: Rukun Islam Ke-4 :

Friday, August 27, 2010 11:57 AM By εïз .y a t i e.sb. εïз
: Bismillah ..... Salam :

Alhamdullillah.
lebih kurang pukul 11.30 tadi,
me telah menunaikan Rukun Islam yang ke 4
iaitu menunaikan Zakat Fitrah untuk
diri sendiri,
untuk mak serta
bagi pihak Nurul Shahida Abdullah.

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ni,
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
ada buka kaunter utk staff JPS menunaikan
zakat fitrah. Lebih senang + jimat masa kn?
so tak ada alasan untuk tidak sempat tunaikan Rukun Islam Ke-4 ini.


.PENGERTIAN ZAKAT FITRAH.

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan
ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim
yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:

"...Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha' (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya" - Riwayat Muslim


Kadar Zakat Fitrah 2010 Bagi seluruh Malaysia.

Negeri

Kadar Zakat Fitrah 2010 (RM)

Perlis

6.00

Kedah

7.00

Pulau Pinang

7.00

Perak

7.00

Selangor

7.00

Negeri Sembilan

6.50

Melaka

6.50

Johor

5.00 / 7.50*

Pahang

7.00

Terengganu

5.00 / 7.00 / 8.00*

Kelantan

7.00

Sarawak

5.20

Sabah

6.80

Wilayah Persekutuan

7.00



Sumber
: e-zakat

* Jangan lupa bayar zakat ye * +_+

0 Response to ": Rukun Islam Ke-4 :"

Post a Comment