: 10.10.10 Part II [ Tragedi Kemalangan ] :

Tuesday, October 12, 2010 9:25 PM By εïз .y a t i e.sb. εïз 0 Impressi0n
: Bismillah.....Salam :


Malam selepas Majlis tuh, mak menghantar kami ke rumah arwah Wan, sebab nak balik sekali dengan Pak Lang, Kami gerak adelah dalam pukul 9.15 malam.

Macam biasa, bila kami gerak malam je, Pak Lang akan suh Mak Lang call PLUS untuk dapat info keadaan Highway menghala ke KL. Malangnya tak jawab²..Ape kes?

Biasanya Pak Lang akan ikut jalan Pengakalan Kempas then akan masuk ke Tol Pedas, seterusnya ke KL.
Semua da rase hairan..Nape tetibe je jalan jammed ni..Biasenye oke je..siap ade petugas tol tunggu di tepi jalan, bertanya hendak menuju ke KL atau JB? ke KL oke..clear, tapi kalau ke JB jalan ditutp. Katanya ade kemalangan yang teruk.. Sepanjang jalan menuju ke KL tu, boleh di lihat betapa panjangnye kereta ke arah selatan. Macam teruk je accident. Jauh jugak la tak gerak. Ternampak beberapa ambulance yang terkandas ditengah² highway tuh..Yela..macammane nak lepas dgn cepat, da semua kereta tak boleh nak bgerak lancar..stuck tengah jalan.

Hurm..akhirnya me tertidur. Sedar je da smapi kat Hentian Seremban.. Pak lang top up minyak kereta, then Mak lang sempat beli karipap apak kiyau..huhu besar tuh karipapnya. Makan sebiji da knyang. Kami sampai rumah dalam kol 11.oo malam..

Sampai je rumah, biasela..anak² yang di tinggalkan tu msti akan bagi task.Sabar yela..terdengar my lil dok cakap² kat telefon. Dia bgtahu Cik Afiza call bagitahu yang ade accident dekat dengan Tol Simpang Ampat Alor Gajah.. Teruk. Then tengok kat Awani ade berita pasal tragedi ni. mase tu cakap 12 orang da disahkan meninggal. Ya Allah. Teruknya. Patutlah jammed teruk..

Esoknya pulak tuh, terpampang kat akhbar pasal tragedi 10.10.10 ni..Rupanya kemalangan ngeri ni berlaku kira-kira pukul 6.40 petang lagi..bayangkan betapa panjangnya kereta yang tak lepas² nk ke selatan.
Melalui penelitian, review dan komen orang yang terlibat, nampakya pemandu bas Delima tu yang patut dipersalahkan, memandu dengan sangat lagu, kalau nak bawak macam F1 pn..agak-agaklah, melibatkan nyawa orang lain. Semua ni boleh dielakkan jika sikap sebagai yang berhemah diamalkan. Kesian pada mangsa yang terlibat serta keluarga mangsa.









MELAKA – Tarikh 10.10.10 yang dinanti-nanti kebanyakan orang ‘meragut’ 12 nyawa manakala lebih 40 orang cedera dalam kemalangan ngeri membabitkan tujuh buah kenderaan di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah semalam.

Dalam tragedi ngeri pada pukul 6.40 petang, kesemua mangsa yang terkorban terdiri daripada sembilan lelaki dan tiga wanita.

Setakat tengah malam tadi identiti semua mangsa belum dikenal pasti.

Kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu ialah sebuah bas ekspres Delima, sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tiga buah kereta, sebuah van dan sebuah motosikal.

Seorang jurucakap syarikat Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) ketika dihubungi berkata, kemalangan itu didakwa berpunca daripada bas ekspres Delima yang dalam perjalanan dari Melaka menuju ke ibu negara. Bas itu didakwa terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya.

“Selepas melanggar pembahagi jalan bas tersebut berpusing-pusing memasuki laluan bertentangan sebelum berlanggar dengan sebuah van yang dalam perjalanan ke selatan.

“Bas Delima itu kemudian merempuh sebuah Perodua MyVi, bas JKM dan tiga buah kenderaan lain,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

Difahamkan 12 mangsa yang terkorban membabitkan sepuluh penumpang bas Delima, seorang penumpang van dan seorang penunggang motosikal lelaki.

sumber : KOSMO

Takziah diucapkan buat keluarga mangsa yang terlibat, Di sebalik 10.10.10 ada yang gembira, ada juga yang berduka. Sama-samalah kita beringat. Berhati-hatilah semasa memandu. Risau pulak nak naik kenderaan awam kalau ade sikap pemandu yang memandu laju tanpa menghiraukan penumpang.

: 10.10.10 Part I [Perkahwinan] :

8:03 AM By εïз .y a t i e.sb. εïз 6 Impressi0n
: Bismillah.....Salam :

Congrate kepada yang selamat melangsungkan perkahwinan.
Ramai jugak yang memilih tarikh 10.10.10 ni sebagai tanda ingatan untuk ikatan sebuah janji.

Pernikahan Datuk Dr Syeikh Muszaphar Dr Harlina

akhirnya Datuk Dr Syeikh Muszaphar Dr Harlina sah menjadi suami isteri
setelah 8 tahun mengenali.

Persandingan Datuk Dr Syeikh Muszaphar Dr Harlina di PICC,
sama cantik, sama padan.
65 ANGKASAWAN
dari luar negara turut hadir ke Majlis Persandingan,
Menariknya semua angkasawan itu berbaju Melayu lengkap samping & songkok lagi tu
Wahh~! Pasangan mereka juga turut berbaju kurung...


kelakar pulak tengok cake ni..sesuai la tuh utk Angkasawan.

majlis perkahwinan disiarkan secara langsung di TV3,
sayangnya me tak dapat meluangkan masa nak tengok kerana waktu tu otw balik ke KL.


Pelakon ini juga mengabadikan 10.10.10 sebagai tarikh perkahwinannya..

Firdee Aqasha Rosli Noor Baizura Mohd Sabri


semoga bahagia Aqasha~ kuning gitu..


dan, My aunt..
jom bace lagi~

Kak Liza Mohd Ghassani

akhirnya majlis selamat dijalankan.

sangat meriah, walaupun penat. me HAPPY~!
huhu.jadi "kerani" lagi..masyuk~
jom layan beberape picture mase wedding nih.

Sabtu pagi..

siap dari umah pi Pekan Masjid Tanah
nak cari bunge hidup utk buat sireh junjung..
( dapat jugak mkn Nasi Lemak belakang bus stand,
sambil buat muke yang agak ketat)

dari kahwin dak Lan (cousin), Kak Nor (my aunt) , Pak Teh (my uncle)
hasil tangan ni la yang membuatnya..
haha..tak ade la terror mane pn, tapi bolehla sikit²..seni tu ade gak la :]
ape salahnya kan memberikan khidmat pd hari bahagia orang.
esok² turn me pulak..semoga di permudahkan. (^_^)
lepas buat sireh junjung, me tolong designkan utk hantaran pulak, kali ni choc.
tak caye ke? tgok picture² kat bawah ni nnt.

pastu, pi jengah kat dapur, tengok² ade keje lagi tak yang boleh di buat..
tapi kena makan dulu..pastu sambung buat keje lain pulak.
haaa ni die.."siang taugeh"..utk masak bihun Malam Berinai nanti.
sempat capture..cakap je kang tak percaye pulak kan..so ni die bukti.

tengah² syok "siang taugeh"..rombongan pengantin lelaki pn smpai..
STOP jup..nak tengok acara Akad Nikah.

Alhamdullillah..

Tiga kali lafaz, sah Kak Liza bergelar isteri kpd Mohd Ghassani.
huhu..saat yang mendebarkan bagi lelaki adalah saat melafazkan akad nikah..iye ke?
Congrate~

Task belum settle lagi, next task for me..

cucuk bunga manggar untuk berarak esoknya.
seronok.
Pastu, da settle semua.
kami pun pi la jenguk² kat khemah belakang,
tempat orang masak..Busu pelawa makan ayam goreng~ Nyummy..
Dah makan, me & my lil pun balik lah umah kami,
nak mandi² dan bersiap dan kemudian ke Rumah Wan Pati semula.
Malam dalam pas maghrib tu, pi ngan Mak Teh, my mum dah ade kat sana, pas keje je terus kesana.
He he he..Sampai je, kami makan dulu..Bihun Goreng + Tauhu Sumbat.
Superb sedap~!
Pas makan, Rombangan pengantin lelaki pun sampai..
tengok la pengantin berarak...

Siap ade Bunga api + Mercun


: with My Mak Teh :

Lyn jadi pengapit K. Liza.huhu..mule malu, tapi lame² oke hape...

: ni Lyn..peace sikit :

Pas jek berarak dengan paluan kompang serta Majlis Berinai
( tepung tawar pengantin )

: me pn nak try jugak :p :

kami pun book pelamin tuk posing~haha..wajib. I like~
before tu, let me introduce my son~ haaa? son? hihi tak de la..
: With My Anak Angkat :] Danish :

mulela aksi² mengarut kami.





Pas penat da posing ntah ape²..settle sudah untuk malam ini..
esok nak sambung pose lagi~
( SAYA SUKA POSING ~ )
Majlis selamat berlangsung Alhamdullillah.
Balik rumah, tidur + rehat secukupnya.

Ahadnya.

Mak kejutkan me seawal pukul 6.15 pagi..Mak da nak gerak da pi umah Wan Pati pagi tuh..
Mak pi dulu. Then me pn sambung tidur semula, alarm kejutkan pukul 7.30 pagi,
bagi kucing² makan, mandi then iron baju..kejutkan my lil yang susah nak bangun tuh satu hal.huh~ :]
Pas je siap² kami pun gerak menuju ke Kg. Bukit Darat,
Kuala Linggi dengan menaiki kenderaan dua roda kami..MAM 4845~
Sampai je terus cari mak.Nak breakfast~ Lapo.
Mak pulak sibuk menyiapkan barang² untuk membuat lauk pengantin. Kami macam biase la..
Diberikan tugas untuk ke hadapan.
Tugas "kerani" & memastikan bungkusan telur berada dalam keadaan
yang cukup untuk diberikan kpd tetamu yang hadir.
Pagi tuh, ada buat sekali Majlis Cukur Jambul, Anak Sue..
My anak angkat, Danish..& Anak angkat my lil, Daniel (EON) (^_^)

KAMI da ada anak angkat tau~

+_________+

: Ini Danish :

: Ini Abang Danish - Daniel (eon) :

: Eon adalah anak angkat Chup's :

+____+

then Majlis berlangsung dengan meriahnya..
tetamu pun ramai, sampai tak cukup seat nak makan.
Hampir pukul 2.00 petang, kaunter kami pun di tutup..
turn KAMI pulak nak bergambar dengan pengantin + pelamin they all.
jom layan picture² ni..
kali ni entry panjang sikit.
Ade cerita dan picturenye skali..
supaya kalian bace tak lah rase bosan sangat kan?
Actually banyak lag picture, tapi tak done nk upload byk sangat.

Tengok kat FB jela nanti ye.




again : we jadi kerani that day~




Hari pun da beransur petang, semua kerja mengemas telah di lakukan secara gotong royong..
Me & my lil pun decide nak balik awal packing barang, coz malam tu we all balik KL dengan pak lang & family..Sempat lagi tuh Pi Pasar Malam kat pekan Masjid Tanah.

see u in 10.10.10 Part II
daaa~