: Kembali :

Monday, September 20, 2010 11:29 AM By εïз .y a t i e.sb. εïз 0 Impressi0n
: Bismillah.....Salam :

.Salam 11 Syawal.

Alhamdullillah. Hari ini meneruskan hidup seperti biasa, melakukan rutin seperti biasa.
Memulakan tugas, kembali bekerja setelah 11 hari bercuti dan berhari raya.
Tahun ni beraya dgn keadaan yg kurang sihat. Batuk + Demam + Sakit mata + Tekak melanda diri.
Tapi me gembira beraya bersama family tercinta, my sweet lil always beside me & mum. Tq.
Raya nih just sempat kerumah reunion raye kat umah mamat jek.

Balik ke KL agak awal kerana ingin menyelesaikan beberapa perkara tertentu.
Wedding card K. Liza (my aunt) telah siap di proses. SETTLE! Thanks to Chups.
tak lupa jugak Congrate utk someone friends kerana mengikat tali pertunangannya pada Sabtu lepas.
nama dirahsiakan atas permintaannya. hehehe. Thanks kerana menginvite kami ke Majlis itu.

dan weekend ini akan kembali ke kampung utk menerima kunjungan beraya oleh Camelira & teman.

Selamat Kembali Bertugas semua.


Chelsea menang 4-0 vs. Blackpol mlm tadi.
suke!

: Reunion 2 Syawal :

Friday, September 17, 2010 10:02 AM By εïз .y a t i e.sb. εïз 6 Impressi0n
: Bismillah.....Salam :

R . E . U .N . I . O . N R . A . Y. A

Akhirnya, kami bertemu di Syawal ke-2 malam.
sangat teruja dan seronok melihat, berjumpa, berborak dan bergelak ketawa dengan kalian semua.
Dengan masa yang agak singkat dapat dinikmati & di luangkan bersama.
Masing² telah berjaya dengan kerjaya masing²..All the Best to all.
Ada yg kerja kat Petronas KLCC, ade yg bisness sendiri, ade yg bakal jadi imam muda, jururawat, still sambung study dgn bidang masing² dan mcm² lagi, hope korang semua berjaya dgn kerjaya korang ye.

Ada jugak yg sudah berumahtangga, ada baby. Tahniah pd Mamat & Isteri + baby mereka Firas. Sangat comel. Mat, walaupun ko tak jemput aku time ko kahwin, aku tak de pun sibuk nak boikot ko..huhu. Congrate utk family ko ye. Tak kurang juga yang sedang di lamun cinta..haha~ Haizan + Taufik, nnt kahwin jemput ak tau. Malam ni la aku jumpe balik kawan baik ak masa sek. rendah dulu, Haizan. Kami berpisah mase kami masing² last darjah 6, pastu terus tak jumpe da..Just melalui surat²..Haizan, surat² ko still ak simpan ;) buat kenangan. Sampailah kami bertemu di FB. Hope ikatan persahabatan ini akan kekal selamanya yep.

: Wife Mamat & baby Firas :

: BFF Haizan with me :

Gembira sangat dapat jumpe dengan geng perempuan yg lain, Farah, Shila, Miza, Leyla. Tak lupe jugak nak mention name nih Ain..kau nak mengelak dari jumpe aku ea? maklumlah, me di boikot oleh die. Malam tu terjumpe jugak ko ngan aku ea..Da jumpe baru nk mintak maaf? Andainyalah kau tak jumpe aku malam tuh? Adalakah ungkapan maaf itu akan kau ucapkan? da tentu tidak. Pape pun hope ko bahagia yep..Actually ak da lame maafkan ape yg ko da buat kat aku. Cuma sedikit kekesalan yg ada sebab ko sanggup buat aku macam tuh.

Me hope reunion akan datang lebih ramai lagi yang akan dapat menghadirkan diri. Sangat tak sabar untuk berjumpa kembali dengan korang semua. Rindu jugak nak berjumpa Fara Haniza, Baidura, Anida, Anizah, hope kalian yang lain dapat hadir pada reunion akan datang. Sapa lagi ye? Rohaidah, Aishah, Shima, Junaidah, Yanti, Yati Osman, & ramai lagi ex-SKKL 1992-1997


Walaupun dengan keadaan me yg kurang mengizinkan akibat kurang sihat dilanda demam + batuk + sakit tekak pada syawal tahun ni...argghh tak bestnye, tp me tetap gagahkan kaki, kuatkan diri utk berjumpa dengan kalian semua. Thanks to Leyla coz beri aku semangat utk datang jugak mlm tuh. Sayang ko.


: berdiri dari kiri - Syakur, Sharif, Azri, Shafiek, Alizam, Ezzuan Rezza :
: duduk dari kiri - Hakimi Aizat, Isma, Jefree, Reduan :

: dari kiri - Farah Zulika, Norhaizan, Me, Leyla, Hasmiza, Nurshila, Ain :






Thanks kepada Mamat + Isteri kerana menjemput kami semua ke rumah dan menjamu kami dengan pelbagai hidangan yang best. Sangat menghargai perjumpaan semula ini. Andai dikurniakan kesihatan & umur yang panjang kita akan bersua kembali. Insyaallah.


: Hari Ozon :

Thursday, September 16, 2010 10:41 AM By εïз .y a t i e.sb. εïз 0 Impressi0n
: Bismillah.....Salam :

16 September juga merupakan,

HARI OZON ANTARABANGSA


INFO: Hari Ozon Antarabangsa pada 16 September telah diisytiharkan oleh Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 1994. Setiap tahun Hari Ozon Antarabangsa disambut oleh Negara-negara Parti Protokol Montreal Mengenai Bahan Pemusnah Ozon dengan mengadakan aktiviti-aktiviti bagi meningkatkan kesedaran tentang penipisan lapisan ozon.

Tanpa lapisan ozon seluruh hidupan di bumi akan musnah!

Beberapa fakta penting tentang lapisan ozon:-

* Menyerap radiasi sinaran ultra ungu (UV) yang tinggi daripada matahari sebelum sampai ke permukaan bumi. Pancaran UV spektrum sebenarnya mempunyai jarak gelombang yang lebih pendek daripada cahaya nyata atau cahaya nampak iaitu antara 280 hingga 315 nanometer (nm) yang boleh merosakkan hampir semua makhluk di bumi.
* Kajian saintis mendapati ketika ini lapisan ozon semakin menipis disebabkan oleh penggunaan gas klorofluorokarbon (CFC) secara meluas.
* CFC boleh terhasil daripada pelbagai cara seperti penggunaan peti sejuk, bahan penyembur, bahan pelarut, produk berasaskan polisterin dan juga aktiviti perindustrian.
* Masalah penipisan lapisan ozon telah mendapat perhatian banyak pihak terutamanya Persatuan Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP).

CFC atau nama saintifiknya chlorofluorokarbon merupakan sebatian molekul yang menyumbang dalam penipisan lapisan ozone. 1 molekul chlorine boleh memusnahkan beribu-ribu molekul oksigen di lapisan ozone. Produk yang mengandungi CFC adalah terdiri daripada bahan aerosol. Bahan ini kerap digunakan untuk membunuh serangga perosak.

so, lindungi ozon kita~!

: 1609 :

9:16 AM By εïз .y a t i e.sb. εïз 2 Impressi0n
: Bismillah.....Salam :

hari ini adalah 16.09 - Hari Malaysia

INFO : " Hari Malaysia diraikan pada 16 September setiap tahun
untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia

apabila Sabah dan Sarawak telah menyertai Malaysia pada 1963 "