: Pre Wedding Angkasawan & Dr. Halina di Bukit Broga :

Thursday, October 07, 2010 7:50 AM By εïз .y a t i e.sb. εïз 10 Impressi0n
: Bismillah.....Salam :

WAHHH~!!

Mungkinkah wedding of the year 2010?!

Bestnye mereka di photo shoot pre wedding disana.

Bukit Broga~

Da lama mahu ke sana. Tapi tak juga dapat tertunai hasrat..
Mulenya tak tahu pun pasal Bukit Broga ni. Plan punye plan, asyik bubar je :[ huhu
Just tahu pun melalui kwn² di Myipo yg tracking ke sana beberapa bulan yg lalu.
Tengok je picture² they kat sane..terus hingin ke sana.
See~ Cantik kn?
Now.. turn Angkasawan Negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Datuk Sheikh Mustapha dan bakal isteri beliau Dr. Halina ber photo shoot disana.
Jom tengok beberapa picture yang me cari di site & forum Pre-wedding they all di shoot oleh dua fotografi yang superb hasil kerjanya, Saiful Nang (candidsyndrome) dan Kukubesi.
Memang cantik. Indah!












Seawal jam 3 pagi 29hb Sept kami seramai 10 orang krew dari CandidSyndrome bertolak ke Bukit Broga. Pasukan ini disertai oleh 2 orang pakar manipulasi sebagai konsultan yg memberi khidmat nasihat tentang aspek manipulasi disebabkan tema yang kami pilih ialah sesuatu yang mungkin kurang nyata. Bagaimana? perhatikan sahaja nanti.

CandidSyndrome adalah kontraktor visual rasmi perkahwinan Datuk Angkasawan dan juga dalam projek Pre-wedding ini. Idea pembikinan ini bukan idea individu saya TETAPI satu idea kolektif melalui mesyuarat konsep yang kami adakan Isnin ini.

Penggarapan untuk memenuhi kehendak tema itu mencetuskan idea kolaborasi pintar antara CandidSyndrom & Empayar Kukubesi yang pada masa itu diwakili oleh Ananamri dan juga Generalnya, KB.

Satu yang kami pelajari di sini. Sesuatu yang terbaik TAK MUNGKIN berlaku tanpa kesepakatan pasukan yang hebat. Alhamdulillah, semua tugas jadi mudah.

Kredit kepada semua pasukan CandidSyndrome; Cik Liana (Pengurus Projek), Yuslan, Azman, Khairul Hazwan, Fuad Topa, Hapep, Suka Bumi dan beberapa orang rakan-rakan serta kredit untuk KB & Team. Makeup artist Aleng, wardrobe Cosry dan tidak dilupakan kepada Datuk angkasawan dan Dr. Halina.

Majlis perkahwinan mereka akan berlangsung pada 10 Oktober ini. Tarikh berkenaan dipilih sempena ulang tahun ketiga detik Dr Sheikh Muszaphar ke angkasa lepas menaiki Soyuz TMA-11 yang dilancarkan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) pada 10 Oktober 2007.

Bertemakan ‘Pahlawan Melayu di Istana Kayangan’, pasangan berkenaan dijangka melangsungkan pernikahan mereka pada sebelah pagi di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya yang terbuka kepada orang ramai sebelum majlis resepsi yang diadakan pada sebelah malamnya di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Pas ni tunggu picture² wedding mereka pulak.

Happy Wedding to first astronaut of Malaysia,
Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor
Sheikh Mustapha ♥ Dr. Halina~!