: Bismillah.....Assalammualaikum :
SELAMAT TINGGAL KENANGAN 2010
Biar segala yang berlaku dalam 2010 menjadi lipatan sejarah yang disusun rapi.
Simpan segala memori yang terindah.
SELAMAT DATANG 2011
apakah yang terjadi?
dimanakah arah yang dituju?
apakah yang akan berlaku dan terus berlaku?
bagaimanakah haluan serta rintangan yang harus dihadapi?
biar 'dia' yang menjawab..
segalanya minta dipermudahkan oleh Allah S.W.T
Insyaallah.
"Insya Allah you`ll find your way"
selamat datang 2011 :)
Posted in
Life,
Wish
: Bismillah.....Salam :
Salam Jumaat.
Ya ALLAH..
Limpahkanlah kami rezeki-Mu
Kepada kami :)
Amin.
18. "
Ya Razzaq " - (
Maha Pemberi Rezeki )
dizikirkan mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh,
InsyaAllah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat.
Rezeki akan datang tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda :-"Sampaikanlah pesanKu biarpun satu ayat..." :
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w bersabda:-
"Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu.
Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga." Sahih Bukhari
Posted in
Sharing
: Bismillah.....Assalamualaikum :
Syukur Alhamdullillah.
Kemenangan yang dinanti.
Wahhh..terus je jari jemari dan hati ini berlonjak,bersemangat waja nak update pasal kemenangan skuad
Malaysia FIGHT Indonesia malam tadi.
Lepas, terlepas peluang nak tengok
Malaysia team di Stadium Bukit Jalil last week, atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, sempat jugak tengok kemenangan they all di tv. Semalam pun da get ready awal depan tv.
vs
Agregat 4-2
Tak mau cakap banyak-banyak..Semua sudah tahu, me rase rata-rata blogger hari ini akan update pasal kemenangan Malaysia, Si
Harimau Malaya mengalahkan Sang Garuda yang bongkak dan penuh dengan
provokasi itu.
TAHNIAH buat semua,
Malaysia menjadi juara Piala Suzuki AFF 2010 buat kali pertama setelah Piala Suzuki diperkenalkan 14 tahun lalu. Terus
PM bagi cuti umum esok~ Cayalah..
Alhamdullillah..Disebabkan pemain-pemain
Malaysia lah kita dapat cuti free esok~
PROUD TO BE MALAYSIAN
22 KHAIRUL FAHMI BIN CHE MAT , penjaga gol
Malaysia bermain cukup cemerlang malam ni dengan menafikan banyak percubaan dari
Indonesia. Ternyata kehebatan penjaga gol terbaik Malaysia saat ini terbukti sebab dapat menafikan tendangan penalti dari kapten
Indonesia, Firman.
Me tidur dengan senyuman~ :D
Hot link story
Posted in
Isu,
Like
: Bismillah.....Salam :
Salam Jumaat yang penuh keberkatan~
Senyumlah kerana senyuman itu penawar dula serta sedekah
:)
17. "
Ya Wahhaab " - (
Maha Pemberi )
dizikirkan sebanyak 100x sesudah solat fardhu,
barang siapa yang selalu berada dalam kesempitan,
InsyaAllah segala kesempitan @ kesulitan dalam apa soal pun akan hilang.
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda :-"Sampaikanlah pesanKu biarpun satu ayat..." :
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w bersabda:-
"Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu.
Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga." Sahih Bukhari
Posted in
Sharing