: Duit Raya :

Thursday, August 26, 2010 8:19 AM By εïз .y a t i e.sb. εïз
: Bismillah.....Salam :


bukak tv pagi tadi, tengok MHI.
Ally cakap satu berita yang pasti akan menggembirakan,
petugas awam dan pesara..
haaa?
terus terpaku dan focus & ++ volume suare tv tu.

wahhh~ dapat Duit Raya laa.

Alhamdullillah Rezeki Ramadhan..
seronoknya me (✿◠‿◠)
Bukan ape, dapat gak shopping raye kan..
hi hi hi.

THANKS A LOT PM
Datuk Seri Najib Tun Razak.

nak bace? click sini pun boleh.

Kakitangan awam dapat bantuan RM500
- UTUSAN Online -

PM umum lebih 1.24 juta penjawat awam, 590,000 pesara dapat RM500 sebelum 1 Syawal

- Berita Harian Online -

KUALA LUMPUR: Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini mengumumkan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dalam satu kenyataan hari ini bahawa bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan dan akan dibuat sebelum 1 Syawal.
“Keputusan ini diambil selepas mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan.
Menurut beliau bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara. -Bernama

Listening : Suasana Hari Raya
by : Anuar & Ellina ♪♫

0 Response to ": Duit Raya :"

Post a Comment