: OKTOBER - Bulan Kesedaran Kanser Payudara :

Thursday, October 14, 2010 9:51 AM By εïз .y a t i e.sb. εïз
: Bismillah.....Salam :


O K T O B E R adalah Bulan Kesedaran Kanser Payudara


Estee Lauder Companies in Malaysia telah menjayakan Breast Cancer Awareness Campaign 2010 ini. Patutlah Bangunan Sultan Abdul Samad, berhadapan dengan Dataran Merdeka itu bermandikan cahaya warna PINK~





Malam² balik dari ot..berjalan dari Dayabumi ke Stesen Masjid Jamek akan kelihatan bangunan itu berwarna PINK~ Tapi bukan Bangunan Sultan Abdul Samad je yang PINK, kat KL Tower pun turut bermandikan cahaya PINK.


Kanser payudara adalah penyumbang no.1 kematian dan di tangga no.2 kanser servik. Breast Cancer bukan sahaja menyerang kaum wanita, kaum lelaki juga tidak terkecuali (minority cases). So people, lets create awareness among our community. Sila jangan pandang remeh oke. At least kita kena care pasal ni.

Arwah wan (nenek me) juga mengalami penyakit ini. Menjalani pembedahan, pembuangan sebelah dari breast. Selepas dua tahun, wan telah meninggalkan kami semua.Al - Fatihah untuk arwah.


INFO

- Antara SIMPTON² barah payudara:-

* Ketulan pada payu dara dan makin jelas ketika haid
* Pendarahan atau lelehan dari puting payu dara
* Perubahan bentuk payu dara
* Kulit payu dara atau puting yang tertarik ke dalam

- Antara PUNCA yang menyebabkan barah payudara :-

* Obesiti - semakin gemuk semakin berisiko
* Genetik - lebih berisiko kena jika ada ahli keluarga lain pernah kena
* Kitaran haid - lebih berisiko jika kitaran haid datang awal, seawal umur 12 tahun
* Alkohol - yang minum alkohol ni sangat berisiko barah ini akan melekat!
* Tabiat merokok - bukan sahaja barah payudara, barah lain-lain pun senang nak datang kalau dah merokok
kuat
* Peningkatan usia - semakin tua semakin berisiko


Barah ni ada banyak peringkat dan kebanyakan barah ini dapat dibuang jika dapat dikesan diperingkat awal. Kalau dah berada di peringkat terakhir, memang harapan untuk pulih sangat tipis. Penting bagi kita untuk mengetahui simptom² ni agar dapat dirawat dengan segera dan dijadikan peringatan.

Untuk info yang lebih lanjut, ada disini.

"Ya ALLAH, Jauhilah kami dari penyakit yang merbahaya ini. Sihatkanlah tubuh badan kami Ya ALLAH."

"CONNECT. COMMUNICATE. CONQUER"



* jom pakai baju pink tanda sokongan anda kpd kempen ini

Reactions: 

4 Response to ": OKTOBER - Bulan Kesedaran Kanser Payudara :"

  1. Safinaz Hanum Ahmad Anuar Says:

    Amin

  2. ✿ y.a.n.i.e budak G.E.B.U ✿ Says:

    ✿terima kasih utk info ni dek....

  3. || y a t i e.sb || Says:

    sis yanie : sesame..sharing is caring~ hehe (^_^)

  4. || y a t i e.sb || Says:

    K.Anum : Amin.. ☺

Post a Comment