Thursday, June 07, 2007 3:58 PM By εïз .y a t i e.sb. εïз 0 Impressi0n
.: S.e.a.N.d.a.i.N.y.a :.

YA ALLAH,
seandainya telah engkau catatkan dia
tercipta buatku,
menjadi milikku,
dekatkanlah dirinya dengan diriku

YA ALLAH,
jika dia ditakdirkan bukan milikku,
tidak tercipta buatku,
bawalah dia jauh dari pandanganku,
lapuk diingatanku

Peliharalah dari rasa kecewa,
berikanlah aku kekuatan meskipun tanpa dirinya.
Engkau gantikanlah yang telah hilang,
tumbuhkanlah yang telah patah,
biarpun tiada yang sama dengan dirinya

Ku pohon dan ku rayu padamu yang satu,
Engkau hapuskanlah perasaan ini,
seandainya dia telah ditakdirkan untukku,
kupohon agar engkau hapuskanlah perasaan ini,
seandainya dia tidak mencintaiku..




3:44 PM By εïз .y a t i e.sb. εïз 0 Impressi0n
.: hari ini dan semalam :.


Semalam kita berkenalan

Menyulam kata mendalami perasaan..
Aku gembira, aku bahagia…
Hadirmu tepat di saat ku memerlukan…
Belaian mesramu masihku terasa…
Membawa kita jauh dalam khayalan…
Kau dan aku bagai satu tak mahu dipisahkan..
Sungguh indah waktu itu..

Hari ini kau tiada…
Tinggalkan aku sendiri..
Aku terkejut…
Aku keliru…
Aku bingung…
Aku berdukacita..
Pergimu secara tiba-tiba
Aku tak menyangka…
Kau berduka lara…dengan keputusanmu sendiri..

Katamu aku kau sayangi..
Katamu aku yg terbaik…
Aku terharu..
Aku menahan pilu…
Aku tak tahan mendengar tangismu
Dan bersatu dengan tangisku…
Benarkah apa yg ku dengar…
Kau tak mahu aku merana…
Hidup denganmu yang bakal sengsara.

Mengapa??
Mengapa ini terjadi
Di saat kita saling memerlukan..
Aku sayang dan cintakan Mu…
Aku tak peduli itu..
Ajal dan maut itu di tangan tuhan..
Dan aku redha..
Tapi kau… kau tak mahu..
Katamu kau tak sanggup.
Kau pinta ku mencari penggantimu..
Mengalir air mataku..