: Kawan Oh Kawan :

Tuesday, September 21, 2010 1:31 PM By εïз .y a t i e.sb. εïз
: Bismillah.....Salam :

Kawan yang sejati.
Memamg semakin sukar di cari.
Kawan yang ikhlas budi, pun payah nak dicari ganti.
So? kawan² sane, t'golong dalam kategori KAWAN yang macamane?

before tuh nak cerite sikit pasal kawan² yang tetibe je tak mahu kawan atas sebab,
me ade kene mengena dgn kawan die yg sorang lg tuh.
maksudnya, dia ade prob. dengan kawan yg lagi sorang tuh,
tapi me jugak kene tempiasnye? kenape ak?
kire tak mau kawan ngan me jugak la tuh kan?
sebab ape me cakap macam tu? sebab..
dia kaitkan me sekali utk tidak mengetahui ape²
yg berkaitan dengan die. nak bagi contoh ke?
haaa Cthnya : meng"hidekan" atau mem"privacykan" all aktiviti + post
dari dibaca oleh me? kenape dulu oke? kenape sekarang tak boleh tgok?
hurmm..whatever la..asalkan dia happy & tahu ape yg die bt.
cume cara tu kurang sesuai..sebab, dari hide semua aktiviti tuh utk
pengetahuan me dan kawan yg sorang lagi tuh.
baik cik delete je saya dari friendlist cik.. all privacy u, i tak tengok dan ambil tahu.
lagi oke kan? dari kawan tapi macam tak mau kawan?
tu nak kategorikan kawan yg macamane ea?
Tepuk dada, tanya minda. Fikirlah~!

Entri keluaran khas.


.Kawan Makan Kawan.

Ops!! Hal yang satu ini perlu kamu jauhi. Istilah ini sering menjadi perkara pokok di dalam membincangkan hak yang berkaitan dengan pergaduhan dengan rakan. Kawan makan kawan ini sering kali dikaitkan dengan umpatan, mengata dari belakang, menghasut rakan, merampas pasangan sahabat dan sebagainya.

Oleh itu elakkan daripada melakukan kesilapan ini demi menjaga hubungan persahabatan kamu. Kita sudah banyak melihat kesan dari situasi ini kawan makan kawan ini. Yang mana persahabatan mereka kebanyakannya berakhir dengan kemusnahan hubungan persahabatan itu. Bersikap jujur saja dengan sahabatmu tanpa perlu mempunyai perasaan seumpama itu.


.Penipu.

Dalam sesetengah perkara atau situasi kamu mungkin ada kalanya ‘auta’ dengan kawan-kawan sendiri. Contohnya latar belakang keluarga, kononnya kamu anak orang kaya, mampu membeli barangan berjenama mewah dan macam-macam lagi omongan kamu semata-mata untuk mempamerkan kelebihan yang ada pada diri kamu. Bagi kamu, kamu perlu menutup segala kekurangan kamu kerana ingin kelihatan setaraf dangan rakan-rakan yang lain. Namun kamu perlu tahu, bahawa sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya akan jatuh juga ke tanah akhirnya.

Lebih baik jika kamu berterus – terang di awal perkenalan lagi kerana, takut nanti akan timbul masalah di kemudian hari. Tidak perlu ada penipuan andai kamu dambakan persahabatan yang sejati. Rakan yang sejati juga akan menerima kamu seadanya, tidak mengambil pusing perihal latar belakang kamu jika kamu benar-benar mahu menyimpul tali persahabatan.


.Suka Ambil Kesempatan.

Kamu berkawan dengan seorang yang berada, dan sudah pasti kamu berbuat baik dengannya berbanding dengan kawan-kawan yang lain. Kamu pandai mengambil hati, bijak memainkan peranan kamu semata-mata hanya untuk menumpang kesenangan sahabat anda itu. Padahal kamu tidak senang dengan lagak gayanya yang pastinya berangan kaya dan gedik. Kamu pura-pura menyenanginya kerana kamu pasti mahu selalu dibelanja, menaiki kereta mewah dan sebagainya.

Situasi ini sering berlaku di luar kesadaran kamu. Oleh itu, buat kamu yang suka mengambil kesempatan, cuba untuk sedarkan diri kamu kerana apa yang kamu lakukan itu tidak mendatangkan manfaat pada sikap kamu yang suka bermuka-muka dalam berkawan. Ingatlah sahabatku sesebuah hubungan yang terjalin tidak akan kelihatan realistik, hanya ‘plastik’ semata-mata.


.Talam dua muka.

Berpura-pura. Ha, itulah kata kuncinya yang utama.Buat kamu yang mungkin boleh disifatkan sebagai kawan yang talam dua muka ini, sebolehnya kamu cuba elakkan daripada meneruskan sikap kamu yang merugikan itu. Di depan A, kamu baik-baik sahaja. Akan tetapi di belakangnya, kamu pula yang menjadi batu api kepada kawan B, bercerita perihal keburukan kawan A.

Dalam persahabatan itu, tidak mustahil kamu juga akan dilayani seperti itu. Ingatlah sekiranya kamu tidak suka, begitu juga dengan rakanmu. Tiada siapa yang suka untuk menjadi bahan umpatan dari belakang. Langkah terbaik, elakkan saja dari bersikap sedemikian. Takut nanti ia akan memakan diri kamu sendiri.
Namun bila kamu ada kawan yang sedemikian,cuba pikir2 kan dulu...kenapa kawan kamu begitu terhadap kamu, mungkin kamu juga penyebabnya dia jadi talam...mana tahu kamu terlebih talam dari dia...ahakss...


.Sekejap Ada, Sekejap Tak Ada.

Rakan yang sebegini hanya memerlukan kamu pada waktu-waktu yang tertentu sahaja. Misalnya untuk meminta pertolongan kamu, ingin menumpangkan kamu untuk ke kuliah atau ke tempat kerja dan sebagainya. Pun begitu, apabila tiba waktu senangnya, dia boleh pula melupai kamu dan buat hal dia saja tidak mempedulikan kamu lagi.

Sahabat yang berperangai sedemikian tidak perlu diberi peluang sama sekali. Ternyata ia hanya memerlukan kamu sekiranya dia didalam kesusahan. Pada waktu senang, kelibatnya pun tidak pernah kelihatan. Individu seperti ini tidak boleh dianggap kawan, tetap akan hanya layak digelar kenalan biasa sahaja..opss!!


.Perasan!.

Sedar atau tidak, kadang-kadang ada diantara rakanmu yang sering memuji diri sendiri dihadapan kamu. Macam-macam cerita yang keluar dari mulutnya. Apa yang pasti, setiap cerita yang disampaikan itu akan ada unsur-unsur memuji, angkat bakul sendiri. Pendek kata, dia perasan sendiri! Antaranya dia sering memberitahu kamu bahawa ada seseorang di dalam kuliah atau di tempat berkerja sedang memerhatikannya, merenungnya tajam seakan-akan mahu menggoda dirinya.

Padahal kamu mengenali individu yang dimaksudkannya itu dan dia sebenarnya mengutuk rakamu itu perihal pemakaiannya atau tingkah lakunya yang kurang menyenangkan. Kamu pula segan untuk memberitahu hal yang sebenar. Apa yang jelas, bagi kamu yang selalu berperangai sebegini ini, elakkan saja sikap yang sedemikian. Tidak salah untuk memuji diri, asalkan kita tidak melampau sudahlah ya.


.Gedik ~.

Ini juga merupakan salah-satu ‘dosa besar’ dalam bersahabat. Gedik dalam situasi ini bukan dalan konteks sosialnya. Tetapi gedik apabila keluar bersama. Takut-takut nanti si dia pula akan gedik degan teman istimewa kamu! Bayangkan, sedang kamu asyik bergembira makan bersama, tiba-tiba rakan kamu cuba pula untuk ‘beramah mesra’ denga teman istimewamu.
Tidakkah perkara itu akan membangkitkan kecemburuan kamu? Justeru, cuba elakkan perkara sedemikian dari berlaku. Bagi si gedik, perangai kamu yang sebegitu hanya akan membuatkan orang lain menyampah sahaja. Tidak salah jika kita hendak mempamerkan keramahan diri kita yang sebenarnya, akan tetapi biarlah ia dengan cara, situasi dan masa yang betul kena pada tempatnya.


.Moody!.

Tentunya ada dikalangan kamu yang mempunyai rakan yang agak moody dan tidak boleh diramal sikapnya pada satu-satu masa. Hal ini mungkin dianggap normal, namun tidakkah kamu sedar bahawa perangainya yang angin tidak mengira tempat akan membawa kepada situasi persahabatan yang kurang enak? misalnya ada ketikanya moodnya ok sahaja, akan tetapi selepas tidak lama itu, sikapnya akan mula berubah pula. Marah-marah, tengking kamu hingga mempamerkan sikap barannya juga.
Bagi kamu yang bersikap agak moody ini ia boleh memberi kesan negatif kepada hubungan kamu dengan sahabat. Elakkan sikap itu dalam diri kamu, apatah lagi jika sahabatmu itu sensitif orangnya.


.Mata Duit Vs Kedekut!.

Tentu kamu pernah mendengar istilah wang adalah segalanya! Begitulah juga ‘pengaruhnya’ kepada rakanmu jika ada. Terdapat segelintir rakanmu yang tanpa segan silu menunjukkan pada kamu betapa wang ringgit itu merupakan keutamaan dalam sesebuah kehidupnya. Mahu ‘dipayungkan’ setiap masa, kedekut untuk mengeluarkan wang dari poket sendiri.
Nama pun berkawan, adalah sangat penting bagi kamu untuk berkongsi apa sahaja.Tambah juga jika kamu masih menuntut lagi. Tentunya kewangan akan menjadi perkara penting buatmu. Jika kamu beriadah atau menonton wayang, tidak salah jika masing-masing berkongsi tambang, makan dan lain-lain lagi. INGAT! jangan terlalu kedekut dan hanya mendambakan sumbangan dari orang lain sahaja. Kebanyakan orang tidak suka jika kita bersikap sedemikan rupa. Tapi untuk sesekali tidak mengapalah jagan selalu.


.Panjang Tangan.

Aduh, Paling parah jika sahabatmu ini seorang yang panjang tangan orangnya. Buka sahaja ‘harta’ kamu, tetapi ‘harta’ oarng lain juga turut diambilnya. Ketahuilah hal ini amat menjengkelkan kerana ia sudah pasti rakanmu itu tidak akan memberitahumu diatas sikap panjang tangannya itu. Namanya pun pencuri. Perkara ini sering sahaja berlaku di dalam sesebuah persahabatan yang sekali gus bisa membuatkan hububgan persahabatan ini boleh retak begitu sahaja
Bukan kerana mencuri barangnya, akan tetapi rakanmu itu berasa tidak senang dan kecil hati dengan sikap rakannya yang panjang tangan. Kata orang, jika kita mahukan barang tersebut maka apalah salahnya sekiranya meminta padanya untuk meminjam barang tersebut darinya. hurm sudah tentu dia rakan anda akan memberinya tanpa banyak bersoal jawab.


Ya Allah, berilah Aku kekuatan untuk menjadi sahabat yang beriman..Mudah didekati, senang didampingi, baik perangai dan tingkahlaku. Jauhilah dari aku kawan² yang berperangai buruk dan menyesatkan. Semoga kita tergolong dalam sahabat yang baik² hendaknya. Amin~


4 Response to ": Kawan Oh Kawan :"

  1. Safinaz Hanum Ahmad Anuar Says:

    wah panjangnya entry.. ni marah punya pasal ek?

    tok guru akak pesan;

    kalau ramai yang sayang kita;
    mesti ada yang benci kita.. tapi

    kalau ramai yang benci kita;
    belum tentu ada yang sayang kita...

    ;)

  2. εïз .y a t i e.sb. εïз Says:

    panjang ke kak anum?
    rasenye ape ygketidakpuashatian tu cket je..

    yg kategori kawan tu yg membuatkan entri itu pnjang..
    heheh :D

    orang xde la marah sangat pn..terkilan jek :P hehe

    yups, thanks di atas pesanan akk itu.
    keep in heart :)

    kasih sayang orng t'hadap kita mmg tak boleh dipaksa.
    biarlah orng tu sendiri ikhlas nk curahkan kasih & sayang die tu.

  3. nickindajungle Says:

    susahkan mau carik kawan yg sejati...
    kawan waktu kita senang..sgt senang dicari..
    tapi kawan waktu kita susah...sgt susah ditemui..
    ^__^

  4. εïз .y a t i e.sb. εïз Says:

    Cik Nick : Hurmm macam tula Cik Nick.
    Memang sukar digambarkan melalui kata-kata.
    Kawan ketika senang..mmg senang je dtg.
    Kawan waktu susah..memang payah di cari.
    Hope kita dijadikan sbg kawan yg terbaek utk kawan2 kita.

Post a Comment