Saje nak buat cerita & lagu ツ Malam ini adalah saat yang paling dinantikan. ♫♪ Di hari raya Terkenang daku kepada si dia Kampungku indah nun jauh di sana Ayah serta bondaku ♫♪ by : P. Ramlee - Dendang Perantau
Sudah tiba masanya kami akan pulang ke kampung halaman.
.._̴ı̴̴̡̡̡ ̡͌l̡̡̡ ̡͌l̡*̡̡ ̴̡ı̴̴̡ ̡̡͡|̲̲̲͡͡͡ ̲▫̲͡ ̲̲̲͡͡π̲̲͡͡ ̲̲͡▫̲̲͡͡ ̲|̡̡̡ ̡ ̴̡ı̴̡̡ ̡͌l̡̡̡̡.__.. ♫♪ Balik kampung oh oh...( 3X ) Hati girang Ho ho... Balik kampung (3X) Hati girang ♪♫ by : Sudirman-Balik Kampung
Naik bus pukul 9.00 mlm di Bukit Jalil. Doakan kepulangan kami ke kampung dengan selamat.
Kali ini adalah kali yang ke-2 nya me menjadi perantau yg bekerja di kota, dan balik ke desa. Seronok tol perasaan nih.
♪♫ Wahai perantau-perantau di kota Pulanglah ke desa berhari raya Ayah serta bonda amat mengharapkan Kepulangan mu di hari bahagia ♪♫ by : Azlina Aziz-Indahnya Beraya Di Desa
Mak..tunggu kepulangan anak mu oke
♪♫Bergema suara takbir di angkasa Selembut bayu meresap ke dalam jiwa Betapa hatimu terharu Menyambut anakmu kembali
Terbayang senyuman di wajah nan sepi Pulangnya anakmu di pagi yang murni Kasihmu seharum kasturi Melambai anakmu kembali♪♫ by : Aman Shah-Kepulangan Yang Dinanti
Before nak balik, kita kena make sure mende² yang boleh dianggap penting untuk menyambut Syawal yang mulia ni.
So ape kate kita buat checklist supaya kita ingat ape yg kita nak bawak. Malam tadi pas balik dari Jalan. TAR da siap kemas² beg. Tapi takut terlupa nak pick up.
Kene ikut cakap K. Anum nih. Rancang perjalanan malam ni.Supaya tidak ditinggalkan bas.
Item
Status
Baju Raya – Mak, Me, My Lil
Done √
Brooch
Belum beli lagi
Tudung Raya
Done √
Duit Raya
Tak sempat nak tukar, guna balance last year
Sampul duit raya
Done √
Kasut Raya
Tak de
Ticket Bas
Done √
Kuih² Raya yang ditempah
Done √ ( just kerepek je )
Apa lagi ye? Chup's..ape yg me tak senaraikan lagi kat sini ea? Hope tak de ape lagi yang tinggal~
Pesanan untuk semua..make sure suis elektrik ditutup bagi mengelakkan pembaziran & berlakunya lintas pintas. Kunci semua pintu dan tingkap. Okeh.
Terima Kasih kpd En. Khairul dari TAJACO TRAVEL kerana memberikan hamper kuih raya + kad raya kepada saya. Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Kepada semua rakan², rakan sekerja, samada di FB, Blogger & yg sewaktu dengannya. Dengan rasa rendah diri, Ingin memohon ampun dan maaf andainya ada salah dan silap, melalui tingkah laku serta perbuatan, samada secara sengaja atau tidak sengaja. Sesungguhnya saya adalah hamba Allah yang lemah lagi hina. Halalkan makan dan minum.
Semoga semuanya bergembira di lebaran yang mulia ini. Berhati² di Jalan Raya. Semoga selamat sampai ke destinasi yang di tuju. Pandu Cermat, Jiwa Selamat.