: Menstrual + High Blood Pressure :

Wednesday, January 26, 2011 11:35 AM By εïз .y a t i e.sb. εïз 0 Impressi0n
: Bismillah.....Assalammualaikum :

Alhamdullillah..
Kesihatan makin pulih..
eh..tetibe je ye?
bile sakitnye?

Semalam la..
25.01.2011
memang dari rumah pagi semalam
terasa malas sangat nak gi kerja..
dengan sakit perut [menstrual]
tambah pulak dengan headaches yang amat sangat..
aduhaiii~ spoil betul..
tak pernah-pernah sakit perut sampai macam ni before ni
baru kali ini..
merasa jugak sakit smapai tak boleh tahan macam semalam.
[ nak test calculator period?] hehe..

tapi semalam teruskan jugak kuatkan semangat nak gi kerja
sampai office terus lentukkan kepala kat meja..
aisehh..makin sakit kepala.
then k.maton bagi tigerbalm die bg meredakan sedikit kesakitan.
thanks kak..

K. Mimi pulak offer nakbawakkan gi klinik..
ape lagi..tak lepaskan peluang la, sebab da tak tahan sakit sangat.
so kami pun pi la Klinik Kesihatan Tanglin
first time di situ..huhu
lebih kurang 1 jam lebih kat Klinik tu..
buat pemeriksaan dan ambil ubat..
Doctor membenarkan mc 1 day semalam.
Dapatlah rest2 kat umah..
Before balik, gi breakfast dlu kat depan klinik tu..
just makan roti bakar + air teh tarik..
tapi sempat jugak rase bihun goreng kak mimi..
hehehe..
Thanks kat kak mimi sebab tolong bwk orang gi klinik then
hantar orang.
Semoga segala kebaikan akk, di balas oleh Allah s.w.t


Yang tak bestnye? headaches sebab
high blood pressure.


rasanya before² ni pun macam tu jugak..
da kurangkan makan makanan masin, daging etc..
tapi kenapa mcm tu lagi?
terus cakap kat mak..mak suh jaga pemakanan..
mak cakap mak pun takde darah tinggi dan kencing manis tau.

Kenalah jaga pemakanan lepas nih?
Jaga berat jugak..
Mak pun da pesan suh turun sikit berat badan tuh..
fuhhh~ cabaran ni.

Hope semuanya akan kembali oke..
Baik-baik sahaja~

: Badminton Terbuka Malaysia 2011 :

Monday, January 24, 2011 1:27 PM By εïз .y a t i e.sb. εïз 0 Impressi0n
: Bismillah.....Assalammualaikum :

Tahniah buat Datuk Lee Chong Wei kerana berjaya merangkul 
Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2011 
 dengan menundukkan perseorangan Indonesia, Taufik Hidayat 
21-8, 21-17 
pada aksi final di Stadium Putra, Bukit Jalil.
Datuk Lee Chong Wei membawa pulang hadiah wang tunai AS$30,000 (RM91,800)
manakala Taufik meraih AS$15,200 (RM46,512).
 Wah lumayan jugak kan?


Next match, Terbuka Korea Selatan dengarnya 
menawarkan hadiah wang tunai secara keseluruhannya 
berjumlah AS$1.2 juta (RM3.6 juta).
Wahhh...lagi banyak :)
Pape pun, All The Best untuk Datuk Lee Chong Wei.
( ^_^)v

PEMAIN nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei kini hanya kurang satu lagi gelaran
Terbuka Malaysia untuk menyamai catatan Wong Peng Soon memegang rekod lapan 
kejuaraan ketika mewakili Malaya sekitar 1940 hingga 1950-an.


Link:-

: Laksa oh Laksa :

Sunday, January 23, 2011 5:07 PM By εïз .y a t i e.sb. εïз 6 Impressi0n
: Bismillah.....Assalamualaikum :

Alhamdullillah..
setelah hampir sebulan mengidam nak makan laksa.
semalam adalah masanya.
Misi jalan-jalan cari LAKSA
Nak tunggu balik Melaka suh mak buat late lg.
tak pela, melepaskan hajat di Pasar Malam Jalan TAR last nite.
Seperti biasa, me kalo makan laksa, suke makan dgn ayam goreng~
Huhhh~ syok tuh.

 ( by : Google images )

Kuah dan laksa tak la sesedap mane pn..
oleh kerana perut yang lapar,
set jela dalam otak.
"sedap" "sedap"
so, kenala habiskan jugak.
Tak tahu kat port mane yang laksanye BEST~
We all just singgah di kedai yang boleh duduk dan makan di situ..
Ternyata memang masakan LAKSA made hand my mum lagi umphhh~

Now..
still mencari, kat KL ni mana tempat yang best dan ade jual
LAKSA JOHOR yang paling sedap untuk dimakan.
Chup's yang mengidam dulu, haha, pembuka selera la die tuh~
'punca' tekak me pun terasa dan terhingin jugak..
huhu~Nak gi Johor jauh lah pulak :p

Before balik..singgah lagi, 
beli kepok lekor. (^_^)

: Fadhilat Asmaul Husna - Ya Qaabidhu :

Friday, January 21, 2011 8:00 AM By εïз .y a t i e.sb. εïз 0 Impressi0n
 : Bismillah.....Assalammualaikum :

Salam Jumaat.
Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: 
“Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”
  21. " Ya Qaabidhu " - ( Maha Penyempit Hidup   )
- dizikirkan 100x setiap hari, maka diri akan semakin dekat dengan Allah 
& terlepas dari segala bentuk ancaman.
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda :-
"Sampaikanlah pesan-Ku biarpun satu ayat..." :

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w bersabda:-
"Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu.
Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga." Sahih Bukhari