Showing posts with label Friends. Show all posts
Showing posts with label Friends. Show all posts

.Sensitif itu SAYA.

Wednesday, March 28, 2012 8:24 AM By εïз .y a t i e.sb. εïз 0 Impressi0n
. Bismillah.....Assalammualaikum .

Terkadang hati mudah terusik
secara tiba-tiba pula mudah nak terasa
hal yang kecil terasa macam besarnya
usik gurauan terasa macam tuduhan
hati tak dapat menahan sedih
sekelip mata, air mata mengalir?
hanya bagi orang lain benda dan hal itu 'simple'
dan tidak bagi saya..

Kenapa?
sebab memang saya SENSITIF lah..
bukan suka-suka nak menanggis, merajuk, membawa diri
tapi itulah perasaaan saya ketika itu..

Ada orang peduli?
memamg ada pun...
terima kasih kerana mengambil berat
dan bertanya tentang apa yang berlaku kepada saya
saya menghargai masa yang kalian luangkan untuk dengar,
sharing, dan tak kisah la bila tengok saya menanggis..
mungkin orang kata saya nak ambil perhatian dari orang lain.
Demi Allah...tidak ! dan itu bukan saya, Oke!

Dengan ikhlasnya saya minta maaf kepada sesiapa yang
terasa hati dengan saya
dan saya dengan keikhlasan hati memohon maaf juga kepada anda..

Berdamai lagi baik dari bermusuhan.
Hati pun tak sakit sangat..kan?

Bukan mudah nak jaga hati orang lain
sebagaimana kita cuba nak puaskan hati semua orang.
.....

Itu yang saya lalui semalam
Sangat-sangat sedih, nanggis sampai mata bengkak
kata orang Melaka ni kuat..ternyata saya tak kuat mana..
Kuat nanggis je la..hehehe

: Selamat Pengantin Baru Part 1 :

Tuesday, March 01, 2011 12:31 PM By εïз .y a t i e.sb. εïз 2 Impressi0n
: Bismillah.....Assalammualaikum :

Sepanjang musim perkahwinan ini..
me nak wish Selamat Pengantin Baru
kepada kawan-kawan yang mendirikan rumah tangga tahun ini.
Tahniah, selamat berbahagia dan selamat melayari alam rumah tangga.
Bahagia hingga ke akhir nyawa.


pantun untuk pengantin~

Panas kering siapakan tahu
Hujan rintik di daun pandan
Berjalan seiring bersentuh bahu
Sama cantik sama padan

Ikan di laut asam di darat
Dalam kuali bertemu jua
Hati terpaut janji diikat
Atas pelamin bertemu jua

Kain songket halus tenunan
Dibawa orang masuk ke kota
Sudah bertemu dengan pasangan
Laksana cincin dengan permata




Haizan Taufik

Selepas reunion SKKL 2010 pada syawal yang lepas..
baru kiteorang semua tahu yang they all ni bercinta secara serius..huhu
memang tak sangka pun yang mereka bercinta dan akhirnya mendirikan rumahtangga..
Cayalah korang berdua ~ Kami dulu tadika bersama.
Apepun All The Best.
Cik Yatie sb sempat menghadirkan diri ke Majlis Persandingan sebelah pengantin perempuan =)
.
.
.
Next,
.
.
.
Maria Faiz






Majlis Perkahwinan Kawan Alam Maya~
Uiks..iye..nape tak percaya ke? kiteorang pun da byk kali jumpe..
Thanks Puan Nick kerana menyemput Cik Yatie ni.
Tapi mintak maaf sangat-sangat kerana tidak dapat menghadirkan diri di Kelantan
dan Negeri Sembilan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Apepun, semoga Puan Nick dan husband berbahagia sentiasa oke.
Banyak jugak me dapat undangan ke Majlis Perkahwinan kawan-kawan yang lain.
di FB, mahupun melalui kad jemputan.Terima kasih kerana menjemput..

.. Incoming Wedding Reception..

Yanie Asmawi
Saturday, March 5 · 12:00pm - 6:00pm

Nurul Nasri
Saturday, March 5 · 11:00am - 4:00pm

Nawwar Aizat
Sunday, March 13 · 12:00pm - 4:00pm

: Dari Yuyu :

Friday, January 28, 2011 4:25 PM By εïз .y a t i e.sb. εïз 2 Impressi0n
: Bismillah.....Assalammualaikum :

T H A N K S Yuyu..

Ada jugak cake birthday untuk me..
my fav. cake Chocolate Indulgence from SR


very appreciate it~


: Menstrual + High Blood Pressure :

Wednesday, January 26, 2011 11:35 AM By εïз .y a t i e.sb. εïз 0 Impressi0n
: Bismillah.....Assalammualaikum :

Alhamdullillah..
Kesihatan makin pulih..
eh..tetibe je ye?
bile sakitnye?

Semalam la..
25.01.2011
memang dari rumah pagi semalam
terasa malas sangat nak gi kerja..
dengan sakit perut [menstrual]
tambah pulak dengan headaches yang amat sangat..
aduhaiii~ spoil betul..
tak pernah-pernah sakit perut sampai macam ni before ni
baru kali ini..
merasa jugak sakit smapai tak boleh tahan macam semalam.
[ nak test calculator period?] hehe..

tapi semalam teruskan jugak kuatkan semangat nak gi kerja
sampai office terus lentukkan kepala kat meja..
aisehh..makin sakit kepala.
then k.maton bagi tigerbalm die bg meredakan sedikit kesakitan.
thanks kak..

K. Mimi pulak offer nakbawakkan gi klinik..
ape lagi..tak lepaskan peluang la, sebab da tak tahan sakit sangat.
so kami pun pi la Klinik Kesihatan Tanglin
first time di situ..huhu
lebih kurang 1 jam lebih kat Klinik tu..
buat pemeriksaan dan ambil ubat..
Doctor membenarkan mc 1 day semalam.
Dapatlah rest2 kat umah..
Before balik, gi breakfast dlu kat depan klinik tu..
just makan roti bakar + air teh tarik..
tapi sempat jugak rase bihun goreng kak mimi..
hehehe..
Thanks kat kak mimi sebab tolong bwk orang gi klinik then
hantar orang.
Semoga segala kebaikan akk, di balas oleh Allah s.w.t


Yang tak bestnye? headaches sebab
high blood pressure.


rasanya before² ni pun macam tu jugak..
da kurangkan makan makanan masin, daging etc..
tapi kenapa mcm tu lagi?
terus cakap kat mak..mak suh jaga pemakanan..
mak cakap mak pun takde darah tinggi dan kencing manis tau.

Kenalah jaga pemakanan lepas nih?
Jaga berat jugak..
Mak pun da pesan suh turun sikit berat badan tuh..
fuhhh~ cabaran ni.

Hope semuanya akan kembali oke..
Baik-baik sahaja~

: Bowling SUKA-SUKA BKP :

Friday, January 07, 2011 2:38 PM By εïз .y a t i e.sb. εïз 0 Impressi0n
: Bismillah ..... Assalammualaikum :

Semalam ke Kompleks Mutiara, Jalan Ipoh.
Permulaan untuk tahun 2011 ni
" Pertandingan Bowling Suka-Suka BKP "
anjuran our department (UPA) jugak..hehe..



Pertandingan bermula 5.30 petang...
me, k.mimi & k.asiah gi awal ke sana utk menguruskan hamper & pendaftaran.
ada 32 org staff yg mengambil bhg. , 8 team , & 4 org bagi stp team..
yang uniknya setiap team kena memasukkan
perkataan "TENSION" pada nama team masing²..

our team name --> TENSION!!! No..No..No..
En. Fairos, En. Arifin, Ping and Me..
huhu~ name pun main suke²
so tak de la nk tension gile² men utk jadi champion.
dari 8 team..our team hanya berada di tempat yang kelima..
okela tuh..janji enjoy kn?
Congrate kpd team yang menang, and also congrate kpd
Pn. Azian - women best player & Abg Suhaime - men best player... Hebat~!

Thanks kpd Cik Qhiee and Chup's kerana menghadirkan diri,
serta memberi support kpd me..hahaha Cik Qhiee memang sporting la..
Tak rugi datangkan? sambil support member, sambil 'cuci mata' ,
sambil men bowling jgk, done-done tuh dpt lucky number ye...hehehe Congrate to u.

Acara settle dalam pukul 9++,
Aisehh..name me kurang bertuah la untuk 10 cabutan lucky draw.
Takpelah..tak de rezeki kot.
Thanks to K. Mimi menghantar kami balik semalam~
Alhamdullillah, balik dgn kelegaan lif Menara Orkid dan air paip sudah kembali ok.
Kalau tidak, manelah nak menumpang tidur semalam.
(^_^)

: Bowling PUSPANITA JPS 2010 :

Wednesday, December 15, 2010 7:38 PM By εïз .y a t i e.sb. εïз 0 Impressi0n
 : Bismillah.....Assalamualaikum :

Tahun ini tahun kedua me menyertai 
pertandingan bowling PUSPANITA JPS
Tahun ini, kali ini pula..
bersama group and team yang lain pulak.
dulunye kalau masih ingat entry ni..
untuk tahun 2010 ini me bersama dengan
K. Asiah, K.Mimi, Rozie and Me dgn team : Mutiara
tahun ni, pertandingan bowling ni diadakan pada 13 December 2010
bertempat di Cosmic Bowl Mid Valley, Bangsar.
Just main utk suke-suke jugak~ ENJOY~!

Our team tak menang pun.
just enjoy the games.actually our department 
hantar paling banyak team iaitu
Pas je abis tournament PUSPANITA tu, 
me n my lil sis sambung utk 2 games~

. our team : MUTIARA .

 
 . tidak memihak kepada kami .

. our score .

 
 . bola biru + baju purple itu menyerlah warnanya..haha ngah fokus tuh .

 . yuyu & ping dengan team : 1 Malaysia : .

 . tengok k.mimi, kemain suke dapat STRIKE .

 . me pun dapat STRIKE jugak...hehe yeaahhh .

: DELAY : Ahad di Broga Hill :

Saturday, December 11, 2010 11:28 PM By εïз .y a t i e.sb. εïз 3 Impressi0n
: Bismillah.....Salam :

Ahad di Broga Hill
05 December 2010

Finally, tertunai hasrat serta impian untuk kesana setelah sekian lame..
Planning memang da lame, setelah BUBAR..plan balik..
barulah menjadi~
Seawal pukul 1.30 pagi da bersiap di dapur utk prepare sandwich + goreng nugget
nk goreng nugget pun satu hal jugak..buleh lupe nak beli minyak masak..hahaha
dengan adenye Cik Qhiee dan motornya..Si Chup's menemani Cik Qhiee ke 7 E..
Me dengan gigihnya meneruskan aktiviti memasak sardin.

Get ready..semua da siap mandi dan bersiap..
Jam menunjukkan pukul 2.++ pagi..
Mane En. Zul nih? da siap ke die? Nape tak calling² lagi?
Kate nak pick up kami di ground floor..
Lorrr...rupenye..dia pun late bangun..

Lebih kurang pukul 3 pagi ++ sikit barulah kami En. Zul sampai.
Kami terus ke Bangsar, walaupun ade kesulitan jalan sikit..huhu
On radio terus hilang fokus yee...haha.Kelakar la :D

Stop depan UOA Bangsar then kami transit ke Myvi Cik Afiza,
Follow kereta En. Zul untuk pick up En. Adi, next pick up Ssyier.
Then terus ke Stesen PETRONAS,
 En. Zam, Nasrul, Donat & Atun da tunggu di sana.
Jam menunjukkan pukul 4.30 pagi..
En. Zul seterusnya ke Mantin untuk pick up Kak FC.

Perjalanan kami diteruskan mencari destinasi dima Broga Hill itu.
Sabar dan exited tetap ada..BEST~!
Lebih kurang pukul 5 ++ kami pun sampai.
Wahh..memang da ramai la time nih.
Walaupun cuaca masih lagi gelap dan malap.

Rest jap, kami pun meneruskan pengembaraan..
Cabaran 400 meter pun bermula..
Mulanya kami bersama..Di pertengahan jalan kami berpisah.
Kerana Cik Qhiee dan Chup's mengalami kePENATAN.
Co-pilot Nasrul terus bersama Cik Qhiee dan Chup's.
So, kami berlima meneruskan lagi perjalanan kami..

Haihhh~ jauh lagi ke? da penat dan lemah gemalai da otot nih..
Punya lah nak sampai ke satu puncak ke satu puncak tuh..
Allah jela yang tahu.. Nampak macam rilex dan fit..
Tapi???? Sampai di satu tahap tu da tak nak teruskan lagi.
Semua feel ade..adehhh....Rasa ngantuk sebab da tak larat sangat pun ade..
Dengan dorongan semanagat dari Zam + Donat
( "sikit lagi" / "5 minit je lagi" / "da nak sampai da" / etc )

Lebih kurang pukul 6.55 pagi kot kami sampai ke puncak.
Akhirnya, me gagahkan jugak kaki ni melangkah da mendaki hingga ke puncak.
Perasaan seronok dan kepuasan memang tak dapat di ekpresikan.
Penat terbayar dengan dapat melihat sunrise terbit...

  muka-muka keletihan (-_^)

 

sampai lebih kurang pukul 6.55 pagi macam la..
terus terbaring dan duduk dengan KePENATAN terlampau..huhu


kembali ceria pas mkn lolipop :P hehe


cantiknya sunrise..posing time~




jam di camera zam menunjukan pukul 7.10 am..




WAHHHHH~ Cantiknya.
Tengok dari atas, memang tak sangka kaki ni melangkah sejauh dan setinggi itu..
Yeahhh berjaya menuju ke puncak Broga.






berposing before terus ke puncak..




KAMI...otw untuk naik ke puncak Broga Hill.


taraaa~ finally..kami ber5 sampai di sini
" Selamat Datang Ke Puncak Bukit Broga "
400m 

muka-muka yang berjaya sampai ke Puncak Broga Hill ^_^


Chup's & Ssyier...try again..maybe next trip buleh sampai ke puncak oke..





view yang sangat cantik~


 buai laju-laju..tinggi sangat..tak dpt naik..
buaian yang di buat khas untuk pre wedding Angkasawan.



cian do~ nk cropping tak buleh eaaa...haha

still...


jump~ hoyeeeee...



Sempat mengabadikan beberapa keping picture di sana.
Thanks kpd si empunya camera.


Before balik kami berkelah di bawah pokok durian
dan di tepian pokok-pokok kelapa sawit..
makan sandwich + minum air kelapa berjemaah yang ditaja Zul..huhu
huhuhu~ how's sweet :D


capture² terakhir before meninggalkan Semenyih~

- boleh tak nk pi lagi? huhu (^_^)v