.Kenapa Sukar Untuk Setia?.

Thursday, April 05, 2012 5:16 PM By εïз .y a t i e.sb. εïз 0 Impressi0n
.Bismillah.....Assalammualaikum.

Kenapa sukar untuk setia? - "Tepuk dada tanyalah hati"

Persoalan yang cukup-cukup sukar untuk dijawab oleh orang yang tidak pernah nak cuba untuk setia. Sebab dia takkan ada jawapan pun.
Hanya dia sahaja tahu apa alasan untuk mempertahankan dirinya,
lebih tepat lagi untuk menyelamatkan diri dari dikantoi.

Tapi sampai bila harus terus menerus untuk tidak jujur? tidak setia?
Cubalah, buatlah, pertahankanlah dengan menyorokkan, dengan melakonkan yang kononnya tiada apa-apa yang berlaku 'dibelakang'..
Hanya masa yang akan menentukan berapa lama ianya akan bertahan. Ingatlah!

Kebahagian dikecapi hanya seketika, tetapi
Derita yang akan diterima mungkin selamanya.

Menyakitkan, melukakan, mempermainkan hati dan juga perasaan orang yang setia kepada anda amatlah kejam! Sampainya hati kamu?! kan?

Apa guna kalau mengaku anda seorang yang baik, jika anda sanggup membuatkan orang yang setia kepada anda menitiskan airmata? EEEE...manusia jenis apakah?


"Ku sangka hadir mu membalut luka ku
Tapi luka ku makin parah
Ku sangka bahagia bersama mu
Sebaliknya sakit hati ku
Lidah tak bertulang
Pandai bermain kata-kata
Sikap manusia pandai berpura-pura

Mengapa sukarnya untuk kau setia pada ku
Sedangkan dulu engkau pernah
Melafazkan cinta mu
Sambil kau berjanji membalut luka ini
Dan hidup bahagia
Mengapa kau
Kau dustai ku yang setia pada mu sayang
Mengapa kau tidak menghargai cinta
Dan kasih sayang ku terhadap mu
Ubahlah sikap mu insaflah wahai sayang ku
Tak guna menyesal bila balasan tiba

Ku bermohon pada Tuhan merawat luka
Agar jiwa ini
Kembali bahagia
Setelah engkau melukai"

------

Reactions: 

.Lagu dan Saya.

Monday, April 02, 2012 12:57 PM By εïз .y a t i e.sb. εïз 0 Impressi0n
..Bismillah.....Assalammualaikum..

Tiba-tiba sekarang ni kerap sangat dengar lagu-lagu yang agak jiwang dan syadu..
Kenapa ye? Sebelum ni pun layan la jugak, tapi bila dengar balik lagu-lagu lama tu macam lain la
susah nak digambarkan perasaan itu.. Tiba-tiba jugak nak teringat kat kenangan-kenangan lama, memori yang dulunya sudah berlalu, tiba-tiba saja menerjah melayang-layang kat ingatan..sekarang pun tak kurang hebat jugak kenangan-kenangan yang telah tercipta, bukan dulu jek..wahhh~ Kalau boleh nak simpan semua kenangan yang bahagia dalam hard disk ketat-ketat dan buang semua kenangan yang pahit jauh-jauh.

Haihhh...
Mulalah nak senyum sorang-sorang nampaknya.
Kadang-kadang member office pun tegur, kenape ni? Asyik dengar lagu jiwang je sejak dua menjak ni. Saya pun dengan selamba berkata "saje", sebab "suke" boleh?

Layan lagu ni pun boleh mendatangkan semangat ape..rasa seronok dan semangat sikit nak buat kerja yang berlambak-lambak tu..kan? Dapat lagi layan time 'ot', semua kawan-kawan da balik, tinggal jela yang berapa kerat tu, suasana pun macam sunyi, memang sesuailah..

Layan lagu jugak boleh membawa kita untuk menjadi lebih puitis, lebih romantik dalam menyusun ayat-ayat cinta..heee~

Oke. Dah. Cukup untuk hari ini. Sebelum dengan panjang lebarnya merepek.
"Saya rindu awak, lagu-lagu kita dan kenangan-kenangan kita, sebab saya memang tak akan dan tak pernah lupa setiap saat yang kita lalui serta kecapi bersama, tak kiralah waktu kita gembira atau berduka, kerana setiap saat dan detik itu amatlah, cukuplah berharga untuk diri saya" Adakah awak begitu juga?

Reactions: