: Berakhirnya ... :

Monday, October 18, 2010 7:03 PM By εïз .y a t i e.sb. εïз 2 Impressi0n
: Bismillah.....Salam :

Tepat pukul 5.00 petang tadi
berakhirlah tugas me sebagai,

Pembantu Khas / Pembantu Kesetiausahaan / PA
kepada Dato' Ir. Lim Chow Hock
Pengarah Kanan ( Sektor Pengurusan )
Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia
bermula 15 Januari 2010 - 18 Oktober 2010.

Segalanya macam berakhir dengan begitu cepat pulak rasenye.
Tapi apakan daya dan kuasa, itulah ketentuannya.
Pembantu Khas / Pembantu Kesetiausahaan / PA
kepada Dato' telah melapor diri hari ini.
Dan akan mengambil alih tugas itu dari me.
 Esok, me akan bermula dengan kisah hidup yang baru.
Hope segalanya akan berjalan dengan lebih baik.
I begging & praying u Ya Allah.

Rase terharu dan sedey bila Dato' cakap die pun rase sedey bila me bukan lagi bekerja dengan dia.
Dato' juga cakap me bekerja dengan baik dan senang bekerja dengan me.
Bukan senang nak berurusan dengan orang atasan seperti Dato', 
Bukan senang seorang bos nak berkerja sama / serasi dgn PA yang bukan berjawatan PA sebenar.
Tapi alhamdullillah me dapat melaksanakan tugas yang di amanahkan dengan sebaik yang boleh..
Thanks kpd Dato' juga kerana menerima kerja-kerja me.
Kerja di bawah Dato' memang pengalaman yang best la jugak.
He he he.
 
: TKP I, KP JPS, TKP II & Pengarah Kanan ( Sektor Pengurusan ) :
Dato ' Ir. Lim berbaju melayu Hijau.
picture taken by En Mizan FB.huhu
--------------

Reactions: 

: Di serang Selsema :

12:09 PM By εïз .y a t i e.sb. εïз 2 Impressi0n
: Bismillah.....Salam :

Tetibe petang semalam, air hidung mengalir keluar dgn sendirinya.
Rasa tidak selesa di hidung secara tiba-tiba..
Argghhh~ tiba-tiba juga suhu badan terasa semakin panas..
Apakah itu petandanya akan diserang demam selsema?

"Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema."
Iyela..me DEMAM SELSEMA T_T
Haihhh~ dari pagi tadi dok bersin da nk dekat 10 kali da ni..
macamane nih..
Wish me get well soon (^_^)
teringat kat entry dulu, pun di serang selsema jugak..


Menurut kajian mengenai bulan dan sikap, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah. Jom tengok..huhu adakah ini salah satu faktornya :-

JANUARI

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi.

.sila abaikan sikap me yg lain tu oke..huhuhu.

Reactions: