: Sayang Qiqi :

Wednesday, January 19, 2011 11:58 AM By εïз .y a t i e.sb. εïз 2 Impressi0n
: Bismillah....Assalammualaikum :



Masih segar dalam ingatan..
pada suatu petang..
balik dari kerja..
melangkah ke lif..
tetiba seekor anak kucing yg agak kecik
lalu..seolah-olah ingin menangkap kaki me yg tengah lalu..

haihhh~ comel jugak kitten ni..
( sume kucing yg terbiar pn me akan ckp kecian, kalo boleh nk bela sume )
muke alah-alah comot  gitu, paling comot kat hidungla.. :P
nampak kurus kering..nampak macam lapar..tak da ibu disisi..
memang sangat kesian.

hurmm..tanpa banyak fikir..
ambik la...nak bela..
lagipun nak bagi Cici 'ADIK'
tak lah Cici bosan nanti, ada kawan nk gurau/bermain-main.
Info tentang Cici : Cici tu kami ambil kat bawah apartment kami jugak
samalah situasinya macam Qiqi..
Masa tu Cici sakit di kaki, luka ..kecian dan kami ambil bela jugak.

mulanya cici menunjukkan ciri-ciri kurang senang dgn kehadiran Adek Qiqi
tapi lame - kelamaan mereka boleh terima antara satu same lain..
So sweet..
da boleh bergurau sama, makan sama..jilat-jilat sesama sendiri.
masa terus berlalu dan berlalu..
membesarkan 2 ekor kucing yang dulunya sakit, tak cukup makan, kurus..
akhirnya menjadi sihat dan gemok~
Kami tak pernah kisah dan berkira pun untuk bagi mereka makanan.
Yang paling penting tengok mereka happy dan sihat.

Sampailah akhir bulan Disember 2010, adik Qiqi di serang sakit..
Tak tahu lah ape yg menyebabkan dia sakit..
Tiba-tiba hilang selera makan...
Hinggakan berlarutan..sangat RISAU.
Tapi awal minggu lepas,
memberikan sedikit harapan yg adik Qiqi mule oke.
Sebab da mula makan semula..
Tanpa di duga dan di jangka
18 Januari 2011 adalah hari yang telah ditentukan,
hari yang ditakdirkan bahawa Adik Qiqi
telah meninggalkan kami.
Sangat sedih tak terkata apa..pemergiaan amatlah di rasai..
Allah sahaja yang mengetahuinya.
Memang tiap-tiap balik dari keje, Adik Qiqi akan tunggu depan
pintu bilik sambut kami balik..
Tak pun Adik Qiqi akan duduk atas mesin basuh untuk jengah kami.
Kami kini semuanya tiada lagi..
Miss Qiqi sangat-sangat~
Kini..Cici kembali berseorangan.
Kecian pulak Cici..
Nak kena cari pengganti Cici ke?

: Sabtu - NO Plastic Bag :

Saturday, January 15, 2011 1:32 PM By εïз .y a t i e.sb. εïз 0 Impressi0n
: Bismillah.....Assalamualaikum :

"No Plastic Bag Day"

Hari Sabtu
- Hari Tak Nak Beg Plastik oke.
Actually, da lame da perasan kempen ni di Tesco, JJ, Carefour, News Plus,
Baguslah..at least dapat mengurangkan penggunaan plastik.
Kurang guna, kurang buang, kurang pencemaran. kn??
Nak bagi sikit pesanan khidmat masayarakat ni.
So sesiapa yang nak gi shopping hari Sabtu silalah bawa beg sendiri ye..
Tapi kalau nak jugak plastik bag kena la bayar 20sen satu.

NO Plastic Bag Day” at JUSCO
NO Plastic Bag Day” at Guardian
NO Plastic Bag Day” at Tesco
NO Plastic Bag Day” at Giant
NO Plastic Bag Day” at Carrefour
Selangor State Government’s “No Plastic Bag Day” Campaign

Negeri Selangor baru-baru ni da lancarkan kempen ni.
Hope negeri-negeri yang lain jugak turut support kempen ini jugak ye~
Amalan yang baik, kenalah follow.
for me, SOKONG 100%


PELIHARALAH ALAM SEKITAR HARI INI,
DEMI KESEJAHTERAAN MASA DEPAN.

: Fadhilat Asmaul Husna - Ya Aalim :

Friday, January 14, 2011 7:51 AM By εïз .y a t i e.sb. εïз 2 Impressi0n
 : Bismillah.....Assalammualaikum :

Salam Jumaat.
Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, 
mudah dimakbulkan Allah.Amin.
  20. " Ya Aalim " - ( Maha Mengetahui   )
dizikir sebanyak 100x setiap kali selesai solat Maktubah, 
InsyaAllah aka mendapat kemakrifatan yang sempurna. 


Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda :-
"Sampaikanlah pesan-Ku biarpun satu ayat..." :

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w bersabda:-
"Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu.
Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga." Sahih Bukhari

: Bowling SUKA-SUKA BKP :

Friday, January 07, 2011 2:38 PM By εïз .y a t i e.sb. εïз 0 Impressi0n
: Bismillah ..... Assalammualaikum :

Semalam ke Kompleks Mutiara, Jalan Ipoh.
Permulaan untuk tahun 2011 ni
" Pertandingan Bowling Suka-Suka BKP "
anjuran our department (UPA) jugak..hehe..



Pertandingan bermula 5.30 petang...
me, k.mimi & k.asiah gi awal ke sana utk menguruskan hamper & pendaftaran.
ada 32 org staff yg mengambil bhg. , 8 team , & 4 org bagi stp team..
yang uniknya setiap team kena memasukkan
perkataan "TENSION" pada nama team masing²..

our team name --> TENSION!!! No..No..No..
En. Fairos, En. Arifin, Ping and Me..
huhu~ name pun main suke²
so tak de la nk tension gile² men utk jadi champion.
dari 8 team..our team hanya berada di tempat yang kelima..
okela tuh..janji enjoy kn?
Congrate kpd team yang menang, and also congrate kpd
Pn. Azian - women best player & Abg Suhaime - men best player... Hebat~!

Thanks kpd Cik Qhiee and Chup's kerana menghadirkan diri,
serta memberi support kpd me..hahaha Cik Qhiee memang sporting la..
Tak rugi datangkan? sambil support member, sambil 'cuci mata' ,
sambil men bowling jgk, done-done tuh dpt lucky number ye...hehehe Congrate to u.

Acara settle dalam pukul 9++,
Aisehh..name me kurang bertuah la untuk 10 cabutan lucky draw.
Takpelah..tak de rezeki kot.
Thanks to K. Mimi menghantar kami balik semalam~
Alhamdullillah, balik dgn kelegaan lif Menara Orkid dan air paip sudah kembali ok.
Kalau tidak, manelah nak menumpang tidur semalam.
(^_^)