: Paul Sudah Mati :

Wednesday, October 27, 2010 8:04 AM By εïз .y a t i e.sb. εïз 2 Impressi0n
: Bismillah.....Salam :


Agak terkejut gak tengok MHI pagi tadi..
Tetiba mata terarah kpd penyampai MHI yang mengatakan. Paul sudah mati.
Wah~ besar jugak pengaruh si Paul Kurita ni ye..
sampai masuk paper dan diumumkan di media massa / elektronik.
Mati di usia 2 tahun..Pas ni tak ade la nak meramal sape menang ye.
Lagipun bt ape nak percaya sangat kn? Kebetulan je tu.

Sotong kurita - Paul yang menarik perhatian dunia tiga bulan lalu ketika kejohanan Piala Dunia Bola Sepak 2010 kerana ketepatan ramalan pemenang mati di Jerman semalam.

Paul menjadi terkenal, termasuk ada yang memuji dan ada yang mengkritiknya — selepas meramalkan keputusan perlawanan membabitkan pasukan Jerman, mati di akuariumnya di Oberhausen.



More info :

Sotong gurita Paul mati, ‘Paul Junior’ sedang dilatih

Sotong kurita peramal Piala Dunia 2010 mati


Sotong peramal Piala Dunia mati

Sotong Piala Dunia mati



* Me : Pas ni mahu bersiap ke Gombak~ aktiviti SISIH Fail.

: Rasa Hati :

Monday, October 25, 2010 9:18 PM By εïз .y a t i e.sb. εïз 2 Impressi0n
: Bismillah.....Salam :


Majoriti manusia dalam dunia ni cakap selfish tu perangai yang patut kita jauhi kalau nak jadi seorang yang baik. Zaman dunia plastik macam sekarang ni  boleh pakai lagi ke?
Haihh..masih tak faham tol aku.Buat baik salah, buat jahat lagi lah orang nak mengata.
Tolong buat kebaikan pun orang tak berape nak nampak, buat jahat..lagilah cakap je jangan sekali..buat sekali tu la orang akan bercakap sampai bila-bila.Lagi kita jadi baik, lagilah kita kena pijak. Ade betulnye kan?
Asyik aku aje nak jaga perasaan orang lain, orang lain tu ade nak jaga perasaan aku nih.
Aku jugak yang beria nak buat itu ini supaya orang senang dgn aku, tak rase terbeban ke ape..orang yang lain tu ade nak amek kisah tentang aku? Buat bodoh adelah. Bila nak kemain baik je susun tutur kata, bila da lame sikit, ehhhh~ kita pulak nak di lawannye. Bila time susah, kemain ingat nak cari mintak tolong, baru tahu nak sharing is caring problem konon. Bila da rasa senang sikit hidup.Amboiiii~ kemain belagak "no". Rasa nak tunjang je kepale die tak pun hantuk kan ke dinding.. Nasib baiklah hati ini masih ade perasaan sabar dan ada rasa hormat yang masih dalam keadaan terkawal. Alhamdullillah. Ingat lagi yang sabar itu separuh daripada iman.
So? kita ni nak jadi manusia yang macam mane dalam dunia yang macam sekarang nih?
Tepuk dada, tanya akal,bukan sekadar ikut hati dan seterusnya mempengaruhi perasaan. Pastu, tak nak orang lain yang terima padahnya. Jangan kerana si polan yang ini..si polan yang tak bersalah pulak yang menjadi mangsa. Sangat kejam bila itu berlaku.
Sama-sama terus harungi dan terus lalui dugaan berliku ini. Terima kasih diatas sokongan kawan-kawan terus berada di masa susah dan masa bermasalah. Sangat menghargainya..Allah itu Maha Melihat apa yang berlaku. Kalau kita di pihak yang benar, usah takut untuk melalui hari-hari mendatang. Pada zahirnya aku di persalahkan, tapi tidak mengapa...bukan masanya lagi untuk kebenaran itu terbuka. Mungkin, esok, lusa dan hari seterusnya? Wallahualam bi shawab~

: The Blues, The Best :

Sunday, October 24, 2010 1:18 PM By εïз .y a t i e.sb. εïз 2 Impressi0n
: Bismillah.....Salam :

Just nak update untuk bagi memaklumkan kemenangan Chelsea~
di Stamford Bridge malam tadi.
He he he.
The Blues, The Best.


Chelsea 2 - Wolverhampton Wanderers 0

Congrate Chelsea + Carlo Ancelotti

Thanks to Malouda (23) and Kalou (81).
Next game: Wolverhampton vs. Chelsea, 6 Jan 3:45am

: Fadhilat Asmaul Husna - Ya Muhaimin :

Friday, October 22, 2010 7:56 AM By εïз .y a t i e.sb. εïз 0 Impressi0n
: Bismillah.....Salam :

Salam pagi Jumaat.
Semoga kita dilimpahi rezeki dan dikurniakan kesihatan yang berkat.
Alhamdullilah hari ini 22 Oktober bersamaan 14 Zulkaedah 1431.


8." Ya Muhaimin " ( Maha Pelindung/Penjaga )
apabila dizikirkan sebanyak 145 x sesudah solat fardhu Isyak,
Insyaallah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.


Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:-
"Sampaikanlah pesanKu biarpun satu ayat..."

Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w bersabda:-
"Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu.
Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga." Sahih Bukhari.