: Sayang Qiqi :

Wednesday, January 19, 2011 11:58 AM By εïз .y a t i e.sb. εïз 2 Impressi0n
: Bismillah....Assalammualaikum :



Masih segar dalam ingatan..
pada suatu petang..
balik dari kerja..
melangkah ke lif..
tetiba seekor anak kucing yg agak kecik
lalu..seolah-olah ingin menangkap kaki me yg tengah lalu..

haihhh~ comel jugak kitten ni..
( sume kucing yg terbiar pn me akan ckp kecian, kalo boleh nk bela sume )
muke alah-alah comot  gitu, paling comot kat hidungla.. :P
nampak kurus kering..nampak macam lapar..tak da ibu disisi..
memang sangat kesian.

hurmm..tanpa banyak fikir..
ambik la...nak bela..
lagipun nak bagi Cici 'ADIK'
tak lah Cici bosan nanti, ada kawan nk gurau/bermain-main.
Info tentang Cici : Cici tu kami ambil kat bawah apartment kami jugak
samalah situasinya macam Qiqi..
Masa tu Cici sakit di kaki, luka ..kecian dan kami ambil bela jugak.

mulanya cici menunjukkan ciri-ciri kurang senang dgn kehadiran Adek Qiqi
tapi lame - kelamaan mereka boleh terima antara satu same lain..
So sweet..
da boleh bergurau sama, makan sama..jilat-jilat sesama sendiri.
masa terus berlalu dan berlalu..
membesarkan 2 ekor kucing yang dulunya sakit, tak cukup makan, kurus..
akhirnya menjadi sihat dan gemok~
Kami tak pernah kisah dan berkira pun untuk bagi mereka makanan.
Yang paling penting tengok mereka happy dan sihat.

Sampailah akhir bulan Disember 2010, adik Qiqi di serang sakit..
Tak tahu lah ape yg menyebabkan dia sakit..
Tiba-tiba hilang selera makan...
Hinggakan berlarutan..sangat RISAU.
Tapi awal minggu lepas,
memberikan sedikit harapan yg adik Qiqi mule oke.
Sebab da mula makan semula..
Tanpa di duga dan di jangka
18 Januari 2011 adalah hari yang telah ditentukan,
hari yang ditakdirkan bahawa Adik Qiqi
telah meninggalkan kami.
Sangat sedih tak terkata apa..pemergiaan amatlah di rasai..
Allah sahaja yang mengetahuinya.
Memang tiap-tiap balik dari keje, Adik Qiqi akan tunggu depan
pintu bilik sambut kami balik..
Tak pun Adik Qiqi akan duduk atas mesin basuh untuk jengah kami.
Kami kini semuanya tiada lagi..
Miss Qiqi sangat-sangat~
Kini..Cici kembali berseorangan.
Kecian pulak Cici..
Nak kena cari pengganti Cici ke?