Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts

.Lagu dan Saya.

Monday, April 02, 2012 12:57 PM By εïз .y a t i e.sb. εïз 0 Impressi0n
..Bismillah.....Assalammualaikum..

Tiba-tiba sekarang ni kerap sangat dengar lagu-lagu yang agak jiwang dan syadu..
Kenapa ye? Sebelum ni pun layan la jugak, tapi bila dengar balik lagu-lagu lama tu macam lain la
susah nak digambarkan perasaan itu.. Tiba-tiba jugak nak teringat kat kenangan-kenangan lama, memori yang dulunya sudah berlalu, tiba-tiba saja menerjah melayang-layang kat ingatan..sekarang pun tak kurang hebat jugak kenangan-kenangan yang telah tercipta, bukan dulu jek..wahhh~ Kalau boleh nak simpan semua kenangan yang bahagia dalam hard disk ketat-ketat dan buang semua kenangan yang pahit jauh-jauh.

Haihhh...
Mulalah nak senyum sorang-sorang nampaknya.
Kadang-kadang member office pun tegur, kenape ni? Asyik dengar lagu jiwang je sejak dua menjak ni. Saya pun dengan selamba berkata "saje", sebab "suke" boleh?

Layan lagu ni pun boleh mendatangkan semangat ape..rasa seronok dan semangat sikit nak buat kerja yang berlambak-lambak tu..kan? Dapat lagi layan time 'ot', semua kawan-kawan da balik, tinggal jela yang berapa kerat tu, suasana pun macam sunyi, memang sesuailah..

Layan lagu jugak boleh membawa kita untuk menjadi lebih puitis, lebih romantik dalam menyusun ayat-ayat cinta..heee~

Oke. Dah. Cukup untuk hari ini. Sebelum dengan panjang lebarnya merepek.
"Saya rindu awak, lagu-lagu kita dan kenangan-kenangan kita, sebab saya memang tak akan dan tak pernah lupa setiap saat yang kita lalui serta kecapi bersama, tak kiralah waktu kita gembira atau berduka, kerana setiap saat dan detik itu amatlah, cukuplah berharga untuk diri saya" Adakah awak begitu juga?

: Badminton Time :

Wednesday, March 14, 2012 7:18 PM By εïз .y a t i e.sb. εïз 0 Impressi0n

.Bismillah.....Assalammualaikum.

Picture ni mase we all play badminton ☄ kat JJB Court Setapak..

Tak pandai sangat pun main actually.. hehehe

Saje nak tumpang sibuk dengan member2 MyIPO..

Biasanya if tak ade ape2 dan masing2 free pada hari Jumaat

they all [Zam, Nasrul, Jijem, Chups, Fadz, Fiza, dan saya :P)

akan training badminton disane..

Candid by Chups..

Edit also by my Chup's..

Thanks Dearest ッ


: Today is My Day :

Friday, January 28, 2011 12:14 PM By εïз .y a t i e.sb. εïз 2 Impressi0n
: Bismillah.....Assalammualaikum :

First things first
I’m thankful to God for making me see this day.
Alhamdullillah..Thank You Allah.
Today 28 January 2011..
Happy Birthday to me~
May Allah Bless me.
and
Hope this year more successful in my life .
Insyaallah..
Amin.

: Sayang Qiqi :

Wednesday, January 19, 2011 11:58 AM By εïз .y a t i e.sb. εïз 2 Impressi0n
: Bismillah....Assalammualaikum :



Masih segar dalam ingatan..
pada suatu petang..
balik dari kerja..
melangkah ke lif..
tetiba seekor anak kucing yg agak kecik
lalu..seolah-olah ingin menangkap kaki me yg tengah lalu..

haihhh~ comel jugak kitten ni..
( sume kucing yg terbiar pn me akan ckp kecian, kalo boleh nk bela sume )
muke alah-alah comot  gitu, paling comot kat hidungla.. :P
nampak kurus kering..nampak macam lapar..tak da ibu disisi..
memang sangat kesian.

hurmm..tanpa banyak fikir..
ambik la...nak bela..
lagipun nak bagi Cici 'ADIK'
tak lah Cici bosan nanti, ada kawan nk gurau/bermain-main.
Info tentang Cici : Cici tu kami ambil kat bawah apartment kami jugak
samalah situasinya macam Qiqi..
Masa tu Cici sakit di kaki, luka ..kecian dan kami ambil bela jugak.

mulanya cici menunjukkan ciri-ciri kurang senang dgn kehadiran Adek Qiqi
tapi lame - kelamaan mereka boleh terima antara satu same lain..
So sweet..
da boleh bergurau sama, makan sama..jilat-jilat sesama sendiri.
masa terus berlalu dan berlalu..
membesarkan 2 ekor kucing yang dulunya sakit, tak cukup makan, kurus..
akhirnya menjadi sihat dan gemok~
Kami tak pernah kisah dan berkira pun untuk bagi mereka makanan.
Yang paling penting tengok mereka happy dan sihat.

Sampailah akhir bulan Disember 2010, adik Qiqi di serang sakit..
Tak tahu lah ape yg menyebabkan dia sakit..
Tiba-tiba hilang selera makan...
Hinggakan berlarutan..sangat RISAU.
Tapi awal minggu lepas,
memberikan sedikit harapan yg adik Qiqi mule oke.
Sebab da mula makan semula..
Tanpa di duga dan di jangka
18 Januari 2011 adalah hari yang telah ditentukan,
hari yang ditakdirkan bahawa Adik Qiqi
telah meninggalkan kami.
Sangat sedih tak terkata apa..pemergiaan amatlah di rasai..
Allah sahaja yang mengetahuinya.
Memang tiap-tiap balik dari keje, Adik Qiqi akan tunggu depan
pintu bilik sambut kami balik..
Tak pun Adik Qiqi akan duduk atas mesin basuh untuk jengah kami.
Kami kini semuanya tiada lagi..
Miss Qiqi sangat-sangat~
Kini..Cici kembali berseorangan.
Kecian pulak Cici..
Nak kena cari pengganti Cici ke?

: Dugaan di MO Lagi :

Friday, January 07, 2011 11:30 AM By εïз .y a t i e.sb. εïз 1 Impressi0n
: Bismillah.....Assalammualaikum :

Apalah nasib kami..
Rasenye ini adalah kali kedua~
Prob ini berlaku...
Kali ini double triple BIG problem ni.

Naik tangga sampai ke tingkat 19~
Sebabnya lif tidak berfungsi, letrik takde..
Tak cukup dengan tu, sampai je umah dalam keadaan yang amat penat tu,
nak lah basuh baju..
Air pun tak de~ Dahla tak de notis umumkan air tak de ke hape.
Hurmmm....mengeluh panjang ak di buatnya.

Dengan tak mandi tak ape, terus je tidur, 
dengan harapan pagi nanti ade bekalan air untuk mandi..
Tersedar di subuh hari, me suruh Chup's tengok lift da boleh guna ke belum?
Still the same~
air pun tak de lagi. so kami punye bincang, punye bincang.
tak pernah-pernah mandi kat Pusat Komuniti Bandar Baru Sentul
ari jumaat yang mulia ni la kami kesana untuk mandi.
Nak pi keje punye pasal..dah la petang nnt me ade tournament bowling.
Aisehh begini pulak dugaan tahun baru ye..
Nape la macam ni..nak kate sewa umah tak bayar...
every month on time we all bayar kpd owner~! 
Dengar cerita TNB buat pemotongan sebab bil penyelenggaraan Menara Orkid tak bayar.
Sesiapa pemilik rumah-rumah di Menara Orkid tu tolong la bertimbang rasa,
bertanggungjawab menjelaskan bil penyelenggaraan anda.
Kecian lah kepada penyewa-penyewa macam kami ni.
Kalaulah ade kes-kes kecemasan ke, 
dr tingkat tinggi-tinggi macam umah kami di tingkat 19 tu..
sape yang nak jawab? PRIHATIN la sikit.
Jangan nak lepas tangan je.

Memang payah dok umah tinggi-tinggi ni kan?

: Tinggal 2010, Datang 2011 :

Friday, December 31, 2010 9:43 PM By εïз .y a t i e.sb. εïз 0 Impressi0n
: Bismillah.....Assalammualaikum :


SELAMAT TINGGAL KENANGAN 2010

Biar segala yang berlaku dalam 2010 menjadi lipatan sejarah yang disusun rapi. 
Simpan segala memori yang terindah.



SELAMAT DATANG 2011


apakah yang terjadi?
dimanakah arah yang dituju?
apakah yang akan berlaku dan terus berlaku?
bagaimanakah haluan serta rintangan yang harus dihadapi?

biar 'dia' yang menjawab..
segalanya minta dipermudahkan oleh Allah S.W.T
Insyaallah.
"Insya Allah you`ll find your way"
selamat datang 2011 :)

: Hari ini 2 Tahun :

Thursday, December 02, 2010 12:22 PM By εïз .y a t i e.sb. εïз 1 Impressi0n
: Bismillah.....Salam :

Hari ini genap 2 tahun berkhidmat didalam Perkhidmatan Awam.
Berkhidmat di Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia.
Belum sah dalam perkhidmatan lagi.
Menanti penuh Sabar~

Induksi Umum √
Induksi Khusus √
Peperiksaan Perkhidmatan Awam ×
BTN ×

Hope dapat ters berkhidmat dengan cemerlang dalam pekerjaan~

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

: Disember :

Wednesday, December 01, 2010 7:50 AM By εïз .y a t i e.sb. εïз 0 Impressi0n
: Bismillah.....Salam :

WELCOME DISEMBER 2010

Mula kan hari dengan senyuman.
Kejap je da berada di bulan terakhir 2010.
Tinggal 30 hari je lagi untuk ke tahun 2011.
Wahh bestnye buda-budak da start cuti sekolah kan.
lame pulak tuh.. [ 20 November 2010 - 2 Jan 2011 ]
sangat jeles dan merindui saat-saat itu suatu ketika dulu.
zaman persekolahan yang sangat-sangat dirindui.
Cousin-cousin kecik da sound nk datang umah kami..
Nak duduk umah kami cuti sekolah ni, nak ajak kami main bowling..
Huhu~

Hope Disember ini akan memberikan sesuatu yang indah untuk dikenang.
Sesuatu yang lebih bermakna untuk di jadikan sejarah dalam lipatan tahun 2010
Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku.
Berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi ujian dan dugaanmu.
Amin.

: World Walking Day :

Sunday, November 21, 2010 12:43 PM By εïз .y a t i e.sb. εïз 2 Impressi0n
: Bismillah....Salam :

World Walking Day 2010
by..Nestle

Mulakan pagi anda dengan senyuman walaupun penat.
Today, me plan nak participate this event with my lil sis.
Actually tau program and this event via MHI mase cuti raye haji di Melaka.

So, dengan semangat kesukanan yg mengujakan, kami pn alarm hp pg tadi.
Tepat pukul 5.30 me pun bangun, tu pn terdengar suara yang agak 
kuat mengejutkan pagi me pada yang tengah lena tuh.
Haha~[ade mimpi disebalik gelakan itu]
Get ready semuanya. kami pun keluar rumah tepat pukul 6.30 pagi.
Mulanya rase nak berjalan aje ke Tasik Titiwangsa tuh.
Tapi tak sure kat mane location Padang Bola, Tasik Titiwangsa.
So naik cab je la. Terus je kan. Fast.
Menuju ke location yang dicari² tuh..nampak lah ramai jugak orang
yang hendak berjalan ke arah dimana event tu start.

Wah~ da ramai la yang queue untuk registration and 
Join the World Walking Day 2010, it’s all FREE tau.., 
FREE entry, 
FREE nice T-shirt & 
FREE yummy breakfast.

Berkat kesabaran queue yang agak panjang..
Finally settle registration then dapat jugak t-shirt hijau yang cantik ni.
Green lagi..
Pas je tukar baju, kami pun berkumpul di depan stage tu utk buat stretching 
then kami pun beramai² buat aerobic..huhu enjoy sungguh.
Berpeluh-peluh tuh.. 

Pas je aerobic, we start walking round Tasik Titiwangsa
sejauh 2.2 km going to the finish line. Tirednye kaki.
Join World Walking Day ni dapat jugak bakar calories 
and lemak² yang tepu, yang tak tepu...huhu
 dapat de-stresses mind then strengthens our body right?
 Walking with fun aje....walk slowly till the end.
Pas je sampai, kami pun queue ambil breakfast.
Just breakfast coco crunch + maggi
sambil tu, tunggu untuk lucky draw..
hurmm sume sipi² je, dekat² ye ngan our number..
huh~ it's oke..try again. not my 'lucky day' today
The most important, we enjoy  join this event.
And terus bersemangat update di blog ini untuk di sharing 
our early morning moment with all. (^_^)v peace.
Chup's pun da update kat fb di ni..
World Walking Day  at Tasik Titiwangsa today. Tired but fun. Going out early morning.

World Walking Day  jugak akan di adakan di another location lain :
    * Penang, Polo Ground Jalan Sepoy Line
    * Kuantan, Padang MPK 1
    * Johor Bharu, Taman Sri Stulang
    * Penampang, Sports Complex Stadium
    * Kuching, Waterfront


Walk to Wellness :D

: Majlis Perkahwinan Siti Norhidayah :

Saturday, November 06, 2010 8:40 PM By εïз .y a t i e.sb. εïз 8 Impressi0n
: Bismillah.....Salam :

Hari ini,
Me, Chup's dan Cik Afiza menghadiri
Majlis Perkahwinan kawan maya kami iaitu :

Siti Norhidayah
(Cik Snow @ Esarli Budak Baik)
Azri

di Klang..

: picture Cik Snow mase bertunang :


Cik Afiza pick up kami kat umah, then terus ke tempat yang dituju dengan penuh
keyakinan, walaupun kami memang agak kurang yakin..
Kami dengan keyakinan yang ada tu, kami meneruskan perjalanan dengan hanya berpandukan
pelan lokasi yang ade di kad jemputan.
Walaupun mulanya agak keliru dengan nama Tol Sg. Rasau / Tol Sg. Rasah.
Yang tercetak di kad perkahwinan Cik Snow
Akhirnya problem itu berkesudahan jugak.
He he he..Tula kan pepatah da menyatakan
" Kalau Malu Bertanya, Sesat Jalan "
Thanks Abg Tol. Kerana menjawab pertanyaan kami dgn clearnya.

Oleh kerana kami belum membeli hadiah perkahwinan
untuk Cik Snow, kami pun singgahla dengan penuh yakin ke JUSCO.
So settle cari hadiah. Kami terus meneruskan perjalanan kami.
Huhu, tula, sebab da terlalu 'pandai' memuji.. hehehe
( kami jela yang tahu )
.
.
.
SESAT pulak, pas kuar dari JUSCO tu tadi..terus ke Setia Alam..
he he he..Tanpa putus asa, kami meneruskan lagi perjalanan kami..
Berjalan tanpa henti...tanpa putus harapan.
Thanks co-pilot Chup's.
Good job, good direction..haha~
Then..Cian pulak cik Afiza sampai lenguh-lenguh kaki ye..
Balik nanti suh 'Bulat Boboy' urutkan ye.

Tepat 2.05 petang pas pusing-pusing, u -turn,
akhirnya dpt parking jugak kami.
Sambil tu tunggu Cik Nick and The Geng sampai.
Setelah semuanya selamat sampai dan berkumpul,
Kami pun berjalan bersama-sama menuju ke rumah pengantin.

Kami disambut dan dijemput makan oleh Mak & bapa pengantin.
Pengantin pun mase tu sedang Menjamu selera, Makan Beradab.
Kami hanya memerhatikan dari jauh saja pengantin ketika itu.
Sangat cantik Cik Snow berbaju pink~






Pas je menjamu selera dengan makanan yang sangat sedap.
Kami tidak melepaskan peluang untuk mengabadikan kenangan
dengan pengantin.
Malangnya pulak, kami tidak membawa kamera..
Kalau mau lihat picture-picture kami.
( nanti, try-try ambil dari rakan fb ) hihi
Tunggu nanti okeh.

Bergerak balik dari rumah pengantin lebih kurang pukul 4.20 petang.
Selamat sampai dengan jayanya.



Selamat Pengantin Baru Kepada Pn. Snow dan Pasangan
Semoga Berbahagia Hingga Ke Akhir Hayat
---------

Hari ini.
Hati ada rasa sedikit kecewa sebab plan yg mulanya mahu "menjadi"
tiba-tiba aje tidak dapat diteruskan "bubar" atas sebab-sebab tertentu.
Tak apelah. Maybe next time ye kawan-kawan.
(^_^)

: Rent Naik :

Wednesday, November 03, 2010 7:39 PM By εïз .y a t i e.sb. εïз 0 Impressi0n
: Bismillah ..... Salam :

Barang naik..minyak naik..sume nak kena naik jugak ke?
Aiseh..
Dapat call dari owner mengatakan Sewa Rumah / Bilik akan di naikkan
RM 100.00 mulai Dec' 2010
so? kena bahagikan secara adil dan mengikut harga bilik semasa la kan?
Argghh~ Memang kos betul duduk di KL Metropolitan ini.
Dugaan..



: Apakah ? :

4:22 PM By εïз .y a t i e.sb. εïз 2 Impressi0n
: Bismillah.....Salam :

Aku Selalu Tertanya - tanya, 

Apakah Hikmahnya.??

Tuhan Wujudkan Engkau Dalam Hidup Aku.

Adakah Untuk Menambahkan Kesabaran Aku.

Atau Mengajar Aku Tentang Dunia Dan Manusia?
 

: Melaka Maju 20102010 :

Wednesday, October 20, 2010 9:36 AM By εïз .y a t i e.sb. εïз 5 Impressi0n
: Bismillah.....Salam :

Detik 20.10 malam, pada 20.10.2010 hari ini Melaka akan diisytihar sebagai Negeri MAJU berdasarkan kriteria yang diberi oleh Organisation for Economic Co-operation and Development atau lebih kerap dipanggil sebagai OECD. Mari bersama kita raikan:

Melaka Maju 2010
Negeri Bandar Teknologi Hijau

Majlis perisytiharan Melaka sebagai negeri MAJU akan dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerusi persidangan video dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada jam 8 malam ini yang akan berinteraksi dengan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob bersama Datuk Seri Mohd Ali. Turut disiarkan secara langsung menerusi Buletin Utama TV3 pada jam 8.07 malam ini. Jangan lupa tengok ye..


Tahniah kepada Pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang berkerja keras bagi menjadikan Melaka negeri Maju, serta semua warga kerja / rakyat Melaka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

SAYA berbangga menjadi anak dan rakyat MELAKA!!
WAHHH~ bangganya.

Link berkaitan :
Belek² kat paper Berita Harian tadi ade keluaran khas sempena perisytiharan Melaka sebagai negeri MAJU. sila sila lah baca ye.

Kejayaan Melaka dapat status negeri maju bermakna bagi rakyat - Berita Harian
Bandar teknologi hijau 2020 - Utusan Malaysia
Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan di Melaka Maju 2010 - Jebatmustdie.wordpress


..MELAWAT MELAKA BERSEJARAH BERERTI MELAWAT MALAYSIA..

* Teringat pulak mase buat Pengucapan Awam mase kursus Induksi dulu, me buat tajuk ni "Menariknya Melaka" hehe..orang Melaka lah katekan..mestilah pandai nk cerita tentang menariknya ape yg ada kat Melaka kan?

UPDATE :
Seperti mana yg telah nyatakan sebelum ini, maka dengan ini SAH lah bahawa esok, 21.10.2010 telah diisytiharkan CUTI UMUM oleh DAR. Cuti ini merangkumi semua jabatan kerajaan, swasta dan juga bank2 yg beroperasi di Melaka.
Sumber - Utusan Malaysia (2.04 ptg) : Cuti umum sempena perisytiharan Melaka Maju 2010
FB : Saya Anak Melaka

wahhh~ Anak Melaka di Perantauan bagaimana?? Jelesnya... :[

: Di serang Selsema :

Monday, October 18, 2010 12:09 PM By εïз .y a t i e.sb. εïз 2 Impressi0n
: Bismillah.....Salam :

Tetibe petang semalam, air hidung mengalir keluar dgn sendirinya.
Rasa tidak selesa di hidung secara tiba-tiba..
Argghhh~ tiba-tiba juga suhu badan terasa semakin panas..
Apakah itu petandanya akan diserang demam selsema?

"Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema."
Iyela..me DEMAM SELSEMA T_T
Haihhh~ dari pagi tadi dok bersin da nk dekat 10 kali da ni..
macamane nih..
Wish me get well soon (^_^)
teringat kat entry dulu, pun di serang selsema jugak..


Menurut kajian mengenai bulan dan sikap, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah. Jom tengok..huhu adakah ini salah satu faktornya :-

JANUARI

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi.

.sila abaikan sikap me yg lain tu oke..huhuhu.

: 10.10.10 Part I [Perkahwinan] :

Tuesday, October 12, 2010 8:03 AM By εïз .y a t i e.sb. εïз 6 Impressi0n
: Bismillah.....Salam :

Congrate kepada yang selamat melangsungkan perkahwinan.
Ramai jugak yang memilih tarikh 10.10.10 ni sebagai tanda ingatan untuk ikatan sebuah janji.

Pernikahan Datuk Dr Syeikh Muszaphar Dr Harlina

akhirnya Datuk Dr Syeikh Muszaphar Dr Harlina sah menjadi suami isteri
setelah 8 tahun mengenali.

Persandingan Datuk Dr Syeikh Muszaphar Dr Harlina di PICC,
sama cantik, sama padan.
65 ANGKASAWAN
dari luar negara turut hadir ke Majlis Persandingan,
Menariknya semua angkasawan itu berbaju Melayu lengkap samping & songkok lagi tu
Wahh~! Pasangan mereka juga turut berbaju kurung...


kelakar pulak tengok cake ni..sesuai la tuh utk Angkasawan.

majlis perkahwinan disiarkan secara langsung di TV3,
sayangnya me tak dapat meluangkan masa nak tengok kerana waktu tu otw balik ke KL.


Pelakon ini juga mengabadikan 10.10.10 sebagai tarikh perkahwinannya..

Firdee Aqasha Rosli Noor Baizura Mohd Sabri


semoga bahagia Aqasha~ kuning gitu..


dan, My aunt..
jom bace lagi~

Kak Liza Mohd Ghassani

akhirnya majlis selamat dijalankan.

sangat meriah, walaupun penat. me HAPPY~!
huhu.jadi "kerani" lagi..masyuk~
jom layan beberape picture mase wedding nih.

Sabtu pagi..

siap dari umah pi Pekan Masjid Tanah
nak cari bunge hidup utk buat sireh junjung..
( dapat jugak mkn Nasi Lemak belakang bus stand,
sambil buat muke yang agak ketat)

dari kahwin dak Lan (cousin), Kak Nor (my aunt) , Pak Teh (my uncle)
hasil tangan ni la yang membuatnya..
haha..tak ade la terror mane pn, tapi bolehla sikit²..seni tu ade gak la :]
ape salahnya kan memberikan khidmat pd hari bahagia orang.
esok² turn me pulak..semoga di permudahkan. (^_^)
lepas buat sireh junjung, me tolong designkan utk hantaran pulak, kali ni choc.
tak caye ke? tgok picture² kat bawah ni nnt.

pastu, pi jengah kat dapur, tengok² ade keje lagi tak yang boleh di buat..
tapi kena makan dulu..pastu sambung buat keje lain pulak.
haaa ni die.."siang taugeh"..utk masak bihun Malam Berinai nanti.
sempat capture..cakap je kang tak percaye pulak kan..so ni die bukti.

tengah² syok "siang taugeh"..rombongan pengantin lelaki pn smpai..
STOP jup..nak tengok acara Akad Nikah.

Alhamdullillah..

Tiga kali lafaz, sah Kak Liza bergelar isteri kpd Mohd Ghassani.
huhu..saat yang mendebarkan bagi lelaki adalah saat melafazkan akad nikah..iye ke?
Congrate~

Task belum settle lagi, next task for me..

cucuk bunga manggar untuk berarak esoknya.
seronok.
Pastu, da settle semua.
kami pun pi la jenguk² kat khemah belakang,
tempat orang masak..Busu pelawa makan ayam goreng~ Nyummy..
Dah makan, me & my lil pun balik lah umah kami,
nak mandi² dan bersiap dan kemudian ke Rumah Wan Pati semula.
Malam dalam pas maghrib tu, pi ngan Mak Teh, my mum dah ade kat sana, pas keje je terus kesana.
He he he..Sampai je, kami makan dulu..Bihun Goreng + Tauhu Sumbat.
Superb sedap~!
Pas makan, Rombangan pengantin lelaki pun sampai..
tengok la pengantin berarak...

Siap ade Bunga api + Mercun


: with My Mak Teh :

Lyn jadi pengapit K. Liza.huhu..mule malu, tapi lame² oke hape...

: ni Lyn..peace sikit :

Pas jek berarak dengan paluan kompang serta Majlis Berinai
( tepung tawar pengantin )

: me pn nak try jugak :p :

kami pun book pelamin tuk posing~haha..wajib. I like~
before tu, let me introduce my son~ haaa? son? hihi tak de la..
: With My Anak Angkat :] Danish :

mulela aksi² mengarut kami.





Pas penat da posing ntah ape²..settle sudah untuk malam ini..
esok nak sambung pose lagi~
( SAYA SUKA POSING ~ )
Majlis selamat berlangsung Alhamdullillah.
Balik rumah, tidur + rehat secukupnya.

Ahadnya.

Mak kejutkan me seawal pukul 6.15 pagi..Mak da nak gerak da pi umah Wan Pati pagi tuh..
Mak pi dulu. Then me pn sambung tidur semula, alarm kejutkan pukul 7.30 pagi,
bagi kucing² makan, mandi then iron baju..kejutkan my lil yang susah nak bangun tuh satu hal.huh~ :]
Pas je siap² kami pun gerak menuju ke Kg. Bukit Darat,
Kuala Linggi dengan menaiki kenderaan dua roda kami..MAM 4845~
Sampai je terus cari mak.Nak breakfast~ Lapo.
Mak pulak sibuk menyiapkan barang² untuk membuat lauk pengantin. Kami macam biase la..
Diberikan tugas untuk ke hadapan.
Tugas "kerani" & memastikan bungkusan telur berada dalam keadaan
yang cukup untuk diberikan kpd tetamu yang hadir.
Pagi tuh, ada buat sekali Majlis Cukur Jambul, Anak Sue..
My anak angkat, Danish..& Anak angkat my lil, Daniel (EON) (^_^)

KAMI da ada anak angkat tau~

+_________+

: Ini Danish :

: Ini Abang Danish - Daniel (eon) :

: Eon adalah anak angkat Chup's :

+____+

then Majlis berlangsung dengan meriahnya..
tetamu pun ramai, sampai tak cukup seat nak makan.
Hampir pukul 2.00 petang, kaunter kami pun di tutup..
turn KAMI pulak nak bergambar dengan pengantin + pelamin they all.
jom layan picture² ni..
kali ni entry panjang sikit.
Ade cerita dan picturenye skali..
supaya kalian bace tak lah rase bosan sangat kan?
Actually banyak lag picture, tapi tak done nk upload byk sangat.

Tengok kat FB jela nanti ye.




again : we jadi kerani that day~




Hari pun da beransur petang, semua kerja mengemas telah di lakukan secara gotong royong..
Me & my lil pun decide nak balik awal packing barang, coz malam tu we all balik KL dengan pak lang & family..Sempat lagi tuh Pi Pasar Malam kat pekan Masjid Tanah.

see u in 10.10.10 Part II
daaa~