: Inilah ♥ :

Wednesday, September 29, 2010 7:47 PM By εïз .y a t i e.sb. εïз 0 Impressi0n
: Bismillah.....Salam :

Pertama kali tengok video clip ni..
I like~!

So..jom layan (^^,)





: Inilah ♥ :

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ

Terpegun ku melihat kamu
Bergetar hatiku memandang mu
Dan terus datang mencuba
Adakah khayalku menjadi nyata

Oh resah hati gelisah
Ku takut tak diterima
Rupanya kau juga sama
Seperti aku merasa cinta

Chorus
Mungkin inikah yang dinamakan cinta
Hati gembira rasa bila kau kata cinta
Siang yang suram kini menjadi ceria
Hati yang gelisah akhirnya kini menjadi bahagia

Oh resah hati gelisah
Ku takut tak diterima
Rupanya kau juga sama
Seperti aku yang merasakan cinta

Ulang Chorus

Sungguh susahnya aku mendekati mu
Mengambil kesempatan untuk tunjukkan cintaku
Rasa bahagia bila kau menerimaku
Indah semuanya hilang semua resahku
Kita berdua kini menjalin cinta
Inilah cinta kita
Akhirnya kini menjadi bahagia

Inilah cintaku
Inilah sayangku
Inilah cinta


Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ

: Kuat ..... :

Tuesday, September 28, 2010 1:49 PM By εïз .y a t i e.sb. εïз 6 Impressi0n
: Bismillah.....Salam :

Uikss.. baru je ade beberapa orang yang cakap me da nampak sedikit kurus da sekarang..
Bukan nak perasan ke hape. Dah orang yang cakap.
Bukan nak buat cerita angkat bakul sendiri..
He He He.
Terima kasih kepada yang peka & prihatin akan kekurangan berat badan yang me lalui.
Tak ade rahsia pun. Mungkin lepas bulan Ramadhan yang baru berlalu dan mungkin juga sebab
kerja yang memerlukan me kesane kesani, Ke atas ke bawah turun naik tangga. Itulah punca agaknya.
Alhamdullillah lah kalau da turun sikit berat badan ni, hurmm tapi,
bilalah nak dapat berat badan yang ideal?.
Malas la nak kurus² ni. Bia jela. Boleh tak.
Oke. Lupekan cerita itu, baca pulak cerita ini.

Semalam kami minum petang bersama,
ade Nasir, Zam, Nasrul, Eyza, Fiza, Chup's & Me.
Maklumlah hujan. Ramai je dok isi tank.
Kenapa hari hujan perut lapar ea?
Sape boleh bagi penjelasan?

Teringat masa minum petang semalam.
Kenapelah perut ni lapar melampau² sgt. over tol.

Padahal, Pagi da breakfast Nasi Lemak sebungkus.
Lunch da makan Nasi Putih + Ayam Sambal
Mase minum petang tu da makan tosai.

haha~ buat malu jek, mase tu me ngadu la ngan Chup's,
then bgtaula jugak tanpa segan silu kat Cik Fiza tuh.

Mase tuh tinggal kami b'4 je..yang lain semua da balik.
Cik Fiza suh order je lagi, tapi me malu -_- hihi
then dlm malu² tu pi tapau tauhu sumbat pulak.
Nak kata tak baca Bismillah before makan da bace da.
Bila me amati baek² + cam kan balik.
Kalau me berperangai atau mengidap sindrom yang begini.
Maknanya da nak dekat ABC la tuh. o_o.
so..faham² jela ye. Da pembawakkan nye begitu.

Malam pulak, sampai kat area MO tu ade jual Bihun sup.
Sekali lagi perut menjadi sangat lapar. Bihun sup 1~
My Lil pun sekali la, Baru la tak malu sangat.

Pas je makan bihun sup yang agak masin tuh.
My lil kuar pi kedai mengenangkan makanan adik Cici & Qiqi da abis.
Me tak ikut sebab tak larat sangat da nak jalan.
Kepala yang makin berat + pening + mata yang sangat letih + Mengantuk.
Sekali lagi me memesan belikan me ape² makanan sebab perut me lapar lagi.
Sambil tunggu die balik, boleh plak terlelap.eee..
So Chup's belikan burger. Me mkn half & tidur.
Half lagi Chup's la yang tolong habiskan
Mesti Cik Fiza t'peranjat membaca entry ni kan?

Nampaknya.
Kalau berterusan selera makan yang macam ni,
susahlah telinga me ni nak dengar orang cakap
"yatie..da nampak kurus cikit lah"
pape pun try kawal makan.
Janganla selera len macam je tekak me nih.
Please. Jangan Kuat Makan ^_^

* Nasi lemak 1.50 + teh o panas 1.30 =RM2.80
Mahal nak meninggal. Ishh~

: Week END :

Monday, September 27, 2010 4:46 PM By εïз .y a t i e.sb. εïз 0 Impressi0n
: Bismillah Salam :

Sedikit rangkuman cerita hujung minggu yang lepas. Me balik Melaka pada petang hari jumaat pas keje, dlm kol 5.15 da smpai kat stesen masjid jamek da, tunggu pulak my lil.Time kat Office die kuar kol 5.15, terpaksa la menunggu dengan penuh sabar. Walaupun me memang seorang yang tidak suka menunggu terlalu lama. Train datang dan berlalu pergi ke Seri Petaling dah kali keenam, dan ketika itulah jugak baru nampak seorang yg mcm me knl..haaaa? lege finally.

Tak pela..me tak marah sgt pun sebenarnaya. Faham. da la time tuh hujan renyai² baru nak turun. So, kesudahannya kami naek train yang ke tujuh, dan terlepas utk naik bus pukul 6.
Terpaksa rela la tunggu bus pukul 7.30 mlm.

Selama menunggu, & makan burger OTAI tu, me ternampaklah beberapa orang yang familiar je kat Melaka..Ada jugaklah org yg me kenal kat KL ni ea. Termasuklah kawan me, si Leyla dengan kawan dia. Uiks..ingatkan ko da selamat naek bus kol 6.00. Rupanya satu bus ngan ak jugak.

Belum pun sampai Tol Sungai Besi. Mata pun lelap. Sedar² je da sampai Tol Alor Gajah. Punyela mengantuk. Sampai Masjid Tanah, mak da siap menunggu sambil ditemani adik Ramadhan, Geram tol kat Ramadahan ni. perut buncit cam tutttt.Dan malam itu kami tapau KFC utk dinner. Mak belanja =) Me malam zinger burger, my lil mkn snack plate & mak makan chicken rice combo. Alhamdullilah.
Pas makan, me buat agar² cocktail utk dessert kenduri esoknya.

Sabtu pun tiba.
Hari ini buat kenduri arwah utk Wan, Ayah dan Pak Cik serta ahli keluarga lain yang telah meninggal dunia. Alhamdullillah semuanya berjalan lancar. Thanks kepada saudara mara yang sudi membantu. Jasamu dikenang dan hanya Allah saja yang membalasnya. Menu untuk kenduri, Udang Masak Berempah + Ikan Parang Masak Asam Pedas, Ayam Goreng Tepung + Kubis Masak Lemak + Telur Goreng + Ulam². Thanks Busu, Wan Pati, Mak Teh + Lin.
Sebelah malamnya pulak, pi sekejap ke rumah jiran kerana ade open house, pastu tak sabar nak tengok perlawanan pilihan Chelsea vs Man. City.. Akhirnya harapan me utk melihat Chelsea menang..LEBUR! hancur! Pecah rekod tanpa kalah dah. Pastu plak elok je Cik Fiza tu call m'ucapkan takziah. Arghhhhh~ Sanggup me pi lambat ke rumah leyla semata² nak tengok Chelsea. Huhu~ Da sampai umah Leyla pulak, dok kena bahan ngan ex-schoolmate..huhu..Pape pun thanks ye sebab tunggu jugak ak datang walaupun jam da kol 10.15 mlm.hehehe. Leyla..demi kawan, ak datang jugak. Pasni jangan tak nak msg ak lak ye..

Ahad.
Sekali lagi harapan utk tengok Choong Wei Kalahkan Lin Dan. My lil siap reminder lagi. Before tengok game tuh, pas je breakfast..terus pi beli ticket. Bajet mase mesti sempat sebab mase kami keluar tuh ngah women single games. Ambil ticket paling last dari Masjid Tanah. Walaupun mengantuk, still layan games yang mendebarkan tuh. Finally, barula boleh salute Choong Wei dapat kalahkan Lin Dan yang sombong dan berlagak tuh.Huh~ sangat puas hati. Yang tak puas hatinya pulak, camne double kita boleh kalah? Mulenya nampak cam senang je they all nak kalahkan China. Menang set pertama. Tapi kalah di set kedua dan ketiga. Hurmm.

Sampai umah dalam kol 9.++.. agak lewat sebab jalan jam + hujan. Memang syok tidur dalam bus yang nyaman + sejuk. Walaupun my lil kate ade org kat sebelah tu berdengkur kuat, tapi me still tak dengar sebab me pun terlena. ^_^ hihi..
Balik rumah. ada je mende yang pelik + yang boleh membuatkan ak hangin berlaku. Hairan ak perangai macam tuh. Semoga Allah melihat ape yang berlaku.

: Perlu Rehat:

2:30 PM By εïз .y a t i e.sb. εïз 2 Impressi0n
: Bismillah.....Salam :

Sangat² mengantuk hari ini~
Kalaulah dapat tidur.



Alangkah nikmatnya mata.
Badan pun sakit² ni
Lemah seluruh anggota.
Nikmatnya kalau dapat rehat.