: Masak :

Friday, August 20, 2010 10:41 AM By εïз .y a t i e.sb. εïз 4 Impressi0n
: Bismillah.....Salam :

semalam balik je keje terus pi kedai berhampiran.
mane lagi yang terdekat ngan MO tuh kalau tidak Big5
me ditemani my lil la..sape lg kalau tidak die yang
menemani me sepanjang masa kecuali office hour.
selainnya kami together² je.so cari² la something yang boleh dimasak
utk berbuka petang semalam.
memandangkan kat umah da ada sardin,
yang kami plan utk masak smbal sardin
so kami beli menda lain yg boleh dijadikan lauk sampingan
so kami memilih sayur kangkung utk di goreng
dan ikan selar pn utk di goreng.

lepastu beli beras, maklumla da lame tak masak,
hampir 3 bulan kot tak masak kat umah tuh.
oleh kerana mak telah membelikan kami rice cooker
sempena bulan ramadhan ni,
jadi dengan itu tidaklah kami mensia²kn
pemberian berharga mak tuh.
lagipun semalam my lil cuti kontrak,
then me terus balik umah, so ada masa la utk kami memasak.
dan tidak lupe air vitagen hijau utk berbuka..like it....

balik je, terus ke dapur utk memasak.
wahh~ seronoknya masak, da lame tak masak.kalau macam tu hari² kan bagus, boleh jimat.
sayangnya kami tak ada icebox nk simpan barang dan makanan fresh.
insyallah, if ade rezeki lebih bolehlah beli pasni.doakan ye :D

selesai masak, laungan azan pun kedengaran.
yeahhh da boleh makan.
so..kami pun makan berjemaah.
sangat nikmat.

ada tinggal 2 ekor ikan sardin, di lenyek²kan,
kami buat sandwich utk sahur pagi tadi.
Alhamdullillah~

: Fadhilat Asmaul Husna :

7:45 AM By εïз .y a t i e.sb. εïз 0 Impressi0n
: Bismillah.....Salam :

Salam pagi Jumaat yang berkat bersamaan 10 Ramadhan 1431.
Semoga kita diberkati oleh Allah s.w.t, Amin.
setiap pagi jumaat me akan kongsikan setiap 1 fadhilat Asmaul Husna.
Insyaallah.

1. "Ya Allah" -
apabila dizikirkan sebanyak 500x setiap malam,
terutamanya selepas solat Tahajjud @ solat sunat 2 rakaat
mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah pesanKu biarpun satu ayat..."

Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu.
Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga." Sahih Bukhari.