: Melaka Maju 20102010 :

Wednesday, October 20, 2010 9:36 AM By εïз .y a t i e.sb. εïз
: Bismillah.....Salam :

Detik 20.10 malam, pada 20.10.2010 hari ini Melaka akan diisytihar sebagai Negeri MAJU berdasarkan kriteria yang diberi oleh Organisation for Economic Co-operation and Development atau lebih kerap dipanggil sebagai OECD. Mari bersama kita raikan:

Melaka Maju 2010
Negeri Bandar Teknologi Hijau

Majlis perisytiharan Melaka sebagai negeri MAJU akan dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerusi persidangan video dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada jam 8 malam ini yang akan berinteraksi dengan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob bersama Datuk Seri Mohd Ali. Turut disiarkan secara langsung menerusi Buletin Utama TV3 pada jam 8.07 malam ini. Jangan lupa tengok ye..


Tahniah kepada Pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang berkerja keras bagi menjadikan Melaka negeri Maju, serta semua warga kerja / rakyat Melaka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

SAYA berbangga menjadi anak dan rakyat MELAKA!!
WAHHH~ bangganya.

Link berkaitan :
Belek² kat paper Berita Harian tadi ade keluaran khas sempena perisytiharan Melaka sebagai negeri MAJU. sila sila lah baca ye.

Kejayaan Melaka dapat status negeri maju bermakna bagi rakyat - Berita Harian
Bandar teknologi hijau 2020 - Utusan Malaysia
Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan di Melaka Maju 2010 - Jebatmustdie.wordpress


..MELAWAT MELAKA BERSEJARAH BERERTI MELAWAT MALAYSIA..

* Teringat pulak mase buat Pengucapan Awam mase kursus Induksi dulu, me buat tajuk ni "Menariknya Melaka" hehe..orang Melaka lah katekan..mestilah pandai nk cerita tentang menariknya ape yg ada kat Melaka kan?

UPDATE :
Seperti mana yg telah nyatakan sebelum ini, maka dengan ini SAH lah bahawa esok, 21.10.2010 telah diisytiharkan CUTI UMUM oleh DAR. Cuti ini merangkumi semua jabatan kerajaan, swasta dan juga bank2 yg beroperasi di Melaka.
Sumber - Utusan Malaysia (2.04 ptg) : Cuti umum sempena perisytiharan Melaka Maju 2010
FB : Saya Anak Melaka

wahhh~ Anak Melaka di Perantauan bagaimana?? Jelesnya... :[

Reactions: 

5 Response to ": Melaka Maju 20102010 :"

  1. nickindajungle Says:

    wahh...bangga la cik yatie jadik anak melaka yer... ^__^

  2. ✿ y a t i e.sb ✿ Says:

    Iyep..me dengan bangganya mjd rakyat Melaka..
    Melaka merupakan salah satu juga warisan dunia by UNESCO
    :D

    Cik Nick bile lg nk dtg b'cuti2 M'sia di Melaka?

  3. nickindajungle Says:

    sudah byk kali pegi melaka...jalan2 menghabiskan duit sesambil bergambo sakan...hehehe
    bln 11 neh plan mau pigi water world pulak...

  4. ✿ y a t i e.sb ✿ Says:

    hehehe bgusla Cik Nick ni..cuti2 M'sia di ngra sndiri...xpe..pelaburan yg bijak kn..wet tu pi kat peniaga kte jgak. wahh yeke? mahu bermandi mande di water world alr gjh ea? nape x try kat melaka wonderland yg bru di buke tuh? huhu

  5. ✿ y a t i e.sb ✿ Says:

    INFO : http://www.melakawonderland.com.my/ :D

Post a Comment