: Aerorel di Melaka :

Tuesday, January 20, 2009 10:02 AM By εïз .y a t i e.sb. εïз
wah...
xsbr nk tggu 2010 n tg0k ape yg jd kat mlka..
ritu bace kat paper,bce la artikel ni..then xtau
camne rupe aerorel tu..nk puaskn hti..crila kt tenet..
mehla bace ape yg aku da bce kat tenet ni..n nengok camne rupenye aerorel..



"Tajuk : - Pembinaan Aerorel Melaka diteruskan -

Oleh: LUKMAN ISMAIL

MELAKA sedang berusaha menjadi sebuah negeri maju pada tahun 2010 dan serentak dengan itu, pelbagai usaha sedang dilakukan oleh kerajaan untuk mencapai matlamat tersebut.

Satu daripada bidang yang diberikan tumpuan ialah menyediakan sistem pengangkutan yang efisien dan canggih khususnya, di bandar raya Melaka bagi keperluan penduduk serta pelancong yang datang ke negeri ini.

Pembinaan sistem pengangkutan moden, aerorel iaitu yang pertama seumpamanya di negara ini, malah di rantau Asia Tenggara adalah bukti kesungguhan kerajaan untuk menyediakan kemudahan pengangkutan awam yang lengkap, moden dan berkesan.

Aerorel yang menggunakan teknologi Aerobus dari Houston, Amerika Syarikat itu akan merangkaikan Ayer Keroh, sebuah pusat tumpuan pelancong dan industri ke Dataran Pahlawan, di bandar raya Melaka melalui lokasi-lokasi penting seperti pusat membeli belah, stesen bas dan hotel-hotel.

Dengan kos bernilai RM1.8 bilion, aerorel yang sepanjang 18.4 kilometer itu dijangka mengatasi masalah kesesakan lalu lintas khususnya, laluan ke pusat bandar raya, pada tahun 2010 dan seterusnya.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam pada majlis pecah tanah projek itu baru-baru ini berkata, projek tersebut dijangka dapat disiapkan dalam tempoh empat tahun lagi dan melibatkan dua fasa iaitu dengan jarak 9.6 kilometer pada fasa pertama dan selebihnya pada fasa kedua.

''Fasa pertama melibatkan tujuh stesen bermula di Melaka Mall melalui Hospital Melaka, Melaka Sentral, Tuah Mall dan merentasi Sungai Melaka ke Dataran Pahlawan dan berakhir di sebelah Pusat Perubatan Melaka di Banda Hilir.

''Fasa kedua pula menyambungkan stesen di Melaka Mall ke MITC (Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka), Zoo Melaka dan berakhir di hadapan tol Ayer Keroh.

Projek itu dilaksanakan dan dibiayai oleh Pyramid Express Sdn. Bhd.

Selain aerorel, bandar raya Melaka juga bakal memiliki sistem pengangkutan monorel sejauh 1.6 kilometer yang merangkaikan laluan dari jambatan Hang Tuah berdekatan Taman Rempah ke jambatan Hang Tuah, berhampiran bangunan merah yang terkenal sebagai pusat tumpuan pelancong.

Projek monorel bernilai RM28 juta akan dibina menyelusuri Sungai Melaka iaitu produk pelancong terkini di negeri ini dan ia dijangka siap dibina dalam tempoh setahun akan datang.

Mohd. Ali dalam majlis pecah tanah di sini berkata, dua stesen disediakan iaitu Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Eye on Melaka yang mempunyai dua platform menunggu untuk keselesaan pengguna.

''Apabila siap keseluruhan projek ini kelak, ia bakal menjadi taman permainan terbuka seperti Disneyland yang popular di kalangan pelancong asing, sekali gus membantu merealisasikan hasrat Melaka untuk menarik 6.8 juta pelancong pada tahun ini.

''Usaha ini juga menjadi satu lagi mercu tanda bagi kawasan Sungai Melaka yang kian popular sebagai salah destinasi pelancongan utama di negeri ini," katanya.

Projek itu yang diusahakan oleh Agibs Engineering and Construction Sdn. Bhd., apabila siap kelak akan diserahkan kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) selaku pemilik projek tersebut.

Keluasan setiap stesen monorel adalah 2,500 kaki persegi dan kelajuan monorel ialah 12 kilometer sejam.

Berbeza dengan aerorel yang tujuan pembinaan untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang dijangka akan berlaku dalam tempoh beberapa tahun akan datang, projek monorel pula lebih menjurus sebagai pengangkutan untuk pelancong.

Pada masa yang sama, kerajaan negeri juga sedang menaik taraf Lapangan Terbang Batu Berendam yang suatu ketika dahulu sebagai sebuah lapangan terbang kecil kepada lapangan terbang antarabangsa.

Namun, dalam keghairahan kerajaan negeri menyediakan perkhidmatan pengangkutan yang canggih, sistem jalan raya tidak sepatutnya diabaikan. Walaupun banyak jalan-jalan baru kini sedang dalam proses pembinaan, namun kualiti jalan raya di bandar raya perlu dipertingkatkan.

Masih banyak jalan-jalan yang tidak rata dan bertampal sana-sini yang bukan sahaja mencacatkan pemandangan bandar raya Melaka yang kini menuju sebuah bandar raya antarabangsa tetapi juga memberi kesulitan kepada para penggunanya"






wait...
c0ming s0on at malacca ^_^

Reactions: 

0 Response to ": Aerorel di Melaka :"

Post a Comment