: 10.10.10 Part II [ Tragedi Kemalangan ] :

Tuesday, October 12, 2010 9:25 PM By εïз .y a t i e.sb. εïз
: Bismillah.....Salam :


Malam selepas Majlis tuh, mak menghantar kami ke rumah arwah Wan, sebab nak balik sekali dengan Pak Lang, Kami gerak adelah dalam pukul 9.15 malam.

Macam biasa, bila kami gerak malam je, Pak Lang akan suh Mak Lang call PLUS untuk dapat info keadaan Highway menghala ke KL. Malangnya tak jawab²..Ape kes?

Biasanya Pak Lang akan ikut jalan Pengakalan Kempas then akan masuk ke Tol Pedas, seterusnya ke KL.
Semua da rase hairan..Nape tetibe je jalan jammed ni..Biasenye oke je..siap ade petugas tol tunggu di tepi jalan, bertanya hendak menuju ke KL atau JB? ke KL oke..clear, tapi kalau ke JB jalan ditutp. Katanya ade kemalangan yang teruk.. Sepanjang jalan menuju ke KL tu, boleh di lihat betapa panjangnye kereta ke arah selatan. Macam teruk je accident. Jauh jugak la tak gerak. Ternampak beberapa ambulance yang terkandas ditengah² highway tuh..Yela..macammane nak lepas dgn cepat, da semua kereta tak boleh nak bgerak lancar..stuck tengah jalan.

Hurm..akhirnya me tertidur. Sedar je da smapi kat Hentian Seremban.. Pak lang top up minyak kereta, then Mak lang sempat beli karipap apak kiyau..huhu besar tuh karipapnya. Makan sebiji da knyang. Kami sampai rumah dalam kol 11.oo malam..

Sampai je rumah, biasela..anak² yang di tinggalkan tu msti akan bagi task.Sabar yela..terdengar my lil dok cakap² kat telefon. Dia bgtahu Cik Afiza call bagitahu yang ade accident dekat dengan Tol Simpang Ampat Alor Gajah.. Teruk. Then tengok kat Awani ade berita pasal tragedi ni. mase tu cakap 12 orang da disahkan meninggal. Ya Allah. Teruknya. Patutlah jammed teruk..

Esoknya pulak tuh, terpampang kat akhbar pasal tragedi 10.10.10 ni..Rupanya kemalangan ngeri ni berlaku kira-kira pukul 6.40 petang lagi..bayangkan betapa panjangnya kereta yang tak lepas² nk ke selatan.
Melalui penelitian, review dan komen orang yang terlibat, nampakya pemandu bas Delima tu yang patut dipersalahkan, memandu dengan sangat lagu, kalau nak bawak macam F1 pn..agak-agaklah, melibatkan nyawa orang lain. Semua ni boleh dielakkan jika sikap sebagai yang berhemah diamalkan. Kesian pada mangsa yang terlibat serta keluarga mangsa.









MELAKA – Tarikh 10.10.10 yang dinanti-nanti kebanyakan orang ‘meragut’ 12 nyawa manakala lebih 40 orang cedera dalam kemalangan ngeri membabitkan tujuh buah kenderaan di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah semalam.

Dalam tragedi ngeri pada pukul 6.40 petang, kesemua mangsa yang terkorban terdiri daripada sembilan lelaki dan tiga wanita.

Setakat tengah malam tadi identiti semua mangsa belum dikenal pasti.

Kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu ialah sebuah bas ekspres Delima, sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tiga buah kereta, sebuah van dan sebuah motosikal.

Seorang jurucakap syarikat Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) ketika dihubungi berkata, kemalangan itu didakwa berpunca daripada bas ekspres Delima yang dalam perjalanan dari Melaka menuju ke ibu negara. Bas itu didakwa terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya.

“Selepas melanggar pembahagi jalan bas tersebut berpusing-pusing memasuki laluan bertentangan sebelum berlanggar dengan sebuah van yang dalam perjalanan ke selatan.

“Bas Delima itu kemudian merempuh sebuah Perodua MyVi, bas JKM dan tiga buah kenderaan lain,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

Difahamkan 12 mangsa yang terkorban membabitkan sepuluh penumpang bas Delima, seorang penumpang van dan seorang penunggang motosikal lelaki.

sumber : KOSMO

Takziah diucapkan buat keluarga mangsa yang terlibat, Di sebalik 10.10.10 ada yang gembira, ada juga yang berduka. Sama-samalah kita beringat. Berhati-hatilah semasa memandu. Risau pulak nak naik kenderaan awam kalau ade sikap pemandu yang memandu laju tanpa menghiraukan penumpang.

Reactions: 

0 Response to ": 10.10.10 Part II [ Tragedi Kemalangan ] :"

Post a Comment