: Maal Hijrah 1432H :

Monday, December 06, 2010 4:57 PM By εïз .y a t i e.sb. εïз
: Bismillah ..... Assalamualaikum  :


SALAM MA'AL HIJRAH 1432H


Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam. Hari Isnin bersamaan 29 Zulhijjah 1431H, hari ni merupakan hari terakhir kita dalam tahun ini dan esok adalah Awal Muharram 1432H bulan pertama dalam tahun islam. Kita digalakkan agar membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun. Semoga kita semua sentiasa dibawah lindungan-NYA. Insyaallah.
 Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk
waktu Maghrib
pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada
setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca
doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun
Doa Awal Tahun  dibaca 3 kali  selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah
telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan
”.
Semoga Hijrah kali ini datang dengan seribu satu kebaikan serta rahmat terhadap diri kita..
Berani berubah, dan perubahan itu bermula dari dalam diri kita sendiri.
Semoga dipermudahahkan segala urusan~

Reactions: 

0 Response to ": Maal Hijrah 1432H :"

Post a Comment