: Fadhilat Asmaul Husna - Ya Musawwir :

Friday, December 03, 2010 8:05 AM By εïз .y a t i e.sb. εïз
 : Bismillah.....Salam :
Selamat Hari Jumaat Semua,
Hari Jumaat minggu pertama di Bulan Disember.

  14. " Ya Musawwir " - ( Maha Menjadikan Rupa Bentuk )
sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21 x, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 x, InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh.


Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda :-
"Sampaikanlah pesanKu biarpun satu ayat..." :

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w bersabda:-
"Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu.
Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga." Sahih Bukhari

1 Response to ": Fadhilat Asmaul Husna - Ya Musawwir :"

  1. Says:

    terima kasih berkongsi ilmu....

Post a Comment