: Jom Jalan 10000 langkah setiap hari :

Thursday, November 25, 2010 6:35 PM By εïз .y a t i e.sb. εïз
: Bismillah.....Salam :

Tengah selak² paper yang tak berapa nak lame..haaa terpampang iklan
Pesanan dari Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai kempen

"Berjalan 10,000 Langkah Sehari, Menjadikan Anda Sihat Setiap Hari".

Iklan tu menyenaraikan 7 petua untuk mencapai 10,000 langkah:

1. Jadikan berjalan sebagai rutin harian
2. Usah peduli apa orang kata - fikirkan berjalan ntuk kesihatan anda
3. Berjalan bersama keluarga atau rakan di waktu lapang.
4. Tetapkan matlamat anda
5. Tingkatkan bilangan langkah mengikut kemampuan sehingga mencapai sasaran
6. Rekodkan kemajuan anda
7. Setelah anda berjaya menjadikan berjalan sebagai rutin harian, teruskan sebagai aktiviti berjalan pantas.

Menurut iklan kat paper ni:

Tahukah anda, dengan berjalan 10,000 langkah setiap hariboleh mengurangkan risiko Penyakit Jantung, Strok, Hipertensi dan Diabetis?
Untuk lebih info.Boleh ke sini. Dan dapatkan lebih lanjut info beserta risalah di sini. Klik la..Semoga bermanfaat untuk kesihatan kita bersama Sambil tu support kpd usaha murni KKM.




Bagi me..rasenye da nak cukup kot jalan 10000 langkah setiap hari, maklumlah..nak pi keje dari rumah ke Stesen jalan kaki, da sampai kat stesen Bandaraya pulak, menapak naik jejantas DBKL untuk ke depan Stesen KTM tunggu van pulak, da sampai office nk kene jalan lagi naik tangga sampai tingkat 1 (satu jek :P hihi) setiap hari. Memang letih + lemah..ishh nak buat macammane kan..at least ade jugak exercise kan?
Then malam balik jalan kaki dari stesen ke rumah. Itulah rutin harian pejalan kaki macam me. Bila dah rase sakit sangat sendi kaki ni, balik je rumah mau setengah botol minyak angin di sapunya. hahaha~ Realiti tu, Maklumalah tak ade kenderaan., begitulah adatnya. Nasib si pengguna public transport.

Bagi yang da ada transport tuh,tak kira la motor ke, kereta ke, sure korang akan rasa malas dan tak berdaya nak jalankan? Sebab da biasa "start & gerak" Adalah macam kwn me tuh, baru jalan separuh nite market kat Jalan TAR da penat..hihi. Siapa itu? (^_^)




( macam ni ke cara jalan itik pulang petang :P ) hihi

- Kiranya me ni da menyahut seruan Kementerian Kesihatan Malaysia la kan..
sebab da participant program yang dianjurkan oleh
Nestle - Good Food, Good Life~
baru-baru ni di Tasik Titiwangsa.
World Walking Day 2010.
Bagus betul usaha yang sebegini kan?

0 Response to ": Jom Jalan 10000 langkah setiap hari :"

Post a Comment