: Hari Wilayah 2011 :

Thursday, January 27, 2011 1:39 PM By εïз .y a t i e.sb. εïз
: Bismillah.....Assalamualaikum :

Bulan Februari 2011 adalah bulan penuh dengan Cuti~
Dapat lagi pada permulaan bulan Februari tu..
Sangat sesuai untuk bercuti awal tahun kan? 
Bagi yang boleh pulun OT tu lagi la masyukkk~
PUBLIC HOLIDAY !!

1 Februari 2011 (Selasa) Cuti Hari Wilayah.
4 & 5 Februari 2010 (Khamis dan Jumaat) pada minggu sama pulak, Cuti Tahun Baru Raya Cina.

Oke~ itu pasal cuti...da confirm-confirm banyak jalan kat KL ini akan ditutup sempena perarakan nanti kn?
Ni nk sharing ni.. 
Berikut adalah petikan dari bernama, jalan jalan yang akan di tutup sekitar kuala  lumpur pada hari wilayah tersebut :-

KUALA LUMPUR: Beberapa jalan di sekitar Dataran Merdeka di sini akan ditutup sempena raptai dan majlis pelancaran sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2011 mulai 25 Januari ini.

Menurut kenyataan akhbar Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan

Bandar, jalan yang ditutup pada Selasa ialah Jalan Hishamuddin/Jalan Raja dan persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman/Jalan Raja untuk raptai teknikal majlis pelancaran sambutan itu bermula 9.30 pagi hingga 11.30 pagi.


Jalan yang akan ditutup untuk raptai sambutan pada 26 Januari mulai 6 pagi hingga 12 tengah hari ialah Jalan Raja, persimpangan Jalan Tuanku Abdul
Rahman / Jalan Raja / Jalan Cenderasari / Jalan Lembah, Jalan Perdana / Jalan
Damansara / Bulatan Hishamuddin, Jalan Kinabalu / Susur Bukit Aman, Jalan Leboh
Pasar Besar / Jalan Tun Perak / Lencongan Jalan Raja/Jalan Raja Laut dan Lencongan
Bulatan Dato' Onn/Jalan Parlimen dari arah pusat bandar.
Raptai penuh sambutan itu akan diadakan pada 27 Januari bermula 5 pagi
hingga 12 tengah hari melibatkan jalan yang sama.

Pada 29 Januari, Jalan Raja akan ditutup untuk sambutan dan majlis pelancaran Hari Wilayah Persekutuan dari jam 5 pagi hingga 1 petang.

Kementerian itu menasihatkan pengguna jalan raya supaya berhati-hati dan
menggunakan jalan alternatif yang sesuai bagi mengelakkan kesesakan lalu
lintas serta menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam ke Dataran
Merdeka.

Orang ramai digalakkan merujuk Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS)
dan mematuhi segala arahan polis trafik serta penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur (DBKL) dari semasa ke semasa sebagai panduan pengunaan jalan raya di ibu
kota.

Sebarang keterangan atau pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi
Call Centre DBKL di talian bebas tol 1-800-88-32-55. - BERNAMA

Selamat bercuti kawan-kawan yang berada di  
Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. (^__^)

Reactions: 

3 Response to ": Hari Wilayah 2011 :"

  1. nickindajungle Says:

    banyaknyer jalan tutup..kalau ke hentian putra ader tutup jugak kah? huhuhu 29 neh naik bas kat hentian putra kul 9 pagi...h0pe jalan tak jammed... T__T

  2. ✿ y a t i e.sb ✿ Says:

    huhu..tula tu..
    nk clbrate Hari Wilayah punye pasal..
    abis sume jalan nk ditutupnye ye..
    stakat ni, tu jela info psl yg di tutup cik nick..
    org nshtkan cik nick..baiklah gerak awal ke hentian putra..
    takut2 la kalo jammed..kang kelam kabut pulak jadinya..
    tak pun nek train pun bolehkan..
    huhu

  3. nickindajungle Says:

    itu la pasal...sudah mau naik tren sbb nak bwk brg byk...jd en.tunang yg akan hantar..kesian kat dia nnt nak kena bgn pg2 gerak dr rawang then pick up me lak at putrajaya pegi ke hentian putra...kat cnie ader bas mlm jer..bas pg semua naik kat KL..huhuhu

Post a Comment