.Kenapa Sukar Untuk Setia?.

Thursday, April 05, 2012 5:16 PM By εïз .y a t i e.sb. εïз
.Bismillah.....Assalammualaikum.

Kenapa sukar untuk setia? - "Tepuk dada tanyalah hati"

Persoalan yang cukup-cukup sukar untuk dijawab oleh orang yang tidak pernah nak cuba untuk setia. Sebab dia takkan ada jawapan pun.
Hanya dia sahaja tahu apa alasan untuk mempertahankan dirinya,
lebih tepat lagi untuk menyelamatkan diri dari dikantoi.

Tapi sampai bila harus terus menerus untuk tidak jujur? tidak setia?
Cubalah, buatlah, pertahankanlah dengan menyorokkan, dengan melakonkan yang kononnya tiada apa-apa yang berlaku 'dibelakang'..
Hanya masa yang akan menentukan berapa lama ianya akan bertahan. Ingatlah!

Kebahagian dikecapi hanya seketika, tetapi
Derita yang akan diterima mungkin selamanya.

Menyakitkan, melukakan, mempermainkan hati dan juga perasaan orang yang setia kepada anda amatlah kejam! Sampainya hati kamu?! kan?

Apa guna kalau mengaku anda seorang yang baik, jika anda sanggup membuatkan orang yang setia kepada anda menitiskan airmata? EEEE...manusia jenis apakah?


"Ku sangka hadir mu membalut luka ku
Tapi luka ku makin parah
Ku sangka bahagia bersama mu
Sebaliknya sakit hati ku
Lidah tak bertulang
Pandai bermain kata-kata
Sikap manusia pandai berpura-pura

Mengapa sukarnya untuk kau setia pada ku
Sedangkan dulu engkau pernah
Melafazkan cinta mu
Sambil kau berjanji membalut luka ini
Dan hidup bahagia
Mengapa kau
Kau dustai ku yang setia pada mu sayang
Mengapa kau tidak menghargai cinta
Dan kasih sayang ku terhadap mu
Ubahlah sikap mu insaflah wahai sayang ku
Tak guna menyesal bila balasan tiba

Ku bermohon pada Tuhan merawat luka
Agar jiwa ini
Kembali bahagia
Setelah engkau melukai"

------

Reactions: 

0 Response to ".Kenapa Sukar Untuk Setia?."

Post a Comment