: Hari Ozon :

Thursday, September 16, 2010 10:41 AM By εïз .y a t i e.sb. εïз 0 Impressi0n
: Bismillah.....Salam :

16 September juga merupakan,

HARI OZON ANTARABANGSA


INFO: Hari Ozon Antarabangsa pada 16 September telah diisytiharkan oleh Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 1994. Setiap tahun Hari Ozon Antarabangsa disambut oleh Negara-negara Parti Protokol Montreal Mengenai Bahan Pemusnah Ozon dengan mengadakan aktiviti-aktiviti bagi meningkatkan kesedaran tentang penipisan lapisan ozon.

Tanpa lapisan ozon seluruh hidupan di bumi akan musnah!

Beberapa fakta penting tentang lapisan ozon:-

* Menyerap radiasi sinaran ultra ungu (UV) yang tinggi daripada matahari sebelum sampai ke permukaan bumi. Pancaran UV spektrum sebenarnya mempunyai jarak gelombang yang lebih pendek daripada cahaya nyata atau cahaya nampak iaitu antara 280 hingga 315 nanometer (nm) yang boleh merosakkan hampir semua makhluk di bumi.
* Kajian saintis mendapati ketika ini lapisan ozon semakin menipis disebabkan oleh penggunaan gas klorofluorokarbon (CFC) secara meluas.
* CFC boleh terhasil daripada pelbagai cara seperti penggunaan peti sejuk, bahan penyembur, bahan pelarut, produk berasaskan polisterin dan juga aktiviti perindustrian.
* Masalah penipisan lapisan ozon telah mendapat perhatian banyak pihak terutamanya Persatuan Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP).

CFC atau nama saintifiknya chlorofluorokarbon merupakan sebatian molekul yang menyumbang dalam penipisan lapisan ozone. 1 molekul chlorine boleh memusnahkan beribu-ribu molekul oksigen di lapisan ozone. Produk yang mengandungi CFC adalah terdiri daripada bahan aerosol. Bahan ini kerap digunakan untuk membunuh serangga perosak.

so, lindungi ozon kita~!

: 1609 :

9:16 AM By εïз .y a t i e.sb. εïз 2 Impressi0n
: Bismillah.....Salam :

hari ini adalah 16.09 - Hari Malaysia

INFO : " Hari Malaysia diraikan pada 16 September setiap tahun
untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia

apabila Sabah dan Sarawak telah menyertai Malaysia pada 1963 "