: Orang Bilang.. :

Monday, August 23, 2010 6:17 PM By εïз .y a t i e.sb. εïз
: Bismillah ..... Salam :

petang yang terasa dingin selepas hujan ni, tetiba jadi macam agak panas dan kadang² suam pulak dek cerita yang bagi me boleh mendatangkan aib pada me secara langsung or tidak langsung, kadang² agak mendatangkan sedikit kemarahan, kadang² boleh membuatkan me tergelak besar, kadang² jugak boleh menyebabkan kemarahan nih~!

Itulah pentingnya kita disuruh supaya bersikap tidak berburuk sangka pada orang lain. kadang² berburuk sangka ataupun berprasangka buruk nih boleh mendatangkan fitnah.Ye kan? Dapat lagi da canang kat orang lain. Uihh~ dapat lagi top up dosa. Tambah lagi bulan puasa ni.


Ceritanya begini. Pas balik kerja seperti biasa pi office my lil. Then terdengar cerita ni.

"Me ngan my lil sis ade skandal" huhhh~ hangat !

Mana dapat cerita nih? ada la seorang insan prihatin yang menyampaikan.Thanks~
Siapa pulak yang bercerita? adalah seorang hamba Allah yang suka berprasangka buruk ni~ Hebatnye ngko buat cerita.Seperti yang ngko sangka tak seperti realiti dan nyata. Seperti yang ngko nampak tak semaya yang ngko rasa. OKe.


haahhhh~


Hey..salahkah aku nak bermanja dengan my lil tuh? name pun adik. dapat lagi aku ni anak tunggal.Tak adik beradik. so? da besar ni pulak lah baru merasa ade adik. tentulah lain je rasa. dari dulu nak merasa ada adik, tapi tak dapat. My mum da berpisah dengan ayah mase me darjah 3, so hidup ni me rasa kurang adil sebab orang lain ada segalanya, kenape me tak ada?dengan ketentuan Allah s.w.t, me dapat dia, my lil ni haa..seronoknya.

So me rasa me nak buat yang terbaik utk dia. Nak sediakan apa yang me mampu. Mungkin orang lain tak ambil kesah. tapi me rasa me happy dan hidup lebih terisi. Begitu jugak dengan mak. Mak da anggap dia macam anak sendiri, segalanya yang termampu mak beri, telah pun mak beri.
Seronok dapat sorang lagi anak. Kenape orang nak anggap kami ni lain? Kenape? ishh tak faham la aku. Ko jeles ea? Sebab mungkin ko dengan adik beradik ko ke tak macam kami. Rapat?

Kami memang rapat, kemana pergi berdua, dulunya kami kat kampung selalu bertiga beranak + mak. So kat kl ni me dengan sape lagi yang ada? My lil jela yang ade same dengan me. Mana ada kawan yang lain lagi. Kalau ada pun kat office tu, tu pun sekarang ni macam da tak berapa nak ada. Lagi aku tak faham ni.

Ape yang tak kenanya dengan kami? Apa yang songsang nya kami mata mata ko?? apela perangai ko ni? ishhh tengok orang rapat+erat silaturahim da label orang macam itu ini? ada ƃuɐsƃuos ɹıɐɟɟɐ la? macam ıuıq ıʞɐl la? macam uɐıqsǝl la..
Astaghfirullah..Astaghfirullah..Astaghfirullah..Semoga diampuankan segala dosa.
Apalah dosa kami pada ko, sehinggakan ko heboh nak cerita kat orang lain. Tak fikir ke perasaan orang. Aduh~
Setakat ni ape yang aku buat nampak macam aku ni songsang ke? Excuse me, Masih kenal lagi apa itu dosa dan pahala. Halal dan haram. Oleh kerana adanya mulut macam ko ni, rosak dunia, lebih banyak dosa ko akan dapat, hentikanlah beb. Sampai macam tu ko nak label orang ea..lagi. cukup²lah buat andaian kuno tu.

STOP THINK, STUPID THINKING ~

Kawan yang baik, tak sepatutnya menyakitkan hati kawan baik nya. Jaga setiap perbuatan, percakapan dan tingkahlaku kerana kadangkala dengan perangai kita yang sebegitu, yang kita sering anggap perkara "open" / biasa sebenarnya akan menyakitkan/menyimpan perasaan kecil hati pada kawan disekeliling kita. Sebab tu ada pepatah "tersilap perahu boleh diundur, tersilap kata..haa? sambunglah sendiri. ko kan pandai. Orang kalau nak mencari kawan untuk bergaduh senang je wei..tapi nak kekalkan kawan yang sejati. PAYAH~!

Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai serta bersabar dengan kesakitan akibat pergaulan dengan mereka itu, adalah lebih baik dari seorang mukmin yang tidak bergaul dengan orang ramai serta tidak bersabar atas kesakitan akibat pergaulan itu


Da.malas nak memanjang-manjangkan lagi, cuma jangan bilang spekulasi & kontroversi sebegini pada aku lagi. Sebab aku bukan artis yang kehausan publisiti. Hanya seorang insan kerdil yang nak mencari damai dihati. ^_^ peace no war.
* Aku maafkan atas tuduhan ko terhadap aku*

2 Response to ": Orang Bilang.. :"

  1. Chups Says:

    Hee~ Lawaking!!
    nk kne jg2 ni SKANDALSSSS.
    aparah, tu pn salah fhm. JELES la tu

  2. εïз .y a t i e.sb. εïз Says:

    memang lawaking.
    mane ntah dapat idea nk bt cite nih..
    len kali siasat, jgn men terjah je.
    nk salah faham pun agak2 la.
    " JELES la tuh?" i think so.

Post a Comment