tadi.
Lepas, terlepas peluang nak tengok Malaysia team di Stadium Bukit Jalil last week, atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, sempat jugak tengok kemenangan they all di tv. Semalam pun da get ready awal depan tv.

vs
Agregat 4-2

Tak mau cakap banyak-banyak..Semua sudah tahu, me rase rata-rata blogger hari ini akan update pasal kemenangan Malaysia, Si Harimau Malaya mengalahkan Sang Garuda yang bongkak dan penuh dengan provokasi itu. TAHNIAH buat semua, Malaysia menjadi juara Piala Suzuki AFF 2010 buat kali pertama setelah Piala Suzuki diperkenalkan 14 tahun lalu. Terus PM bagi cuti umum esok~ Cayalah..
Alhamdullillah..Disebabkan pemain-pemain Malaysia lah kita dapat cuti free esok~

PROUD TO BE MALAYSIAN

Penjaring terbanyak AFF Suzuki Cup 2010 - 10 MOHD SAFEE BIN MOHD SALI - MALAYSIA dengan 5 goal.

22 KHAIRUL FAHMI BIN CHE MAT , penjaga gol Malaysia bermain cukup cemerlang malam ni dengan menafikan banyak percubaan dari Indonesia. Ternyata kehebatan penjaga gol terbaik Malaysia saat ini terbukti sebab dapat menafikan tendangan penalti dari kapten Indonesia, Firman.

Me tidur dengan senyuman~ :D

Hot link story





TAHNIAH MALAYSIA~!!

: Itu baru 342 dari 19 :

Tuesday, November 30, 2010 10:23 AM By εïз .y a t i e.sb. εïз 0 Impressi0n
: Bismillah.....Salam :

Haaaa...kenape dengan 342 tuh?
342 anak tangga dari tingkat 19
haihhh..pagi-pagi yang mulia lagi da kene exercice.
memang baik utk kesihatan tapi agak panas hati la sebab
lif yang ade 4, hanya berfungsi 1
serupe macam tak payah ade lif.
Ini sudah kali kedua dalam tahun ini oke.
mane tidak nye..dari tingkat 19 tu kene turun tangga.baik lah turun..
kalau naik...hurmm bayangkan lah.
nak cepat punye pasal. kalau tunggu mahu sampai setengah jam,
itu pun belum tentu dapat space nak masuk
mane tidak nye..yang duduk tingkat 4-5-6 pun dok sibuk nak naik dulu.
Aisehhh kalau warga emas ke boleh gak terima..
ni muda belia remaja lagi tuh..mana tak bile sampai turn tingkat 19
da penuh dgn budak yang beruniform Nurse / pelatih PUSRAWI..
Aisehh...dik yang dudUk tingkat bawah tu pe salahnya fikirkan
orang yang duduk tingkat atas-atas ni..
so terpaksalah beralah kpd orang yang lebih berumur dari kita.
Tak rugi pun kan..
Moral of the story..pihak pengurusan kene lah pantau problem ni.
sepatutnya tidak akan berlaku, kalau rosak sekali pun,
janganlah dari 4,just satu je yang boleh diguna pakai.
haiiiyaaaa~
hurmm today je da banyak kali kaki melangkah ni..
tambah dengan nak mendaki Jejantas DBKL ke Stesen Bank Negara lagi tuh..
da macam world walking day da haa..mmg betul-betul sambut
seruan kem. kesihatan suh jalan 10,000 langkah untuk kesihatan.

tapi ceritanya bukan setakat sampai disini jek..
sampai kat stesen,tren pulak problem..
adela dalam 20 minit stay kat stesen tu..
hurmmmm...
Dugaan~
Late lah masuk office today.
[ merah]

: Best Entry :

Friday, November 26, 2010 11:36 AM By εïз .y a t i e.sb. εïз 2 Impressi0n
: Bismillah.....Salam :

Salam hari Jumaat~
dengan ada masa yang terluang.
me dok melawat blog-blog blogger lain.
Dapat tahu aktiviti semasa. cerita di sebalik cerita.
dan maca-macam lagi
tiba-tiba terbaca satu entry yang agak menarik untuk dibaca.
Baca .. baca dan baca..
Ada betulnye jugak kan..
nak tahu pe entry tu?
meh..me linkkan kat blog dan entry die. Anne.
DSLR + KAU = BODOH
silalah baca. Mungkin korang akan bersetuju dengan beberapa statement.
Tapi tak semua lah orang yang ada DSLR macam tu kan..
Yang amat-amat minat ingin mendalami dunia photography
teruskan usaha, bagi yang hanya ingin menunjuk-nunjuk.
(orang nak, die pun nak ade jugak )
entah-entah maksud DSLR pn tak tahu.
Forget it~ rugi jek..
Skill tak ade, hasil tak kemana.
Huhu~

Tahniah kepada KONTINJEN Malaysia
akhirnya berjaya mencapai sasaran sembilan pingat emas
pada Sukan Asia Ke-16 Guangzhou 2010.
Thanks to Squash team.

Then.
Chelsea menang 2-1 menewaskan MSK Zilina
dan kita sah leading Group F in Champions League !
:D
Hope pasni Chelsea akan kembali menang dalam EPL 2010~

: Jom Jalan 10000 langkah setiap hari :

Thursday, November 25, 2010 6:35 PM By εïз .y a t i e.sb. εïз 0 Impressi0n
: Bismillah.....Salam :

Tengah selak² paper yang tak berapa nak lame..haaa terpampang iklan
Pesanan dari Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai kempen

"Berjalan 10,000 Langkah Sehari, Menjadikan Anda Sihat Setiap Hari".

Iklan tu menyenaraikan 7 petua untuk mencapai 10,000 langkah:

1. Jadikan berjalan sebagai rutin harian
2. Usah peduli apa orang kata - fikirkan berjalan ntuk kesihatan anda
3. Berjalan bersama keluarga atau rakan di waktu lapang.
4. Tetapkan matlamat anda
5. Tingkatkan bilangan langkah mengikut kemampuan sehingga mencapai sasaran
6. Rekodkan kemajuan anda
7. Setelah anda berjaya menjadikan berjalan sebagai rutin harian, teruskan sebagai aktiviti berjalan pantas.

Menurut iklan kat paper ni:

Tahukah anda, dengan berjalan 10,000 langkah setiap hariboleh mengurangkan risiko Penyakit Jantung, Strok, Hipertensi dan Diabetis?
Untuk lebih info.Boleh ke sini. Dan dapatkan lebih lanjut info beserta risalah di sini. Klik la..Semoga bermanfaat untuk kesihatan kita bersama Sambil tu support kpd usaha murni KKM.




Bagi me..rasenye da nak cukup kot jalan 10000 langkah setiap hari, maklumlah..nak pi keje dari rumah ke Stesen jalan kaki, da sampai kat stesen Bandaraya pulak, menapak naik jejantas DBKL untuk ke depan Stesen KTM tunggu van pulak, da sampai office nk kene jalan lagi naik tangga sampai tingkat 1 (satu jek :P hihi) setiap hari. Memang letih + lemah..ishh nak buat macammane kan..at least ade jugak exercise kan?
Then malam balik jalan kaki dari stesen ke rumah. Itulah rutin harian pejalan kaki macam me. Bila dah rase sakit sangat sendi kaki ni, balik je rumah mau setengah botol minyak angin di sapunya. hahaha~ Realiti tu, Maklumalah tak ade kenderaan., begitulah adatnya. Nasib si pengguna public transport.

Bagi yang da ada transport tuh,tak kira la motor ke, kereta ke, sure korang akan rasa malas dan tak berdaya nak jalankan? Sebab da biasa "start & gerak" Adalah macam kwn me tuh, baru jalan separuh nite market kat Jalan TAR da penat..hihi. Siapa itu? (^_^)




( macam ni ke cara jalan itik pulang petang :P ) hihi

- Kiranya me ni da menyahut seruan Kementerian Kesihatan Malaysia la kan..
sebab da participant program yang dianjurkan oleh
Nestle - Good Food, Good Life~
baru-baru ni di Tasik Titiwangsa.
World Walking Day 2010.
Bagus betul usaha yang sebegini kan?

: Hampa + Kecewa :

Sunday, November 21, 2010 12:23 PM By εïз .y a t i e.sb. εïз 0 Impressi0n
: Bismillah.....Salam :

Selepas bersemangat tahu Sepak Takraw dan
double's Badminton masuk final Sukan Asia.
Happynye..excited terlebih nak tengok.
Dan memang dah get ready depan tv..
Takut-takutlah terlepas games yang dinanti-nantikan
untuk dapat gold medal untuk Malaysia.

Mulanya..
Petang semalam..Luangkan mase untuk tengok Sepak Takraw.
Yang akhirnya akur dengan silver medal. Kalah kepada Thailand.
Kita kena libas. Kemarau 16 tahun tiada kesudahannya.


Ape-ape pun kita akur akan kehebatan Thailand.
Semangat untuk berjuang itu tetap ada.
Silver medal untuk Malaysia.
Tapi untuk melakar kemenangan bukan mustahil kan?



Malamnya.
Turut menyaksikan perlawanan Datuk Lee Choong Wei menentang Chen Jin
untuk melangkah ke final. Done.
Chong Wei sebelum itu menewaskan Chen Jin 14-21, 21-15, 21-7
dalam pertemuan separuh akhir
sementara Lin Dan menumpaskan pemain Korea Selatan
Park Sunghwan 21-14, 21-14.
Misi untuk bertemu Lin Dan di final kesampaian.
Hope emas untuk Malaysia.

Then, harapan untuk Malaysia dapat gold diletakkan di Men Double's Badminton.
Malaysia bertemu Indonesia.
Mulanya Malaysia leading dengan baik pada first games.
Malaysia leading 21-16
Set yang kedua huhhhh~
Penuh dengan debaran tu.Tak senang baring dan duduk.
Tak tertutup mulut ni di buatnya.
Sorak + kutuk + nasihat + jeritan
dari mulut ni tak henti²..huhu macam la
Koo Kien Keat-Tan Boo Heong tu leh dengar kan.haha..tak peduli~
Set kedua ni...saling kejar mengejar mata.
Hope takkan ade set yang ketiga la konon.
Selepas 5 kali kalau tak silap Malaysia nak tamatkan games.
Akhirnya Indonesia berjaya jugak mengheret Malaysia ke set yang ketiga
selepas Indonesia mengikat Malaysia dengan 26-24.
Arghhhh~ susah sangat ke nk dpt gold?
Tension betul me..rasenye..
Set ketiga bila Malaysia ketinggalan, macam da hancur lebur harapan
nak tengok Malaysia dapat gold.
Turn Indonesia pulak leading dengan jauh meninggalkan Malaysia di belakang.
Mulanya ketinggalan 4-9, then 11-7, argghhh..
Macam da tak sanggup nak tengok je malam tadi.
Then tetibe ade je harapan balik apabila Malaysia berjaya mendapatkan 1 mata di hadapan dengan 17-16..hehe..Tapi pada mata yang ke 19-19 terikat sama, di situlah bermula 'punca'
kekalahan kepada beregu Indonesia Markis Kido-Hendra Setiawan.
So sad and upset.
So silver medal untuk Malaysia


-----------
Congrate untuk atlit Sepak Takraw & Double Badminton Malaysia
yang telah menyumbangkan pingat perak.
pingat untuk Malaysia

: Melaka Maju 20102010 :

Wednesday, October 20, 2010 9:36 AM By εïз .y a t i e.sb. εïз 5 Impressi0n
: Bismillah.....Salam :

Detik 20.10 malam, pada 20.10.2010 hari ini Melaka akan diisytihar sebagai Negeri MAJU berdasarkan kriteria yang diberi oleh Organisation for Economic Co-operation and Development atau lebih kerap dipanggil sebagai OECD. Mari bersama kita raikan:

Melaka Maju 2010
Negeri Bandar Teknologi Hijau

Majlis perisytiharan Melaka sebagai negeri MAJU akan dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerusi persidangan video dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada jam 8 malam ini yang akan berinteraksi dengan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob bersama Datuk Seri Mohd Ali. Turut disiarkan secara langsung menerusi Buletin Utama TV3 pada jam 8.07 malam ini. Jangan lupa tengok ye..


Tahniah kepada Pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang berkerja keras bagi menjadikan Melaka negeri Maju, serta semua warga kerja / rakyat Melaka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

SAYA berbangga menjadi anak dan rakyat MELAKA!!
WAHHH~ bangganya.

Link berkaitan :
Belek² kat paper Berita Harian tadi ade keluaran khas sempena perisytiharan Melaka sebagai negeri MAJU. sila sila lah baca ye.

Kejayaan Melaka dapat status negeri maju bermakna bagi rakyat - Berita Harian
Bandar teknologi hijau 2020 - Utusan Malaysia
Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan di Melaka Maju 2010 - Jebatmustdie.wordpress


..MELAWAT MELAKA BERSEJARAH BERERTI MELAWAT MALAYSIA..

* Teringat pulak mase buat Pengucapan Awam mase kursus Induksi dulu, me buat tajuk ni "Menariknya Melaka" hehe..orang Melaka lah katekan..mestilah pandai nk cerita tentang menariknya ape yg ada kat Melaka kan?

UPDATE :
Seperti mana yg telah nyatakan sebelum ini, maka dengan ini SAH lah bahawa esok, 21.10.2010 telah diisytiharkan CUTI UMUM oleh DAR. Cuti ini merangkumi semua jabatan kerajaan, swasta dan juga bank2 yg beroperasi di Melaka.
Sumber - Utusan Malaysia (2.04 ptg) : Cuti umum sempena perisytiharan Melaka Maju 2010
FB : Saya Anak Melaka

wahhh~ Anak Melaka di Perantauan bagaimana?? Jelesnya... :[

: OKTOBER - Bulan Kesedaran Kanser Payudara :

Thursday, October 14, 2010 9:51 AM By εïз .y a t i e.sb. εïз 4 Impressi0n
: Bismillah.....Salam :


O K T O B E R adalah Bulan Kesedaran Kanser Payudara


Estee Lauder Companies in Malaysia telah menjayakan Breast Cancer Awareness Campaign 2010 ini. Patutlah Bangunan Sultan Abdul Samad, berhadapan dengan Dataran Merdeka itu bermandikan cahaya warna PINK~





Malam² balik dari ot..berjalan dari Dayabumi ke Stesen Masjid Jamek akan kelihatan bangunan itu berwarna PINK~ Tapi bukan Bangunan Sultan Abdul Samad je yang PINK, kat KL Tower pun turut bermandikan cahaya PINK.


Kanser payudara adalah penyumbang no.1 kematian dan di tangga no.2 kanser servik. Breast Cancer bukan sahaja menyerang kaum wanita, kaum lelaki juga tidak terkecuali (minority cases). So people, lets create awareness among our community. Sila jangan pandang remeh oke. At least kita kena care pasal ni.

Arwah wan (nenek me) juga mengalami penyakit ini. Menjalani pembedahan, pembuangan sebelah dari breast. Selepas dua tahun, wan telah meninggalkan kami semua.Al - Fatihah untuk arwah.


INFO

- Antara SIMPTON² barah payudara:-

* Ketulan pada payu dara dan makin jelas ketika haid
* Pendarahan atau lelehan dari puting payu dara
* Perubahan bentuk payu dara
* Kulit payu dara atau puting yang tertarik ke dalam

- Antara PUNCA yang menyebabkan barah payudara :-

* Obesiti - semakin gemuk semakin berisiko
* Genetik - lebih berisiko kena jika ada ahli keluarga lain pernah kena
* Kitaran haid - lebih berisiko jika kitaran haid datang awal, seawal umur 12 tahun
* Alkohol - yang minum alkohol ni sangat berisiko barah ini akan melekat!
* Tabiat merokok - bukan sahaja barah payudara, barah lain-lain pun senang nak datang kalau dah merokok
kuat
* Peningkatan usia - semakin tua semakin berisiko


Barah ni ada banyak peringkat dan kebanyakan barah ini dapat dibuang jika dapat dikesan diperingkat awal. Kalau dah berada di peringkat terakhir, memang harapan untuk pulih sangat tipis. Penting bagi kita untuk mengetahui simptom² ni agar dapat dirawat dengan segera dan dijadikan peringatan.

Untuk info yang lebih lanjut, ada disini.

"Ya ALLAH, Jauhilah kami dari penyakit yang merbahaya ini. Sihatkanlah tubuh badan kami Ya ALLAH."

"CONNECT. COMMUNICATE. CONQUER"



* jom pakai baju pink tanda sokongan anda kpd kempen ini

: 10.10.10 Part II [ Tragedi Kemalangan ] :

Tuesday, October 12, 2010 9:25 PM By εïз .y a t i e.sb. εïз 0 Impressi0n
: Bismillah.....Salam :


Malam selepas Majlis tuh, mak menghantar kami ke rumah arwah Wan, sebab nak balik sekali dengan Pak Lang, Kami gerak adelah dalam pukul 9.15 malam.

Macam biasa, bila kami gerak malam je, Pak Lang akan suh Mak Lang call PLUS untuk dapat info keadaan Highway menghala ke KL. Malangnya tak jawab²..Ape kes?

Biasanya Pak Lang akan ikut jalan Pengakalan Kempas then akan masuk ke Tol Pedas, seterusnya ke KL.
Semua da rase hairan..Nape tetibe je jalan jammed ni..Biasenye oke je..siap ade petugas tol tunggu di tepi jalan, bertanya hendak menuju ke KL atau JB? ke KL oke..clear, tapi kalau ke JB jalan ditutp. Katanya ade kemalangan yang teruk.. Sepanjang jalan menuju ke KL tu, boleh di lihat betapa panjangnye kereta ke arah selatan. Macam teruk je accident. Jauh jugak la tak gerak. Ternampak beberapa ambulance yang terkandas ditengah² highway tuh..Yela..macammane nak lepas dgn cepat, da semua kereta tak boleh nak bgerak lancar..stuck tengah jalan.

Hurm..akhirnya me tertidur. Sedar je da smapi kat Hentian Seremban.. Pak lang top up minyak kereta, then Mak lang sempat beli karipap apak kiyau..huhu besar tuh karipapnya. Makan sebiji da knyang. Kami sampai rumah dalam kol 11.oo malam..

Sampai je rumah, biasela..anak² yang di tinggalkan tu msti akan bagi task.Sabar yela..terdengar my lil dok cakap² kat telefon. Dia bgtahu Cik Afiza call bagitahu yang ade accident dekat dengan Tol Simpang Ampat Alor Gajah.. Teruk. Then tengok kat Awani ade berita pasal tragedi ni. mase tu cakap 12 orang da disahkan meninggal. Ya Allah. Teruknya. Patutlah jammed teruk..

Esoknya pulak tuh, terpampang kat akhbar pasal tragedi 10.10.10 ni..Rupanya kemalangan ngeri ni berlaku kira-kira pukul 6.40 petang lagi..bayangkan betapa panjangnya kereta yang tak lepas² nk ke selatan.
Melalui penelitian, review dan komen orang yang terlibat, nampakya pemandu bas Delima tu yang patut dipersalahkan, memandu dengan sangat lagu, kalau nak bawak macam F1 pn..agak-agaklah, melibatkan nyawa orang lain. Semua ni boleh dielakkan jika sikap sebagai yang berhemah diamalkan. Kesian pada mangsa yang terlibat serta keluarga mangsa.









MELAKA – Tarikh 10.10.10 yang dinanti-nanti kebanyakan orang ‘meragut’ 12 nyawa manakala lebih 40 orang cedera dalam kemalangan ngeri membabitkan tujuh buah kenderaan di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah semalam.

Dalam tragedi ngeri pada pukul 6.40 petang, kesemua mangsa yang terkorban terdiri daripada sembilan lelaki dan tiga wanita.

Setakat tengah malam tadi identiti semua mangsa belum dikenal pasti.

Kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu ialah sebuah bas ekspres Delima, sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tiga buah kereta, sebuah van dan sebuah motosikal.

Seorang jurucakap syarikat Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) ketika dihubungi berkata, kemalangan itu didakwa berpunca daripada bas ekspres Delima yang dalam perjalanan dari Melaka menuju ke ibu negara. Bas itu didakwa terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya.

“Selepas melanggar pembahagi jalan bas tersebut berpusing-pusing memasuki laluan bertentangan sebelum berlanggar dengan sebuah van yang dalam perjalanan ke selatan.

“Bas Delima itu kemudian merempuh sebuah Perodua MyVi, bas JKM dan tiga buah kenderaan lain,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

Difahamkan 12 mangsa yang terkorban membabitkan sepuluh penumpang bas Delima, seorang penumpang van dan seorang penunggang motosikal lelaki.

sumber : KOSMO

Takziah diucapkan buat keluarga mangsa yang terlibat, Di sebalik 10.10.10 ada yang gembira, ada juga yang berduka. Sama-samalah kita beringat. Berhati-hatilah semasa memandu. Risau pulak nak naik kenderaan awam kalau ade sikap pemandu yang memandu laju tanpa menghiraukan penumpang.

: Sukan Komanwel & Cik Kiah :

Monday, October 04, 2010 4:04 PM By εïз .y a t i e.sb. εïз 4 Impressi0n
: Bismillah.....Salam :

Berlansungnya pembukaan Sukan Komanwel ke-19 di Stadium Jawaharlal Nehru semalam.
Maka bermulalah Sukan Komanwel ke-19, New Delhi, India
sukan ini akan berlangsung
dari 3 Oktober 2010 hingga 14 Oktober 2010.
Berikut beberapa picture semasa upacara pembukaan yang berlangsung.
hasil dari Google aje.






.logo untuk commonwealth games 2010.

.Maskot untuk temasya kali ini bernama Shera
yang berasal dari perkataan Hindi iaitu Sher yang bermaksud harimau.


Dengarnya Kontinjen Malaysia mensasarkan 10 pingat emas pada temasya tersebut.
Hope semua atlet mempersembahkan yang terbaik dalam acara masing² seterusnya
membanggakan dan mengharumkan nama MALAYSIA.


Walaupun ada beberapa masalah yang timbul India ade ancaman denggi la,
frasarana yang tidak lengkap lah,
perkampungan atlit yg kotor, ancaman pengganas & etc..
di harap itu semua tidak akan mematahkan
semangat atlit negara untuk terus beraksi cemerlang.


"Majulah Sukan untuk Negara"

Tiba² teringat pulak kat Cerita
"Rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel"
Masa tu tahun 1998, Malaysia jadi tuan rumah Sukan Komanwel..ingat lagi logo nih? mase tu me form 1 =).

haha..best kan? korang pernah tengok tak?
Wahai Rangkaian Media Prima~
Siarkan lah kembali cerita tuh, sempena sukan komanwel ni.

try cari kat youtube tak ade la pulak.
banyak scene yang kelakar dlm perjalanan mereka ke kl.
he he he..paling di ingat..lesung batu tu..

: Lagi...Kejam :

Thursday, August 19, 2010 8:32 AM By εïз .y a t i e.sb. εïз 0 Impressi0n
: Bismillah.....Salam :

ishhh..
pagi² lagi bukak paper ade je..
memamg kejam betul la..
aritu baru je me cerita pasal buang bayi ni.
tula..makin hari makin menjadi² kes buang + bunuh bayi..
macam penyakit berjangkit pulak.
memang syaitan bertopengkan manusia lah orang² yang berperangai begini.
kalau tak nak tuh bagilah kat orang yang nak anak.
dah la terlanjur tanpa ikatan yang sah.
buang bayi dekat tong sampah pulak tuh.
ko ingat bayi tu sampah ke hape?
bodoh~!

Mayat bayi di tempat pengumpulan sampah Hospital Melaka

" SEORANG anggota polis memeriksa mayat bayi lelaki (dalam bulatan)
yang ditemui di pusat pengumpulan sampah Hospital Melaka semalam.
Gambar kecil pula ialah bayi lelaki yang ditemui di Seberang Takir, Kuala Terengganu."


Ditahan selepas buang bayi

Bayi depan rumah polis

me rase banyakkan CCTV kat area² yg banyak tempat² buang sampah tuh.
lepas tu ramaikan lagi polis yang meronda berpakaian biasa.
then, jatuhkan hukuman mati mandatori kerana membunuh kepada pasangan terbabit.
Biar setimpal dengan apa yang bayi itu rasa.

sesiape yang ada ternampak ke orang tengah buang bayi..
cepat² laporkan kepada pihak polis yang
berdekatan ataupun talian Nur yang di buka 24 jam
Talian Nur - 15999

lagi : tak ingat bile di kawen lagi,
tahu² ke cerai kali ke-2?
Ingat kes cerai ni semudah tukar baju je?
ape kes ni Roslin?

: Sangat Zalim :

Tuesday, August 10, 2010 7:17 PM By εïз .y a t i e.sb. εïз 0 Impressi0n
: Bismillah.....Salam :

Ya Allah~
Sejak kebelakangan ni makin menjadi² kes pembuangan bayi.
Sangat sedih melihat dari hari ke sehari ada saje berita pasal ni..
Lagi banyak berita yang keluar, lagi bertimbun kes ni keluar..
Apelah salahnya baby ni di perlakukan sedemikian rupa..
Memang zalim sezalim umat manusia yg berpelakuan seperti ini..
Memang manusia bertopengkan syaitan~


Itu yang di laporkan,
yang dijumpai..
yang tersembunyi?
yang terlepas begitu saje?
Tak mustahil banyak jugak kan?
Sampai hilang sifat belas kasihan, rasa simpati
nk buang / bunuh anak sendiri?

Tergamaknya...
Me sedih tgok baby² yang ditimpa nasib sebegini rupa..
Mereka tak diminta dilahirkan di dunia ini..
Mereka juga tidak sanggup utk diperlakukan sebegitu..

maaf cakap la, (hope di jauhkan)
biasanya yg terlibat dlm kes ni adalah golongan yg belum bernikah..
aisehh..mase korang bt tu tak ingat? have fun je fikir..
da terlanjur? buang jela jalan penyelesaian bagi mereka..

Macam² kempen da bt, macam dipandang sepi jek.

Kami Prihatin - Gerakan kempen cegah pembuangan bayi

Renungkan lah~
Tak tersentuh hati ke mase nk buang or bunuh baby tuh?
Hukumlah org yg sepatutnya bertanggungjawab itu dgn setimpalnya hukuman
kerana dia mensia² / gagal dgn amanah Allah tu..
Walaupun terlepas di dunia, Allah ada habuan utknya di Akhirat~
INGAT DOSA..