Showing posts with label Work. Show all posts
Showing posts with label Work. Show all posts

.Wallpaper Baru.

Monday, March 26, 2012 12:02 PM By εïз .y a t i e.sb. εïз 0 Impressi0n
.Bismillah.....Assalammualaikum.

Selamat Hari ISNIN
Selamat Bekerja walaupun hari pertama memang agak membosankan.
Saya pn tak tahu nk update ape hari ni..

Just wallpaper JPS yang baru ni jek..
Wah da tukar la..
kali ni warna lagi terang dan menarik..dulunya agak suram sikit..
hehehehe
kiteorg kat JPS ni tidak dibenarkan menukar2 wallpaper,
so just ikut jek ape yang telah disetkan.



sorry..keadaan desktop yang agak tidak tersusun..
just focus kat picture tu jek ye...
Daa~ sambung balik kerja... ;D

: Amazing MARCH :

Tuesday, March 01, 2011 8:27 AM By εïз .y a t i e.sb. εïз 1 Impressi0n
: Bismillah .....Assalammualaikum :

today,
1 March 2011




Mulakan pagi dengan senyuman yang paling menawan..
SENYUM itu kan tak perlu kata apa-apa..
SENYUM je..nk lirik lagu senyum? 
Hope this March giving more happiness & prosperity
Insyaallah..

Special word for Chup's..

Alhamdullillah..THANKS ALLAH..
Finally..Penantian berakhir ..
back to normal, back to work..

    Happy  

Kerja Rajin-Rajin ye..
Selamat Menjalani Hari-hari  bangun subuh pagi~

: Menstrual + High Blood Pressure :

Wednesday, January 26, 2011 11:35 AM By εïз .y a t i e.sb. εïз 0 Impressi0n
: Bismillah.....Assalammualaikum :

Alhamdullillah..
Kesihatan makin pulih..
eh..tetibe je ye?
bile sakitnye?

Semalam la..
25.01.2011
memang dari rumah pagi semalam
terasa malas sangat nak gi kerja..
dengan sakit perut [menstrual]
tambah pulak dengan headaches yang amat sangat..
aduhaiii~ spoil betul..
tak pernah-pernah sakit perut sampai macam ni before ni
baru kali ini..
merasa jugak sakit smapai tak boleh tahan macam semalam.
[ nak test calculator period?] hehe..

tapi semalam teruskan jugak kuatkan semangat nak gi kerja
sampai office terus lentukkan kepala kat meja..
aisehh..makin sakit kepala.
then k.maton bagi tigerbalm die bg meredakan sedikit kesakitan.
thanks kak..

K. Mimi pulak offer nakbawakkan gi klinik..
ape lagi..tak lepaskan peluang la, sebab da tak tahan sakit sangat.
so kami pun pi la Klinik Kesihatan Tanglin
first time di situ..huhu
lebih kurang 1 jam lebih kat Klinik tu..
buat pemeriksaan dan ambil ubat..
Doctor membenarkan mc 1 day semalam.
Dapatlah rest2 kat umah..
Before balik, gi breakfast dlu kat depan klinik tu..
just makan roti bakar + air teh tarik..
tapi sempat jugak rase bihun goreng kak mimi..
hehehe..
Thanks kat kak mimi sebab tolong bwk orang gi klinik then
hantar orang.
Semoga segala kebaikan akk, di balas oleh Allah s.w.t


Yang tak bestnye? headaches sebab
high blood pressure.


rasanya before² ni pun macam tu jugak..
da kurangkan makan makanan masin, daging etc..
tapi kenapa mcm tu lagi?
terus cakap kat mak..mak suh jaga pemakanan..
mak cakap mak pun takde darah tinggi dan kencing manis tau.

Kenalah jaga pemakanan lepas nih?
Jaga berat jugak..
Mak pun da pesan suh turun sikit berat badan tuh..
fuhhh~ cabaran ni.

Hope semuanya akan kembali oke..
Baik-baik sahaja~

: Bowling SUKA-SUKA BKP :

Friday, January 07, 2011 2:38 PM By εïз .y a t i e.sb. εïз 0 Impressi0n
: Bismillah ..... Assalammualaikum :

Semalam ke Kompleks Mutiara, Jalan Ipoh.
Permulaan untuk tahun 2011 ni
" Pertandingan Bowling Suka-Suka BKP "
anjuran our department (UPA) jugak..hehe..



Pertandingan bermula 5.30 petang...
me, k.mimi & k.asiah gi awal ke sana utk menguruskan hamper & pendaftaran.
ada 32 org staff yg mengambil bhg. , 8 team , & 4 org bagi stp team..
yang uniknya setiap team kena memasukkan
perkataan "TENSION" pada nama team masing²..

our team name --> TENSION!!! No..No..No..
En. Fairos, En. Arifin, Ping and Me..
huhu~ name pun main suke²
so tak de la nk tension gile² men utk jadi champion.
dari 8 team..our team hanya berada di tempat yang kelima..
okela tuh..janji enjoy kn?
Congrate kpd team yang menang, and also congrate kpd
Pn. Azian - women best player & Abg Suhaime - men best player... Hebat~!

Thanks kpd Cik Qhiee and Chup's kerana menghadirkan diri,
serta memberi support kpd me..hahaha Cik Qhiee memang sporting la..
Tak rugi datangkan? sambil support member, sambil 'cuci mata' ,
sambil men bowling jgk, done-done tuh dpt lucky number ye...hehehe Congrate to u.

Acara settle dalam pukul 9++,
Aisehh..name me kurang bertuah la untuk 10 cabutan lucky draw.
Takpelah..tak de rezeki kot.
Thanks to K. Mimi menghantar kami balik semalam~
Alhamdullillah, balik dgn kelegaan lif Menara Orkid dan air paip sudah kembali ok.
Kalau tidak, manelah nak menumpang tidur semalam.
(^_^)

: Out - Penang :

Friday, December 17, 2010 10:25 AM By εïз .y a t i e.sb. εïз 0 Impressi0n
: Bismillah.....Assalammualaikum :


 
Going out for 3 days to Hydro Hotel Penang, Batu Ferringhi. 
Bengkel SKT 2010
17-19 December 2010
Bahagian Khidmat Pengurusan,
Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia.


will be miss u..
"....."

: Bowling PUSPANITA JPS 2010 :

Wednesday, December 15, 2010 7:38 PM By εïз .y a t i e.sb. εïз 0 Impressi0n
 : Bismillah.....Assalamualaikum :

Tahun ini tahun kedua me menyertai 
pertandingan bowling PUSPANITA JPS
Tahun ini, kali ini pula..
bersama group and team yang lain pulak.
dulunye kalau masih ingat entry ni..
untuk tahun 2010 ini me bersama dengan
K. Asiah, K.Mimi, Rozie and Me dgn team : Mutiara
tahun ni, pertandingan bowling ni diadakan pada 13 December 2010
bertempat di Cosmic Bowl Mid Valley, Bangsar.
Just main utk suke-suke jugak~ ENJOY~!

Our team tak menang pun.
just enjoy the games.actually our department 
hantar paling banyak team iaitu
Pas je abis tournament PUSPANITA tu, 
me n my lil sis sambung utk 2 games~

. our team : MUTIARA .

 
 . tidak memihak kepada kami .

. our score .

 
 . bola biru + baju purple itu menyerlah warnanya..haha ngah fokus tuh .

 . yuyu & ping dengan team : 1 Malaysia : .

 . tengok k.mimi, kemain suke dapat STRIKE .

 . me pun dapat STRIKE jugak...hehe yeaahhh .

: Hari ini 2 Tahun :

Thursday, December 02, 2010 12:22 PM By εïз .y a t i e.sb. εïз 1 Impressi0n
: Bismillah.....Salam :

Hari ini genap 2 tahun berkhidmat didalam Perkhidmatan Awam.
Berkhidmat di Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia.
Belum sah dalam perkhidmatan lagi.
Menanti penuh Sabar~

Induksi Umum √
Induksi Khusus √
Peperiksaan Perkhidmatan Awam ×
BTN ×

Hope dapat ters berkhidmat dengan cemerlang dalam pekerjaan~

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

: Hati Yang Disakiti :

Wednesday, October 27, 2010 8:25 PM By εïз .y a t i e.sb. εïз 0 Impressi0n
: Bismillah.....Salam :

pressure

tekanan

tension

stress


bosan


itulah yang sedang aku alami.


Kejadian minggu lepas masih terasa berat dan beban
untuk kepala aku tanggung.
Serabut otak dibuatnya.
Haihhhh~
Ya Allah aku di uji lagi.
Aku tahulah Kau sayangkan aku, sebab tu Kau uji aku.
Tapi kenape terlalu berat bagi aku.
Membuat sesuatu keputusan yang amat sukar untuk aku buat.
Bosan dengan situasi begini? Sampai bila?
Kenapa pulak timbul masalah ini di ketika ini?

Rasa nak pergi bercuti lame-lame je dari kerja sekarang..
Nak jauh dari segala situasi sekarang.
Arggghhhh~
Tenangkan jiwa, kepala, hati yang ntah apa-apa nih.
Ya Allah, tolonglah hamba mu yang lemah ini.
Berikanlah hambamu ini, jiwa dan hati yang tenang,
jauh dari segala masalah serta kekusutan yang membebankan.
Amin Ya Rabbal Alamin~

: Berakhirnya ... :

Monday, October 18, 2010 7:03 PM By εïз .y a t i e.sb. εïз 2 Impressi0n
: Bismillah.....Salam :

Tepat pukul 5.00 petang tadi
berakhirlah tugas me sebagai,

Pembantu Khas / Pembantu Kesetiausahaan / PA
kepada Dato' Ir. Lim Chow Hock
Pengarah Kanan ( Sektor Pengurusan )
Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia
bermula 15 Januari 2010 - 18 Oktober 2010.

Segalanya macam berakhir dengan begitu cepat pulak rasenye.
Tapi apakan daya dan kuasa, itulah ketentuannya.
Pembantu Khas / Pembantu Kesetiausahaan / PA
kepada Dato' telah melapor diri hari ini.
Dan akan mengambil alih tugas itu dari me.
 Esok, me akan bermula dengan kisah hidup yang baru.
Hope segalanya akan berjalan dengan lebih baik.
I begging & praying u Ya Allah.

Rase terharu dan sedey bila Dato' cakap die pun rase sedey bila me bukan lagi bekerja dengan dia.
Dato' juga cakap me bekerja dengan baik dan senang bekerja dengan me.
Bukan senang nak berurusan dengan orang atasan seperti Dato', 
Bukan senang seorang bos nak berkerja sama / serasi dgn PA yang bukan berjawatan PA sebenar.
Tapi alhamdullillah me dapat melaksanakan tugas yang di amanahkan dengan sebaik yang boleh..
Thanks kpd Dato' juga kerana menerima kerja-kerja me.
Kerja di bawah Dato' memang pengalaman yang best la jugak.
He he he.
 
: TKP I, KP JPS, TKP II & Pengarah Kanan ( Sektor Pengurusan ) :
Dato ' Ir. Lim berbaju melayu Hijau.
picture taken by En Mizan FB.huhu
--------------

: Intipati Bajet 2011 :

Friday, October 15, 2010 6:14 PM By εïз .y a t i e.sb. εïз 2 Impressi0n
: Bismillah.....Salam:
: PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan dokumen yang mengandungi ucapan Bajet 2011 diperhatikan oleh timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas membentangkannya di Dewan Rakyat, di Kuala Lumpur. :

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Berikut ialah intipati Bajet 2011 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat hari ini:-

* Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh yang dijangka siap pada 2025.

* Pembinaan projek bersepadu "Warisan Merdeka" dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015.

* Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.

* Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.

* Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015.

* RM85 juta untuk membina kemudahan infrastruktur bagi membolehkan hotel dan resort peranginan di kawasan pedalaman yang berpotensi menarik pelancong.

* RM50 juta bagi membina beberapa laluan pejalan kaki berbumbung di kawasan lingkaran KLCC-Bukit Bintang.

* Pembangunan resort bersepadu eco-nature pertama di dunia bernilai RM3 bilion oleh Nexus Karambunai di Sabah bermula tahun depan.

* Pemansuhan duti import ke atas 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan pada kadar 5 peratus sehingga 30 peratus bagi menjadikan Malaysia destinasi utama membeli-belah di Asia.

* RM119 juta untuk membangunkan penciptaan kandungan tempatan, hosting kandungan tempatan dan pembukaan saluran baru untuk kandungan.

* Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.

* RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.

* RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatkan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi.

* Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.

* RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.

 * Kadar cukai perkhidmatan dicadang dinaikkan satu peratus kepada enam peratus untuk menjamin kesejahteraan masa hadapan negara.

* Cukai perkhidmatan juga dicadang dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran TV berbayar.

* Meningkatkan penguatkuasaan dan pengauditan serta memperluaskan liputan ke atas semua pihak yang sepatutnya membayar cukai bagi memantapkan kutipan hasil.

* Menyusun semula dan memperkukuhkan aspek pendidikan dan latihan dengan belanja mengurus RM29.3 bilion untuk Kementerian Pelajaran, RM10.2 bilion (Kementerian Pengajian Tinggi) dan RM627 juta (Kementerian Sumber Manusia).

* Menubuhkan "Talent Corporation" di bawah Jabatan Perdana Menteri pada awal 2011 untuk membangunkan pangkalan data tenaga kerja berkepakaran serta menjalin kerjasama dengan jaringan bakat di seluruh dunia.

* RM212 bilion diperuntukkan bagi Bajet 2011 iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding peruntukan 2010.

* Daripada jumlah itu, RM162.8 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.2 bagi perbelanjaan pembangunan.

* Di bawah peruntukan mengurus, RM45.6 bilion adalah bagi emolumen dan RM28.2 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan, RM86.4 billion diperuntukkan kepada Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap.

* Sejumlah RM1.4 bilion disediakan untuk pembelian aset dan RM1.2 bilion untuk perbelanjaan lain.

* Bagi peruntukan pembangunan, RM28.3 bilion disediakan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur, perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar.
* Sejumlah RM15.5 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.
* RM4.4 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM955 juta bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.
* Dari segi kutipan hasil Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2011, jumlahnya dianggarkan meningkat 2.3 peratus kepada RM165.8 bilion berbanding RM162.1 bilion pada tahun 2010.

* Defisit Kerajaan Persekutuan bagi 2011 dijangka terus berkurangan kepada 5.4 peratus daripada KDNK berbanding 5.6 peratus pada 2010.

* Pengecualian duti eksais 100 peratus ke atas pembelian sebuah kenderaan nasional oleh Orang Kelainan Upaya (OKU).
* Memperluaskan pelepasan cukai ke atas perbelanjaan perubatan ibu bapa sehingga RM5,000.
* Mengecualikan 50 peratus duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi rumah kediaman pertama.

* Mengecualikan 100 peratus duti import dan duti eksais ke atas kereta hibrid.

* Melaksanakan Program Latihan 1Malaysia dengan peruntukan RM500 juta di Kolej Komuniti, IKBN, ILP dan Pusat Giat Mara.

* Menubuhkan Majlis Konsultasi Gaji Negara sebagai platform dalam penetapan gaji dan pengenalan gaji minimum mulai Januari 2011.

* Menambah baik peluang kenaikan pangkat pensyarah di IPTA ke peringkat tertinggi Gred Turus III, II dan I serta penganugerahan Profesor Ulung.

* Menubuhkan Dana Belia 1Malaysia berjumlah RM20 juta.

* Menaikkan imbuhan Guru KAFA dari RM500 kepada RM800 sebulan.

* Menaikkan elaun bulanan RM750 sebulan kepada imam.

* Menaikkan elaun kepada Pengerusi JKKK dan Pengerusi JKKP, Tok Batin, dan Pengerusi JKKK Orang Asli, Pengerusi JK Kampung Baru, Pengerusi JK Kampung Baru Rangkaian dan Pengerusi JK Kampung Bagan dari RM450 kepada RM800.

* Elaun kehadiran mesyuarat kepada semua Ahli Jawatankuasa dinaikkan dari RM30 ke RM50.

* Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 54 dan ke bawah, pegawai kontrak dan pesara kerajaan.

* Memansuhkan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).

* Menyambung perkhidmatan Pegawai Khidmat Singkat yang akan tamat perkhidmatan pada 31 Disember untuk tempoh satu tahun lagi.

* Menaikkan kadar pinjaman perumahan kakitangan awam kepada RM20,000 untuk kerja-kerja tambahan rumah kos rendah bagi Kumpulan Sokongan Dua.

* Menaikkan had kelayakan maksimum pinjaman perumahan kakitangan awam kepada RM450,000.

* Menaikkan kadar Bantuan Mengurus Jenazah kepada RM3,000.

* Memberi fleksibiliti dengan menentukan cuti bersalin sehingga 90 hari kepada penjawat awam wanita tertakluk kepada had semasa 300 hari.

* Untuk Kementerian Pelajaran, peruntukan pembangunan sebanyak RM6.4 billion disediakan bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru.
* RM213 juta lagi dibajet sebagai ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi serta imbuhan kepada Pengetua atau Guru Besar dan Guru Cemerlang.

* Enrolmen prasekolah akan ditingkatkan dengan sasaran 72 peratus menjelang akhir 2011 melalui penambahan 1,700 kelas, pemantapan kurikulum serta pelantikan 800 guru prasekolah lepasan ijazah.
* RM111 juta diperuntukkan bagi program PERMATA antaranya bagi pembinaan fasa 2 Kompleks Sekolah PERMATA Pintar, membina 32 Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) dan membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap.

* RM250 juta diperuntukkan bagi sekolah bantuan modal agama, sekolah bantuan modal jenis kebangsaan Cina, sekolah kebangsaan Tamil, sekolah bantuan modal mubaligh dan sekolah bantuan kerajaan seluruh negara.

* Kerajaan juga bersetuju membiayai bantuan per kapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat rendah dan menengah dengan peruntukan RM95 juta sebagai mengiktiraf pendidikan Islam.

* Bagi menyediakan guru serta tenaga pengajar kompeten dan berkualiti yang dapat membimbing dan mendidik pelajar sekolah dengan sebaiknya, kerajaan menyediakan RM576 juta dalam bentuk biasiswa kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran.

* Sejumlah RM213 juta diperuntukkan bagi mengangkat tinggi penguasaan Bahasa Malaysia, mempersadakan Bahasa Inggeris dan memperkemaskan kurikulum standard sekolah rendah.

* Kerajaan bersetuju untuk mengambil 375 guru penutur jati antaranya daripada United Kingdom dan Australia untuk meningkatkan lagi pengajaran Bahasa Inggeris.

* Peratusan staf akademik berkelulusan PhD ditambah kepada 75 peratus bagi universiti penyelidikan dan 60 peratus bagi IPTA lain dengan peruntukan RM20 juta.

* Skim Rumah Pertamaku dengan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000.

* Menyediakan Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah untuk pekerja estet oleh BSN.

* Program Bantuan Rumah (12,000 unit) untuk golongan miskin dan miskin tegar dengan peruntukan RM300 juta.

* Mewujudkan "Portal 1Malaysia Pengguna Bijak".

* Memperkenalkan Program Pengedaran Barang Perlu bagi menyeragamkan harga barangan.

* Memperkenalkan Program Transformasi Kedai Runcit, Bengkel Automotif dan Projek Pasar Komuniti.

* Melancarkan Dana Pencen Swasta.

* Melancarkan Skim Amanah Hartanah Bumiputera bernilai RM1 bilion dan patuh syariat.

* Menyediakan multivitamin untuk pelajar sekolah rendah seluruh negara.

* Meneruskan program subsidi bayaran bil elektrik bagi penggunaan bawah RM20 sebulan.

* Kadar tol di empat lebuh raya milik PLUS Expressway Berhad tidak akan dinaikkan bagi tempoh lima tahun akan datang bermula serta-merta.

* Mengkaji semula had minimum kebankrapan yang pada masa ini berjumlah RM30,000.

* Permohonan PR boleh dilakukan selepas lima tahun.

* Menyediakan empat buah bas sebagai Klinik Bergerak.

* Merangka Model Baru Pembangunan Orang Asli dan Pribumi.

* Memperkukuh JHEOA dengan mentransformasi kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli.

: Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat :

* Alhamdullillah (^_^)

: Makan Best :

Thursday, September 30, 2010 1:54 PM By εïз .y a t i e.sb. εïз 0 Impressi0n
: Bismillah.....Salam :


Alhamdullillah..
Kenyang~
Arini ada jamuan Hari Raya untuk Bahagian Khidmat Pengurusan.
buat sekali bacaan doa selamat utk Pengarah BKP
Tuan Hj. Jailani Bin Abdul Majid yang akan menunaikan haji pada 21 Oktober ni.
serta bagi meraikan Cik Hafsah Kassim yang akan bersara.

Banyak juadah yang best.
Ada satay ayam + daging, kuih raya,
nasi beriani lauk ayam masak merah, rendang daging, lemang.
buah-buahan dan macam² lagi..
sangat full tank hari ni.

Jam da nak dekat kol 2 lebih ni..
jap lagi nak sambung kembali, sesi 6 [2.30-4.30pm]
Kursus Pengurusan Rekod Jabatan bersama Arkib Negara Malaysia
nasib baiklah kursus 2 hari ni buat kat JPS HQ je..
dapat balik tempat, & update blog.

: Duit Raya :

Thursday, August 26, 2010 8:19 AM By εïз .y a t i e.sb. εïз 0 Impressi0n
: Bismillah.....Salam :


bukak tv pagi tadi, tengok MHI.
Ally cakap satu berita yang pasti akan menggembirakan,
petugas awam dan pesara..
haaa?
terus terpaku dan focus & ++ volume suare tv tu.

wahhh~ dapat Duit Raya laa.

Alhamdullillah Rezeki Ramadhan..
seronoknya me (✿◠‿◠)
Bukan ape, dapat gak shopping raye kan..
hi hi hi.

THANKS A LOT PM
Datuk Seri Najib Tun Razak.

nak bace? click sini pun boleh.

Kakitangan awam dapat bantuan RM500
- UTUSAN Online -

PM umum lebih 1.24 juta penjawat awam, 590,000 pesara dapat RM500 sebelum 1 Syawal

- Berita Harian Online -

KUALA LUMPUR: Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini mengumumkan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dalam satu kenyataan hari ini bahawa bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan dan akan dibuat sebelum 1 Syawal.
“Keputusan ini diambil selepas mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan.
Menurut beliau bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara. -Bernama

Listening : Suasana Hari Raya
by : Anuar & Ellina ♪♫

: Sangat :

Monday, August 09, 2010 12:43 PM By εïз .y a t i e.sb. εïз 0 Impressi0n
: Bismillah.....Salam :

me SANGAT busy hari ini~!

5S countdown ~!
ala yg sisih, susun, sapu, seragam, sentiasa amal tuh..
ni haaaa..ngah bz la nih..
aihhh..

tomorrow MPC mahu audit..
xleh nk posting pnjang berjela oke..

-balik late today 5.30-

: Orang SELFISH! :

Friday, July 30, 2010 7:57 AM By εïз .y a t i e.sb. εïз 4 Impressi0n
: Bismillah.....Salam :

Salam Hari Jumaat yg berkat..
Penghulu segala hari..
tp pepagi nih, ade golongan yg da bt orng lain hangin~
ishhh~

golongan ni t'diri drpd bdk²..ermm...bdk² ke?
da besar da tgok, da blh fikir,
kire student PUSRAWI~
yg stay kat MO tuh..
masuk dalam lif ramai²
pastu me & my lil ni yg naik lif tu dulu dari
they all dok lah t'sepit kat belakang,
bukan nak "say sorry" ke ape..da langgar..
lg buat tak tahu aje adela..
bukan nak mintak ape pn, just h0rmat sesame sendiri pun kire oke..
ade sorang girl b'bangsa india ni pn same,
hanya mampu m'geleng²kn kepala
bila da ramai² tak tahu diam plak tuh,
sibuk baru nk bukak buku, coz ade exam pg tuh..

yg menyakitkan hati lagi,
apela punya manusia,
memang dalam diri tebal dengan sikap
SELFISH~!
bukannya nak tolong tekankan "open" tuh..
tekan just hanya melepasakan diri keluar je, pastu gelak!
ishhh..
tak sesuai langsung perangai tuh utk imej student PUSRAWI cam they all..
org cakap "buat malu company je"

takkan patah jari jemari tu korang tu,
kalau hanya nk tekankan utk org lain yg nak keluar same..
sekali lagi girl india tu mengelengkan kepalanya..
faham² jela, kalau org da tunjukkan reaksi macam tuh?
fikir²kan..
muhasabah diri~
" Ya Allah Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku "
(^_^)

# cerita pasal nih, t'ingat plak kat satu insiden ngan hampir sama dgn ni, yg b'laku diantara kami dengan 2 orang budak rumah kami tuh~, b'laku di pg hari, they all kuar umah dulu beberapa minit dr kami, kelihatannye sdng tggu lif, kami pn tngah kunci umah time tuh, dan mereka nmpak my lil menuju ke arah lif itu, aikkk~ tak tggu pn, kalau tak nampak tak ape, da nampak kan? huhu tak ape, kami tak kesah sgt! da memang nampak korang pn SELFISH~! cume..pasni jgn salahkan kami jika menda yang sama b'laku kpd korang, kerana korang yg ajar kami bt mcm tu..done~!

: Rezeki Pagi Hari :

Monday, July 19, 2010 12:42 PM By εïз .y a t i e.sb. εïз 0 Impressi0n
: Bismillah.....Salam :

"Arrggghhhhhh sok keje daa... malasnye..."
maybe itulah situasi yg sering melanda sesetengah org bila tibe hari Isnin. 
Kenape Isnin hari yg membosankan?? 
Kesian hari Isnin kn? Kalau hari Isnin boleh berkata-kata,
dah tentu dia kecik hati dgn hari Jumaat. 
Sebab semua org suka pd hari Jumaat coz 'last day' keje 
& org pun dah tak sabar2 nak bercuti, balik kg la..betul tak? ade yg setuju ngan me?
tp ade jugak org yg b'semangat membara nk mulekan tugas ari Isnin~ bgus²

actually nk ckp psl rezeki dihari isnin yg tuh, me agk lewat pd ari isnin tuh, 
then trus trn ke msjid jamek tuk amek cab je pi office..
then ngah² nk melintas tu ,
krew² HOT FM + DJ AG tu ngah sibuk² 
mengagihkn bungkusan kuih² tuh..kami pn tidak ketinggalan..
kami dapat 2 keping kuih yg di balut ckup chantek & b'sticker
" HILANGKAN STRESS ANDA BERSAMA KAMI SETIAP PAGI "..
dr HOT FM AM KREW - 97.6 FM (Lembah Klang)
dptlah Kuih karipap & kuih cara manis =)
slain mmg betul² sedap...ianya foc :P
thx yep HOT FM ~! 
bgusla bt camtu selalu..
selain sedekah dpt pahalakn, then dpt menarik pendengar² 
tuk dgr HOT FM, & lagi  m'eratkan hubungan diantara peminat + pendengar :)

: today :

Friday, July 09, 2010 3:26 PM By εïз .y a t i e.sb. εïз 1 Impressi0n
: Bismillah.....Salam :
arini..
pg td smpai tnghari dok sibuk bt 5S utk Zon Direktorat..
huhu~ amanat besar utk me nih..
mane tak, nk bt utk top management JPS pnye :]
haha~ h0pe they all leh accept hasil kerja me..
ni pn xsiap lg nih..h0pe smpat suiapkn sebelum audit dtg :]

.......................................

tnghari td, kuar ngan k.mimi..
kami pi jln TAR..
lunch dlu, mkn nsi + ikan bakar..pedass :P
then,
sh0pping baju rye..nk tmpah nih..
h0pe smpat utk pkai raye..
kami jln² pi Jakel, tp xde yg b'kenan plak..
haha~ this year kami sefamily, pkai bju sme..
me, my mum & lil sis chup's~
sed0ndon di pagi raye Insyaallah~
color pe? rahsia..tggu raye ea..

...........................................

mlm ni gerak balik kg..
yeeahhhhh~!! happy gile !
nek bus kol 7.30 mlm dr Bukit Jalil..
coz ade majlis b'kahwinan my cousin..
ari isnin me cuti..
jmpe ari selasa ye..

daaa~ take care sume (^_^)

: Out for 9 days :

Tuesday, June 22, 2010 1:50 PM By εïз .y a t i e.sb. εïз 0 Impressi0n
: Bismillah.....Salam :


.
.
.

baru je balik dr Kursus Induksi Khusus..
now skali lagi name me di panggil..bagi

menghadiri..

Kursus Induksi Modul Umum Kump. II / 2010

22 - 30 Julai 2010
JPS Ampang

.
.
.
hope sumenye b'jalan dgn lancar nnt..
will miss u dear :D
take care
..

: Induksi Umum :

Tuesday, June 15, 2010 8:56 PM By εïз .y a t i e.sb. εïз 0 Impressi0n
: Bismillah.....Salam :
hurmm..
ptg td..mase nk punch out..
cc pnggil me,
nk bg surat Kursus Induksi Umum
pd 22 - 30 Jun ni..
haaaa..lamenye...
keadaan msh lg pening² memikirkan b0ut ni..
kn baru je blik kursus Induksi Khusus, 2 weeks lps..
rasenye pnt pn tak abis lg..
now kne pi Induksi Umum plak..
uikss..mcm cpt jela plak..
dulu menanti pnyela lame,
now da dpt cam mls nk pi plak..
apela~

: Kursus :

Sunday, May 30, 2010 2:28 PM By εïз .y a t i e.sb. εïз 2 Impressi0n
: Salam.....Bismillah :

Selamat tinggal kwn² di



dan di



kerana me akn menghadiri
Kursus Induksi Khusus dari 30 May till 4 June 2010..
Akan merindui FB dan Blogging ;[
Apekan daya keadaan memaksa..
bkn suke² nk pi kursus lame² :D (kn Chup's)
manekn tidak, da hampir 1 tahun lebih,
baru ini name me naik utk Kursus Induksi Khusus..
tu belum lg Induksi Umum dan BTN..
bile la boleh sah jawatan ni ea?
H0pe semuanye selamat sebelum kne
perlanjutan tempoh percubaan :]

Will miss a lot³ my dearest sis Chup's..
miss my adek Cici & Qiqi..dun noty²
miss my r0om, bantal etc dlm r0om tuh..
miss my kwn² time mnum + gelak² kat mamak,
cik Afiza, cik Qhiee, Sally, & kwn opis..
Kalian sume, me nk mtk tlg tgokkn dan jgekan si Chup's tu ye..
tlgla if die tak ckp mkn ke, bgla mkn..nnt nk claim, claim la..
if die kurang sht ke? tlg hntarkan pi klinik..n f0llow up b0ut ubt..
maklumla die s0rang adek i..hehe..
die kn m'gaku yg die tu manje..ermmm :P
mane tau die nakal ke..balik report kat me..oke..
tau la nk bt pe kat die..

...then sedikit pesanan me utk Chup's...

- jg diri & kesihatan tu..mkn ubt if rase sakit..
- jgn mls pi keje..bgun awl nnt me wake up kn..
- jg bilik kita elok² [ bersih + kemas + teratur seperti biasa ]
- then, l0ck bilik if nk kuar..
- jgn lupe bg adek² mkn..
- jgn n0ty² & jgn buat ape yg me TAK SUKA..
simple je kn..anything inform me oke..



masenye utk pergi..
take care sume, jumpe lg seminggu kemudian..
o_o

: Salam Perpisahan :

Thursday, May 27, 2010 2:30 PM By εïз .y a t i e.sb. εïз 0 Impressi0n

: Bismillah.....Salam :

Arini last day bt K. Yati..
yg akan bertukar ke IPD Tawau, Sabah mulai 3 Jun ni..
seronok tak dpt balik kg? he he
nila ucapan t'akhir kak yati..


( click utk besarkn )


Di kelapangan mase ni,
Orang nak ucapkan Selamat tinggal kat akk ye..
Orang mintak maaf jikalau ada kekasaran bahasa,
kejanggalan kelakuan, yg mengguriskan perasaan akk...
Ikhlas dari hati di hulurkan kemaafan..
terima kasih sebab meninggalkan memori yg manis..
( mase kite berempat [ K. Maton, K. Ida, K. Yati & Yatie ]
maen bowling kat Ampang tu..he he )
walaupn kalah, kite tetap b'semangat..janji menang s0rak :P
then, mase kat Cherating ( dlm bus kn kite jiran ) hoho :)
walaupn kite takla serapat mane..tp org happy dpt knl dgn akk..
terharunye..ngah cry ni.. *_*
Semoga akk b'jaya,
dan terus gigih bekerja di tempat yg baru..

Selamat tinggal Kak Muhayati..
May Allah Bless U..
I Will miss u..