: Bismillah.....Salam:
: PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan dokumen yang mengandungi ucapan Bajet 2011 diperhatikan oleh timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas membentangkannya di Dewan Rakyat, di Kuala Lumpur. :
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Berikut ialah intipati Bajet 2011 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat hari ini:-
* Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh yang dijangka siap pada 2025.
* Pembinaan projek bersepadu "Warisan Merdeka" dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015.
* Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.
* Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.
* Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015.
* RM85 juta untuk membina kemudahan infrastruktur bagi membolehkan hotel dan resort peranginan di kawasan pedalaman yang berpotensi menarik pelancong.
* RM50 juta bagi membina beberapa laluan pejalan kaki berbumbung di kawasan lingkaran KLCC-Bukit Bintang.
* Pembangunan resort bersepadu eco-nature pertama di dunia bernilai RM3 bilion oleh Nexus Karambunai di Sabah bermula tahun depan.
* Pemansuhan duti import ke atas 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan pada kadar 5 peratus sehingga 30 peratus bagi menjadikan Malaysia destinasi utama membeli-belah di Asia.
* RM119 juta untuk membangunkan penciptaan kandungan tempatan, hosting kandungan tempatan dan pembukaan saluran baru untuk kandungan.
* Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.
* RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.
* RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatkan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi.
* Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.
* RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.
* Kadar
cukai perkhidmatan dicadang dinaikkan satu peratus kepada enam peratus untuk menjamin kesejahteraan masa hadapan negara.
*
Cukai perkhidmatan juga dicadang dikenakan ke atas
perkhidmatan penyiaran TV berbayar.
* Meningkatkan
penguatkuasaan dan pengauditan serta memperluaskan liputan ke atas semua pihak yang sepatutnya
membayar cukai bagi memantapkan
kutipan hasil.
* Menyusun semula dan memperkukuhkan
aspek pendidikan dan latihan dengan belanja
mengurus RM29.3 bilion untuk
Kementerian Pelajaran, RM10.2 bilion (Kementerian Pengajian Tinggi) dan
RM627 juta (Kementerian Sumber Manusia).
* Menubuhkan
"Talent Corporation" di bawah
Jabatan Perdana Menteri pada awal
2011 untuk membangunkan pangkalan data tenaga kerja berkepakaran serta menjalin kerjasama dengan jaringan bakat di seluruh dunia.
*
RM212 bilion diperuntukkan bagi
Bajet 2011 iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding
peruntukan 2010.
* Daripada jumlah itu,
RM162.8 bilion adalah bagi
perbelanjaan mengurus dan
RM49.2 bagi
perbelanjaan pembangunan.
* Di bawah peruntukan mengurus, RM45.6 bilion adalah bagi emolumen dan RM28.2 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan, RM86.4 billion diperuntukkan kepada Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap.
* Sejumlah
RM1.4 bilion disediakan untuk
pembelian aset dan RM1.2 bilion untuk perbelanjaan lain.
* Bagi
peruntukan pembangunan, RM28.3 bilion disediakan bagi
sektor ekonomi untuk menampung
keperluan
infrastruktur, perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar.
* Sejumlah
RM15.5 bilion diperuntukkan bagi
sektor sosial termasuk
pendidikan dan latihan,
kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.
*
RM4.4 bilion diperuntukkan bagi pembangunan
sektor keselamatan, RM955 juta bagi p
entadbiran am dan RM2 bilion untuk
simpanan luar jangka.
* Dari segi kutipan hasil
Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2011, jumlahnya dianggarkan meningkat 2.3 peratus kepada
RM165.8 bilion berbanding RM162.1 bilion pada tahun 2010.
*
Defisit Kerajaan Persekutuan bagi
2011 dijangka terus berkurangan kepada
5.4 peratus daripada
KDNK berbanding
5.6 peratus pada
2010.
* Pengecualian
duti eksais 100 peratus ke atas
pembelian sebuah kenderaan nasional oleh
Orang Kelainan Upaya (OKU).
* Memperluaskan
pelepasan cukai ke atas perbelanjaan
perubatan ibu bapa sehingga RM5,000.
* Mengecualikan
50 peratus duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi rumah kediaman pertama.
* Men
gecualikan 100 peratus duti import dan
duti eksais ke atas
kereta hibrid.
* Melaksanakan
Program Latihan 1Malaysia dengan peruntukan
RM500 juta di Kolej Komuniti, IKBN, ILP dan Pusat Giat Mara.
* Menubuhkan
Majlis Konsultasi Gaji Negara sebagai
platform dalam
penetapan gaji dan pengenalan gaji minimum mulai
Januari 2011.
* Menambah baik peluang
kenaikan pangkat pensyarah di IPTA ke peringkat tertinggi
Gred Turus III, II dan I serta penganugerahan
Profesor Ulung.
* Menubuhkan
Dana Belia 1Malaysia berjumlah
RM20 juta.
* Menaikkan imbuhan
Guru KAFA dari RM500 kepada
RM800 sebulan.
* Menaikkan
elaun bulanan RM750 sebulan kepada
imam.
*
Menaikkan elaun kepada Pengerusi JKKK dan
Pengerusi JKKP,
Tok Batin, dan
Pengerusi JKKK Orang Asli, Pengerusi JK Kampung Baru, Pengerusi JK Kampung Baru Rangkaian dan
Pengerusi JK Kampung Bagan dari
RM450 kepada
RM800.
*
Elaun kehadiran mesyuarat kepada semua
Ahli Jawatankuasa dinaikkan dari RM30 ke RM50.
*
Bantuan Khas Kewangan sebanyak
RM500 kepada penjawat awam
Gred 54 dan ke bawah, pegawai kontrak dan
pesara kerajaan.
* Me
mansuhkan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).
* Menyambung
perkhidmatan Pegawai Khidmat Singkat yang akan tamat perkhidmatan pada
31 Disember untuk
tempoh satu tahun lagi.
*
Menaikkan kadar pinjaman perumahan kakitangan awam kepada RM20,000 untuk kerja-kerja tambahan
rumah kos rendah bagi Kumpulan Sokongan Dua.
*
Menaikkan had kelayakan maksimum pinjaman perumahan kakitangan
awam kepada RM450,000.
* Me
naikkan kadar Bantuan Mengurus Jenazah kepada
RM3,000.
* Memberi fleksibiliti dengan menentukan
cuti bersalin sehingga
90 hari kepada
penjawat awam wanita tertakluk kepada
had semasa 300 hari.
* Untuk
Kementerian Pelajaran, peruntukan pembangunan sebanyak
RM6.4 billion disediakan bagi membina dan
menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan
peralatan serta
memartabatkan profesion guru.
*
RM213 juta lagi dibajet sebagai
ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi serta imbuhan kepada
Pengetua atau
Guru Besar dan Guru Cemerlang.
*
Enrolmen prasekolah akan ditingkatkan dengan sasaran
72 peratus menjelang akhir 2011 melalui penambahan
1,700 kelas, pemantapan
kurikulum serta pelantikan
800 guru prasekolah lepasan ijazah.
*
RM111 juta diperuntukkan bagi
program PERMATA antaranya bagi pembinaan fasa
2 Kompleks Sekolah PERMATA Pintar, membina 32 Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) dan membiayai
operasi 52 PAPN yang telah siap.
*
RM250 juta diperuntukkan bagi sekolah
bantuan modal agama,
sekolah bantuan modal jenis kebangsaan
Cina, sekolah kebangsaan
Tamil, sekolah bantuan
modal mubaligh dan
sekolah bantuan kerajaan
seluruh negara.
* Kerajaan juga bersetuju membiayai bantuan per kapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat rendah dan menengah dengan peruntukan
RM95 juta sebagai mengiktiraf pendidikan Islam.
* Bagi menyediakan guru serta tenaga pengajar kompeten dan berkualiti yang dapat membimbing dan mendidik pelajar sekolah dengan sebaiknya, kerajaan menyediakan
RM576 juta dalam bentuk biasiswa kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran.
* Sejumlah
RM213 juta diperuntukkan bagi mengangkat tinggi penguasaan B
ahasa Malaysia, mempersadakan Bahasa Inggeris dan memperkemaskan
kurikulum standard sekolah rendah.
*
Kerajaan bersetuju untuk mengambil
375 guru penutur jati antaranya daripada
United Kingdom dan
Australia untuk meningkatkan lagi
pengajaran Bahasa Inggeris.
* Peratusan
staf akademik berkelulusan PhD ditambah kepada
75 peratus bagi universiti penyelidikan dan
60 peratus bagi IPTA lain dengan peruntukan
RM20 juta.
*
Skim Rumah Pertamaku dengan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan
10 peratus bagi harga rumah di bawah
RM220,000.
* Menyediakan
Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah untuk pekerja
estet oleh
BSN.
*
Program Bantuan Rumah (12,000 unit) untuk golongan
miskin dan
miskin tegar dengan peruntukan
RM300 juta.
* Mewujudkan
"Portal 1Malaysia Pengguna Bijak".
* Memperkenalkan
Program Pengedaran Barang Perlu bagi
menyeragamkan harga barangan.
* Memperkenalkan
Program Transformasi Kedai Runcit, Bengkel Automotif dan
Projek Pasar Komuniti.
* Me
lancarkan Dana Pencen Swasta.
* Melancarkan
Skim Amanah Hartanah Bumiputera bernilai RM1 bilion dan patuh syariat.
* Menyediakan
multivitamin untuk
pelajar sekolah rendah seluruh negara.
* Meneruskan
program subsidi bayaran bil elektrik bagi penggunaan
bawah RM20 sebulan.
* Kadar
tol di empat lebuh raya milik PLUS Expressway Berhad tidak akan
dinaikkan bagi tempoh lima tahun akan datang bermula serta-merta.
* Mengkaji semula
had minimum kebankrapan yang pada masa ini berjumla
h RM30,000.
* Permohonan
PR boleh dilakukan selepas
lima tahun.
* Menyediakan
empat buah bas sebagai
Klinik Bergerak.
* Me
rangka Model Baru Pembangunan Orang Asli dan Pribumi.
* Memperkukuh
JHEOA dengan mentransformasi kepada
Jabatan Kemajuan Orang Asli.
: Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat :
* Alhamdullillah (^_^)